Steam Client: Hanya Untuk Pengguna Bebas.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini merupakan hari yang bertuah untuk anda pengunjung OMG! Hackers?. Adakah anda seorang pengguna Steam? Satu kaedah jual beli permainan video di alam maya. Anda kenal akan 'client' Desura,Origin,Gog,GameFly (beberapa hasil google) dan berbagai lagi 'client'. Begitulah juga Steam.

Ulang kembali soalan. Adakah anda seorang pengguna Steam? Jika ya entri ini mungkin entri saguhati untuk anda. Sebuah perisian khas untuk pengguna Steam bagi mendapatkan beberapa permainan video secara percuma khusus untuk pengguna Windows. Buat pengetahuan anda semua perisian ini sudah lama. Walaupun lama perisian ini masih dikemaskini dari masa ke semasa dan giat dibanguntkan. Wa pun dah lama tak guna perisian ini. Rasa sayang pula kalau wa tinggalkan macam tu je. Sebenarnya perkara ni wa simpan lama dalam ingatan. Tak tahu nak karang kat mana. Akhirnya OMG! Hackers? yang menjadi pilihan. Susah-payah dan jerih-perih wa hadapi semasa menggunakan perisian ini. Perisian ini dibina oleh sekumpulan atau perorangan dari negara Rusia wa kurang pasti.

Perisian ini saling tak tumpah dengan perisian asal dari segi antaramuka sebab perisian ini adalah berpunca dari keretakan (crack) perisian rasmi Steam. Masa wa muat turun tahun lepas ada lebih kurang 1000 lebih permainan video yang diterbitkan oleh Steam pada perisian ini. Sekarang dah bulan lapan tahun 2012. Mungkin makin bertambah permainan video yang tersenarai dalam perisian ini.

Perisian ini diberi nama CSIW atau Cracked Steam Installation Wizard . Perisian ini sangat mudah untuk digunakan kerana antaramuka perisian ini serupa/ dengan yang perisian tulen daripada Steam.

Kaedah muat turun.
Langkah 1. Kunjungi CSMania Forum disini.

Langkah 2. Klik Download dan klik Download here seperti gambar dibawah: Maaf jika buruk,wa baru belajar guna GNU Image Manipulation Program (GIMP).
Langkah 3. Anda akan dibawa ke satu 'link' yang baru. 'Link' tersebut dalam bahasa Rusia. Kalau rajin 'Google Transalate' lah. Kalau kurang rajin tengok gambar dibawah. Klik CKa4aTb dan pilih salah satu antara depositfiles.com atau turbobit.net 
Jika tak nampak klik gambar tersebut.

Langkah 4. Muat turun macam biasa. Maaf tiada gambar. Macam tak biasa pula.

Kaedah pemasangan.
Segalanya tersedia dalam gambar. Rujuk dan amalikan. (Maaf jika terlalu banyak gambar).












Selesai bahagian pemasangan. Selepas anda klik Finish anda akan dapati satu tetingkap akan muncul. Klik Yes jika anda menggunakan versi lama dan klik No jika anda menggunakan versi terbaru.
Bila anda klik No. Anda akan menjalani proses 'update steam client'.
Selepas update anda perlu login ke akaun steam. Sebaiknya anda buat akaun baru. Klik disini untuk mendaftar.
Setelah selesai login. Apa lagi muat turun lah permainan video kegemaran anda. Bukan semua permainan video boleh. Sebarang masalah kunjungi laman rasmi CSIW. Link di atas.
Selesai secara keseluruhannya.
Sekian,Assalamualaikum
Powered by Blogger.