Cloud Storage With Auto Sync

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Biarpun guruh berdentum di kaki langit,tapi wa masih kekal disini. Sudah membiru muka ini memikirkan bagaimana untuk memperbaharui penulisan wa. Sudah menjadi satu kemestian bagiku untuk menulis dan memberinya kepada insan yang cemerlang. Tahukah anda dengan menjadi seorang blogger anda diketegorikan sebagai manusia yang hebat kerana anda memberi dan anda juga yang menerima. Bagaimana ini semua boleh terjadi? Itulah ilmu Allah dan inilah mukaddimah bagi penulisan wa kali ini. Dengan hari yang cukup sempurna ini,marilah kita bersama-sama menyempurnakan lagi dengan menelaah ilmu baru.

Cloud Storage atau dalam Bahasa Ibunda Ruang Penyimpanan Awan dan mungkin juga boleh dikenali dengan nama Ruang Penyimpanan Alam Maya. Cloud bukan sekadar awan itulah yang dapat ditafsirkan disini. Selepas bro Luqman mengeluarkan/membekalkan entri 25GB free cloud storage kini tiba pula giliran wa selaku penerus kepada generasi yang bakal memerintah negara Malaysia. 

MegaCloud itulah nama yang diberi sejak azali lagi,sejak penciptaan dan pengeluaran oleh pihak yang bertanggungjawab menguruskan MegaCloud. Dengar namanya sahaja sudah berasa taksub. Mega adalah sesuatu benda/perkara yang hebat/tinggi/berkuasa. Mungkin sudah terdetik dihati anda pada hati anda MegaCloud? Adakah terlalu besar ruang penyimpanan awan yang diberikan oleh pihak MegaCloud ini. Mungkin ruang penyimpanan yang diberikan tidak sebesar yang diberikan oleh pihak lain. Tetapi dengan kualiti keselamatan penjagaan fail anda dan fungsi auto sync itu sudah memadai. Selain daripada fungsi auto sync,MegaCloud juga menyokong boleh dikatakan semua jenis platform komputer mahupun telefon. Jangan disangkakan MegaCloud hanya untuk sistem operasi Windows semata-mata. Tetapi MegaCloud juga menyokong sistem operasi Linux,Mac dan segala macam sistem pengeroperasian telefon bimbit yang sudah tidak relevan untuk dipanggil dengan panggilan sedemikian kerana telefon juga mengikuti perkembangan dunia informasi teknologi.

Cukuplah sekadar itu sahaja celoteh daripada ku. Bukan mudah untuk berbahasa kecuali wa keturunan Dato' A. Samad Said.

Kaedah Pendaftaran.

Langkah 1: Kunjungi laman MegaCloud disini (Harap maklum jangan klik link lain jika anda tidak mahu diselubungi dengan kehidupan ghaib kerana ini link 'referral' wa). Jika anda terlihat/ternampak dan tersentuh perkataan Signup. Maka,jangan segan-silu untuk mengklik perkataan tersebut atau anda akan rugi.

Langkah 2: Ikuti langkah seterusnya yang dibekalkan oleh pihak MegaCloud dan log masuk ke akaun megacloud anda.

Langkah 3: Jika anda seorang pelajar yang mempunyai alamat e-mel .edu. Anda adalah seorang yang bertuah. Secara kebiasaannya anda hanya dapat ruang penyimpanan awan secara percuma sebanyak 8 GB sahaja. Tetapi anda dapat tambahan 8 GB ruang penyimpanan untuk media sosial dan e-mel. Dapatkannya 20 GB ruang tambahan untuk e-mel .edu disini.

Langkah 4: Rujuk pada gambar dibawah:-

Itu sahajalah langkah-langkahnya. Harap maaf jika kurang pengisian sebab wa dah lupa beberapa perkara penting. Tapi jika anda ada masalah,hantarkan ke ruangan komen dibawah. Beri pandangan anda tentang keserabutan penulisan wa kali ini pada penulisan di awal perenggan.

Powered by Blogger.