Ubuntu One Memperkenalkan Pautan Rujukan : Tambah Saiz Storan Sehingga 20GB

Sebelum ini saya pernah membuat beberapa pos mengenai Ubuntu One. Ia sememangnya storan awan yang menarik, dan kini ia bertambah menarik lagi apabila ia memperkenalkan pautan rujukan, yang boleh digunakan untuk memperluaskan lagi saiz storan.


Dengan setiap satu rujukan yang diperoleh melalui pautan tersebut, anda akan mendapat ekstra saiz storan sebanyak 500MB, dan ia dapat diperluaskan sehingga 20GB, menjadikan total saiz sebanyak 25GB (termasuk saiz storan asal, 5GB). Bukan anda seorang sahaja yang mendapat ekstra storan, tetapi mereka yang mendaftar menggunakan pautan rujukan anda juga memperoleh manfaat yang sama.

Anda tidak perlu berfikir lama sebelum mendaftar, kerana Canonical dan Ubuntu sememangnya sudah kukuh. Jadi anda boleh jangkakan Ubuntu One untuk 'berada lama' dalam arena storan awan, dan bersaing dengan laman storan yang lain. Buat mereka yang belum menggunakan Ubuntu One, anda boleh daftar dengan menggunakan pautan rujukan dari akaun saya : Register : Click Me Baybehhh
Powered by Blogger.