Urban Terror 4.2 Beta Dilepaskan Untuk Linux

Adakah anda penggemar permainan First Person Shooter (FPS) seperti saya? Jika ya, maka mungkinkah anda akan lebih menggemari multiplayer FPS? Begitulah genre permainan ini, Urban Terror yang memasuki versi 4.2 beta, kini dilepaskan untuk sistem operasi Linux.


Apa yang menarik mengenai permainan ini ialah ia merupakan permainan cross platform, yang mana setiap sistem operasi dari Windows, Linux, Mac OS X boleh memainkannya. Selain itu anda tidak perlu mendaftar, cukup dengan hanya muat turun, pasang, dan terus mainkan ia.


Untuk pautan muat turun dan senarai perubahan (changelog), sila ke laman rasmi Urban Terror. Selamat bermiang! Eh.. selamat bermain!
Powered by Blogger.