Selamat Menyambut Kemerdekaan Versi ke 55

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 55 (atau saya suka panggil sebagai 'versi', nampak macam 'komputer' sikit!), sukalah untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55!

Kalau 55 tahun itu adalah angka untuk umur manusia, jangan marah kalau saya kata mungkin sudah beruban. Mungkin juga sudah berpenyakit, sana dan sini dihinggap pelbagai masalah akibat umur yang kian meningkat.

Itu belum kira masalah semulajadi seperti penglihatan, pendengaran, deria rasa, deria bau, semuanya semakin berkurangan. Begitulah jua halnya dengan umur kemerdekaan negara kita. Waktu mula-mula sambut dulu (saya pun belum ada lagi), semangat menyambutnya itu begitu besar, tak dapat hendak dibayangkan bagaimanakah perasaannya apabila tahu kita tidak lagi dijajah.

Tetapi apabila tahun demi tahun berlalu, semangat menyambut kemerdekaan semakin malap, terutama untuk remaja Generasi Y (why?). Oleh itu, dengan iltizam untuk mengembalikan semangat itu, saya menyeru kepada semua agar marilah kita bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang (Stripes of Glory!) di kereta, di motorsikal, dan rumah masing-masing. Kita seharusnya berasa bangga dengan nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi, apabila sedari celik mata sahaja kita sudah bebas dari cengkaman kuasa jajahan.

Ada semangat tak nak kibar Jalur Gemilang camni? Heheh..

Bersempena dengan itu juga saya akan paparkan Header versi Kemerdekaan yang telah disumbangkan oleh Togi Tan (Kredit untuk beliau) selama seminggu.


Sebut mengenai Header, saya rasa masih mahu memilih Header lama yang juga telah disumbangkan oleh Togi Tan:







Mana satu pilihan kalbu, katakanlah jangan malu-malu, kalau tahu tak malu pilihlah satu, senang aku nak buh kat atas sana tu..Aicehhh..
Powered by Blogger.