Beatbox 0.6 : Penambahan Fungsi dan Perubahan Visual

Saya merupakan peminat pemain muzik Beatbox. Ia merupakan pemain muzik lalai (default) untuk elementary OS Luna pada asalnya, namun atas sebab-sebab tertentu pembangun Beatbox memutuskan untuk 'berpisah' dari eos, dan atas sebab itu juga muncul Noise sebagai fork kepada Beatbox.

Apapun, pembangunan Beatbox tetap diteruskan, dan saya lebih gemarkan Beatbox digunakan pada elementary OS Luna atas sebab fungsi dan visualisasi yang telah ditambah serta diperbaiki. Dalam versi 0.6, Beatbox menampilkan antaramuka baru yang menarik.

Anda boleh bandingkan perbezaan yang dapat dilihat pada Beatbox dan Noise:

Beatbox 0.6

Noise 1.0

Jika anda perhatikan pada paparan skrin di atas, apa yang membuat saya sukakan Beatbox ialah jika anda disambungkan kepada talian internet, ia akan mendapatkan lirik bagi setiap lagu yang kita mainkan. Ciri ini amat memudahkan! Tidak perlu 'Google' lagi bagi mencari sesuatu lirik untuk lagu yang disukai.

Ya, mungkin ada antara album yang tidak berjaya diperoleh liriknya, tetapi untuk album popular major yang lain kesemua lirik cuma menunggu anda untuk tekan butang 'Play' dan butang berlogo huruf 'i' sahaja (lihat paparan skrin di bawah pada bahagian yang di-highlight). Selain itu, sedikit info mengenai artis juga terpapar apabila anda memainkan lagunya:


Ah, cakap banyak tak guna kalau anda tak mencuba! Saya berehat bagi PPA, biar anda ambil alih (macam lirik lagu Malique pula) :

sudo add-apt-repository ppa:sgringwe/beatbox 
sudo apt-get update 
sudo apt-get install beatbox
Powered by Blogger.