IDM 6.xx Patcher!

Jemu betul rasanya dengan IDM, apabila selang beberapa hari tiba-tiba sudah rilis kemaskini versi terbaru, dengan pembaharuan minima. Kadangkala popup yang keluar boleh ditutup dengan senang hati, kadangkala rasa nak hempuk kepala pembangun perisian ini.

Tapi jangan gusar, jangan gundah, kerana setiap kali IDM minta dikemaskini, anda boleh terus klik untuk kemaskini dengan senang hati tanpa perlu bimbang akan popup 'Internet Download Manager has been registered with a fake Serial Number bla bla bla bluerghhhhh', kerana IDM Patcher untuk siri 6.xx ini telah dicuba berkali-kali, dimana setiap kali muncul popup tersebut, anda cuma perlu gunakan ia untuk patch semula IDM dan ia akan menjadi versi penuh kembali.


Dalam entri yang pernah di-pos oleh saya atau Angelezo sebelum ini, kami ada menyediakan patch ini di dalam setiap arkib IDM yang anda muat turun, jadi anda tidak perlu memuat turunnya untuk kedua kali, kerana telah pasti patcher ini boleh digunakan untuk kali pertama, kedua, ketiga, malah berkali-kali tanpa rasa bersalah pun boleh juga.

Tetapi buat yang masih belum pernah menggunakannya, entri ini sebenarnya adalah untuk anda, dan kini anda boleh muat turun sambil senyum kepada kawan-kawan yang terkena popup hangit dari IDM :

Muat Turun : IDM 6.xx Patcher

Caranya cukup mudah, anda cuma perlu salin fail patcher ini ke dalam direktori IDM, dan klik dua kali untuk menjalankannya, lalu klik pula pada 'patch'. Bagi pengguna Windows 7/Vista, klik kanan dan pilih 'Run as administrator'. Apabila keluar tetingkap 'First' dan 'Last Name', anda taipkan saja nama yang anda suka.


Mr.Hac : Call me Dr. Freddy.
Powered by Blogger.