Google Chrome Standalone/Offline Installer For Windows/Linux

Saya jarang menerbitkan entri mengenai Google Chrome, sejak menggunakan Linux. Namun apabila saya mula kembali beralih menggunakan Windows yang dipasang bersama dengan elementary OS Luna, saya tergerak hati untuk mencuba semula Google Chrome, dan kini ia adalah pelayar web lalai untuk sistem operasi yang saya gunakan. Maaf peminat Firefox, saya juga dulu peminat tegar Firefox, tetapi Google Chrome ternyata tidak mengecewakan.

Namun ketika menggunakan pautan ini untuk memuat turun fail pemasang luar talian untuk Google Chrome, ia memberikan fail .exe, yang ternyata mengelirukan. Jadi cari punya cari akhirnya membawa kepada penemuan pautan ini. Berikut disenaraikan pautan untuk anda muat turun fail pemasang Google Chrome untuk kegunaan luar talian (offline).

32-bit Ubuntu/Debian :

http://dl.google.com/linux/direct/google-chrome-stable_current_i386.deb

64-bit Ubuntu/Debian :

http://dl.google.com/linux/direct/google-chrome-stable_current_amd64.deb

32-bit Fedora :

http://dl.google.com/linux/direct/google-chrome-stable_current_i386.rpm

64-bit Fedora :

http://dl.google.com/linux/direct/google-chrome-stable_current_x86_64.rpm

Bagi para pengguna Windows, anda cuma perlu menggunakan pautan INI untuk memuat turun fail pemasang yang serasi dengan sistem operasi anda.


Powered by Blogger.