Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Syukur tak terhingga dirafakkan kepada Allah S.W.T kerana kita tiba jua di penghujung Ramadhan. Bagi mukmin sejati, ini adalah waktu yang paling sedih, pabila tak pasti lagi akan bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan. Namun, apapun jua kita perlu tempuh. Sudah masuk tahun kedua Mr.Hac mengucapkan Salam Idulfitri ini kepada anda semua.


Masih ingat lagi Ramadhan tahun lepas, saya mengalami kemalangan beberapa hari saja lagi sebelum umat Islam menyambut kedatangan Syawal. Alhamdulillah, tahun ini saya sihat wal afiat, blog masih meneruskan kesinambungan dengan penulis jemputan baru dan lama silih berganti memeriahkan entri-entri.

Apa pun, dalam kita menyantuni bulan Syawal yang tiba, jangan dilupa bahawa orang Melayu ini penuh dengan mesej tersembunyi disebalik perbuatan. Setiap apa yang dilakukan, ada maksud, jadi jangan sampai tersilap dalam kita bersuka-ria, sehingga menjadi duda yang minta dipinang segera, apabila salah cara mengikat samping di pagi Hari Raya! (pantun ke ni?)
Cuba lihat gambar di bawah, sumber dari FB Majalah Seni Beladiri, oleh Guru Azlan Ghanie:


Jangan lupakan blog ini biar hari raya, hari guru, hari bapa, malah hari-hari pun jangan lupa! Kerana anda blog ini masih belum 'bungkus', kerana anda kami masih menyusun jari-jemari di atas keyboard. Heh, lebih-lebih pula..

Mungkin Mr.Hac tidak akan terbitkan entri esok kerana akan pulang berhari raya di kampung, jadi entri ini menyusul lebih awal, sebab tak kan pagi raya pun nak buka blog OMG! Hackers? lagi kan?
Eh, dah nak raya ni, duk depan PC apa ke-jadah-nya?
Jom cari lemang! Cari rendang! Cari jodoh! Hoi, nak cari gaduh? (dengan bini).

Ollleeeyyy! Selamat Hari Raya, Maaf Tenaga Zahir dan Tenaga Batin! Tenaga Nasional! Berhad! (sudah..sudah..entri ini tamat di sini ya..).
Powered by Blogger.