PrivitizeVPN - VPN Percuma Dari Team Piratebay?

OMG.. Piratebay rilis VPN?

Berita ini memang bukan salah di mata anda. Ia memang benar. Piratebay merilis VPN (versi PPTP CHAP v2 128-bit Encryption) yang berbentuk fail pemasang (.exe). Apa yang mengelirukan dan membuatkan saya bimbang ialah:

1. Adakah fail ini turut diselitkan dengan malware? Kalau menurut hasil imbasan dari Virus Total keputusan pengesanan ialah 4 / 43. Anda mahu mencuba untuk nilaikan sendiri?

2. Setelah saya selidik dan kaji serba-sedikit, PrivitizeVPN dari Piratebay ini adalah sama dengan Privitize VPN dari laman Privitize. Mana satu laman web rasmi? Laman web Privitize juga seperti 'tidak siap'. Kesangsian dan curiga tak dapat ditangkis dan ditapis lagi. Ceh..



Komen saya? Kalau saya jadi anda, lebih baik saya gunakan alternatif lain yang lebih baik seperti FreeUploads VPN. Kenapa privasi dan keselamatan data itu penting? Anda cuba tonton video di bawah sehingga habis. Sendiri mau ingat aaa..

Powered by Blogger.