Youtube Downloader And Converter For Ubuntu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Sebelum anda pulang ke kampung untuk merayakan hari kemerdekaan untuk umat Islam sedunia kerana telah berjaya melawan hawa nafsu adalah lebih baik anda baca ini dulu. Sekaligus memberikan kita ilmu baru. Wa bekal dan bagi kepada lu satu entri secara automatik wa dapat 10 entri dalam minda wa. Ini menyebabkan blog ini akan dipenuhi dengan artikel yang bermanfaat. InsyaAllah.

Artikel kali ini mudah je. Khas untuk anda pengguna perkhidmatan laman penstriman (ada ke dalam kamus) Youtube. Sebelum ini Tuan Arya ada membincangkan tentang Minitube klik disini untuk membaca artikel karangan beliau. Dengan menggunakan Minitube,anda hanya dibenarkan untuk memuat turun video sahaja tanpa mengubah format sesuatu video itu. Tetapi dengan perisian/aplikasi yang akan dikongsikan dengan anda ini,anda dapat mengubah format video ke beberapa format yang popular.

Perisian ini merupakan perisian yang tidak memerlukan modal untuk menggunakannya. Dalam erti kata lain ialah percuma. Tapi macam biasalah. Bila percuma atau bersumber terbuka mestilah akan wujud perkataan 'donate'. Jika anda berkemampuan,maka hulurkanlah beberapa keping wang saguhati sebagai tanda terima kasih. Sekilas pandangan,perisian ini diberi nama DownVerter.

Ciri-ciri perisian Downverter:- (dialih bahasa)
1. Mudah untuk digunakan. Memang mudah kerana hanya dengan tiga langkah anda boleh memuat turun sesuatu video yang telah siap diubah formatnya mengikut kehendak anda.
2. Seperti yang telah diberitahu tadi bahawa perisian ini adalah percuma.
3. Menyokong 16 bahasa dunia. Jangan main-main Bahasa Malaysia juga tersenarai dalam perisian ini.
4. Boleh dijalankan pada tiga sistem operasi hebat. Windows,Mac dan sudah semestinya (Linux) Ubuntu.
5. Juga telah diberitahu tadi bahawa boleh diubah ke beberapa jenis format audio dan video.
6. Sekarang sudah menyokong laman Metacafe. Sebuah laman penstriman video. Tapi wa masih gagal untuk memuat turun daripada laman Metacafe. Hanya Youtube je.


Kaedah pemasangan:-

Langkah 1. Kunjungi laman rasmi DownVerter disini.

Langkah 2. Skrol ke bawah dan dapatkan pautan muat turun untuk Ubuntu 32-bit atau 64-bit.

Langkah 3. Disebabkan fail Ubuntu berformat .deb (debian) dan fail Downverter juga berformat .deb maka secara tidak langsung distro linux seperti Linux Mint dan distro yang lain juga dapat menggunakannya. Yang penting menyokong fail berformat .deb.

Langkah 4. Setelah selesai. Jalankan dan pasangkannya menggunakan gdebi atau perisian lain.

Kaedah penggunaan:-

Langkah 1. Seperti yang anda lihat pada gambar nun jauh di atas sana anda mendapati bahawa terdapat tiga langkah mudah untuk memuat turun dan mengubah video dari Youtube dan Metacafe.

Langkah 2. Masukkan pautan video Youtube pada ruangan 1.

Langkah 3. Pilih tahap kualiti video anda. Sekiranya anda mahu mengubah format video pastikan mengikut kesesuaian. Tetapkan tahap kekuatan kelantangan (volume) video anda. Dan pastikan di manakah video atau audio anda akan disimpan. Semuanya pada ruangan 2.

Langkah 4. Klik Download & Convert. Pada ruangan 3.

Langkah 5. Tunggu dan lihatlah hasilnya.

Sekian,Assalamualaikum.
Powered by Blogger.