Belajar Wordpress 1: Membina Blog Dengan Hosting.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bermula perbincangan kita tentang memasang wordpress pada hosting. Nak belajar wordpress memang takkan selesai dalam masa sehari atau dalam satu entri sahaja. Jadi pembelajaran ini di akan berterusan sehingga ke akhirnya. Pada bahagian berapa? Masih belum dapat dipastikan lagi. Bukan hanya selepas pasang wordpress boleh terus digunakan. Kena fikir tentang sekuriti lagi,cara mengawal bandwidth dan sebagainya.

Ok. Entri pertama ini dalam segmen/rancangan/slot "Belajar Wordpress" akan dimulakan dengan domain. Untuk pengetahuan anda semua. Tajuk akan dikekal seperti di atas sebab wa kurang mahir dalam pembinaan tajuk. Jika anda ada sebarang keraguan pada tajuk. Pastikan anda menghantar sebarang komen atau kutukan di bahagian yang disediakan. Berbalik kepada tujuan kita. Entri pertama Belajar Wordpress akan membekalkan kepada anda tentang domain. Domain yang akan digunakan ialah domain percuma dot.tk dan hostingnya adalah daripada 2freehosting.com.

Terpulang kepada anda untuk menggunakan domain apa. Percuma atau berbayar. Yang penting kaedahnya tetap sama. Begitu juga dengan hosting. Gunalah sebarang hosting yang anda yakin akan kestabilan dan kehebatan hosting tersebut. 

Apa itu domain.
Domain ialah satu kalimat yang dimulakan dengan www atau tanpanya yang disudahi dengan .com,.my,.org,.biz atau sebagainya.
Tanpa domain anda akan menghafal beberapa angka seperti 
216.239.36.21. Memang bagus untuk daya penghafalan anda. Tetapi jika ada seribu laman/blog yang anda kerap kunjungi,macam mana? Bookmark je tak cukup.
- Domain juga dikenali sebagai rumah anda. Sebab itu domain dikenali sebagai alamat. Tanpa alamat tiadalah rumah. Selain daripada rumah,domain juga dikenali sebagai identiti bagi sebuah laman/blog.
- Domain perlulah ringkas agar mudah diingati. Lebih mudah jika digunakan oleh orang ramai. Maksudnya macam domain omghackers.com. Sekarang adalah fenomena manusia menggunakan perkataan yang diringkaskan seperti OMG,LOL,ASAP dan sebagainya. Jadi jika disebut banyak kali akan mudah diingati.

Kaedah Pendaftaran
Langkah 1: Kunjungi laman rasmi domain .tk disini.

Langkah 2: Klik Login to My Dot TK 

Langkah 3: Biasakan diri anda dengan Gmail kerana tutorial ini akan menggunakan Gmail. Klik Google untuk dijadikan perantara kerana anda tidak perlu lagi daftar. Rujuk gambar dibawah:

Langkah 4: Akan keluar satu tetingkap untuk mengesahkan akaun gmail anda sebagai pengantara dot.tk.

Langkah 5: Setelah anda selesai mengesahkan akaun Gmail yang akan digunakan untuk menjadi perantara maka tetingkap tadi akan hilang. Kembali kepada tetingkap asal. Anda akan disambut dengan muka depan yang baru. Seperti gambar dibawah.

Langkah 6: Klik go to domain untuk membuat satu domain baru. Rujuk gambar:


Langkah 7: Pastikan domain anda belum wujud. Bandingkan gambar 1 dan 2 dibawah.

Langkah 8: Jika anda mendapat gambar yang kedua. Ikuti langkah dibawah.
  1. Klik Free Domain
  2. Klik Next

Langkah 9: Ikut gambar di bawah:-


Nameserver 2freehosting: ns1.2freehosting.com,ns2.2freehosting.com

Domain anda berjaya dibina.

Selesai Belajar Wordpress 1 atau juga boleh dikenali sebagai bab satu.
Sekian,Assalamualaikum
Powered by Blogger.