Perkara Penting Sebelum Menjadi Blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Setelah selesai proses pembelajaran pemasangan wordpress pada hosting dan sebelum menyambung semula dengan entri yang berkisar tentang menjaga keselamatan/sekuriti wordpress,membuat tetapan pada wordpress cara memasang tema,plugin dan sebagainya secara manual alangkah lebih baiknya kita bermula dengan perkara penting sebelum,semasa dan selepas menjadi blogger.

Seiring dengan kemajuan teknologi informasi tanpa batasan atau dunia tanpa sempadan maka lahirlah terlalu ramai manusia yang bergelar blogger. Blogger atau juga dikenali sebagai penulis di alam maya banyak meluangkan masanya di hadapan komputer untuk memberi informasi,menceritakan kisah hidup membekalkan sesuatu yang baru atau menerangkan sesuatu yang disembunyikan. Sebelum melangkah ke alam blogger yang sebenar,adalah lebih baiknya kita mengenal apa tujuan kita menjadi blogger.

Membekalkan informasi.
Tujuan yang paling hak dan mutlak bagi seorang blogger ialah membekalkan sebarang informasi kepada dunia. Tidak kira informasi tersebut informasi terkini atau informasi yang sudah lama,sudah lapuk ditelan zaman. Informasi itu luas. Informasi boleh meliputi urusan duniawi atau akhirat. Jadi jika anda seorang blogger yang mahu bekalkan informasi kepada umum pastikan anda pasang niat untuk membekalkan informasi kepada pengguna internet.

Pasang niat segera dan jangan lari daripada niat
Bercakap pasal niat ramai blogger yang telah lari daripada niatnya yang sebenar. Perkara ini banyak diceritakan oleh blogger khususnya blogger yang membekalkan informasi teknologi. Mereka banyak mengingatkan kepada blogger baru yang mahu menceburi bidang penulisan di alam maya,pastikan niat anda sentiasa betul. Mengapa niat mereka sebagai blogger boleh berubah. Banyak faktor yang dapat disimpulkan antaranya terdesak mencari kekayaan dunia. Huh! Seiring dengan kemajuan kehidupan dan kehilangan sumber utama dunia iaitu bahan mentah ramai yang memerlukan duit/wang/modal atau apa sahaja namanya. Betul! Blogger baru yang mulanya memasang niat untuk membekalkan informasi telah bertukar niatnya untuk mencari wang semata-mata. Maka,dia telah memasang iklan (ads) yang melampau. Tujuannya adalah agar pengunjung yang datang ke laman/blog nya akan mengklik iklan tersebut dan dapat 20 sen. Jangan berangan. Kita lihat blog OMG! Hackers? atau blog yang memang penulisnya berpengalaman dalam dunia penulisan. Iklan tu hanya sebuah permainan bagi mereka. OMG! Hackers hanya bergantung pada nuffnang (churp churp) je. Dan kita sebagai pengguna jangan lokek/kedekut untuk habiskan jalur lebar (bandwidth) yang tak seberapa tu jika dibandingkan dengan informasi yang diberikan. (Siapa yang telah berjaya kecualikan laman OMG! Hackers? daripada Adblock nya?)

SEO.
SEO atau Search Engine Optimization. Tidak usah anda berdalih lagi jika tujuan anda jadi blogger bukannya perkara ini. Wordpress adalah platform yang paling mesra SEO. Orang kata! Betul ke. Ya, memang betul. Mungkin beratus atau beribu plugin yang dikhaskan untuk SEO pada platform wordpress.

Bahasa dan penulisan.
Kata dulang paku serpih,kata orang dia yang lebih. Itulah yang dapat digambarkan bagi blogger khususnya wa. Kenapa wa kata wa gagal menjadi seorang blogger yang berjaya? Kerana bahasa dan penulisan wa berterabur. Ya,sukar untuk wa menjadi penulis kerana wa bukanlah dari kalangan penulis. Karangan wa masa sekolah pun berterabur. Untuk pengetahuan semua khususnya yang tak mengenali wa. Kelebihan wa bukannya terletak pada penulisan tetapi pada percakapan. Bukan untuk berasa bongkak,riak,takabur dan sebagainya tetapi inilah realitinya. Hahahaha. Memang sukar bagi wa untuk menulis dengan bahasa skema. Walaupun segala yang tertulis bermula daripada hati membawa kepada akal dan minda dan berpisah kepada dua iaitu tangan dan mulut namun wa masih tetap gagal. Laman OMG! Hackers? ialah laman yang dikunjungi yang wajib dikunjungi oleh setiap orang. Tetapi disebabkan kehadiran wa laman ni boleh lingkup kerana. Mungkin orang luar negara yang tidak memahami bahasa Malaysia akan menggunakan Google Translate untuk mengubah ke bahasa mereka. Bayangkan dengan penulisan wa yang menarik  ini? Dan yang terakhir jangan straight-to-foward dalam bidang penulisan sertakan dengan lawak menghina,lawak mengutuk,lawak mencaci,lawak mengherdik. Kalau boleh sertakan slot akasia khas untuk mengutuk. Bukan untuk mengajak ke arah keburukan. Jangan salah sangka dahulu. Sertakan sedikit lawak yang boleh menghilangkan bosan pembaca/pengunjung.

Hormati pengunjung dan bersahabat dengan blogger lain.
Perkara ini yang amat penting dalam menjadi seorang blogger. Biar apa orang nak kata tentang kita yang penting kita hormat mereka. Begitu juga dengan blogger lain,bersahabatlah dengan mereka kerana mereka lebih arif/berpengalaman daripada kita. Akhir kata,tidak akan sempurna kehidupan seseorang itu jika memutuskan hubungan yang selama ini dijaganya dengan erti kata lain hubungan silaturahmi/silaturahim.

Jika anda mahu tambah,di ruangan komen ada disediakan.
Sekian,Assalamualaikum.

Powered by Blogger.