Dead Space 1.1.39 Offline APK/SD Data

Android sememangnya mempunyai banyak permainan yang menarik seperti Dead Trigger, Shadowgun, Riptide GP, Shine Runner, Nova 3 dan sebagainya lagi. Pilihan-pilihan yang ada membuatkan kita rasa seperti tidak cukup jumlah memori yang diberikan.

Jika dahulu zaman telefon canggih Nokia menguasai pasaran di Malaysia, 8GB dirasakan sudah cukup gah, cukup mewah. Sekarang kalau dihulur telefon bimbit dengan memori 8GB, garu kepala dibuatnya kerana sudah jangka pasti tidak dapat memenuhi cita rasa diri.


Hari ini saya menulis lagi mengenai permainan yang saya sedang mainkan. Bosan kalau main seorang, jadi saya putuskan untuk pos di sini. Dead Space rilisan dari syarikat permainan yang sudah kukuh iaitu EA. Pertama kali memainkannya membuat saya terperanjat besar. Ya, ia penuh dengan kejutan yang menakutkan.


Kalau anda jenis mudah terkejut dan mempunyai penyakit lemah jantung, anda disarankan duduk diam-diam di tepi dinding sambil lihat adik anda memainkannya. Tapi kalau anda sudi ambil risiko, nak kan lebih mencabar ikut saranan dari permainan ini iaitu gunakan headphone berdefinisi tinggi untuk merasai suasana seram-sejuk-dingin-beku.

Download APK:

1. Dead Space 1.1.39 Online APK
2. Dead Space 1.1.39 Offline APK

Download SD Data:

com.ea.deadspace_row (/sdcard/Android/data)

Anda perlu memasang fail apk 'online' terlebih dahulu, jalankan permainan ini secara dalam talian (untuk permulaan). Kemudian anda boleh tutup WiFi atau data mobil, dan seterusnya pasang apk versi 'offline' pula. Kerja anda sudah dipermudahkan kerana saya kongsikan sekali fail SD Data jadi anda tidak perlu muat turun lagi.
Powered by Blogger.