Firefox 16 Dirilis

Mozilla telah pun merilis veris baharu bagi pelayar web terkenal Firefox kepada versi 16. Dalam Firefox 16, selain dari perubahan kepada kelajuan yang dapat dirasai, pelayaran yang semakin 'smooth', Firefox juga menambah ciri 'command-line toolbar' untuk para pembangun.



Kemaskini versi ini akan tiba kepada para pengguna Linux dalam beberapa jam/hari lagi. Bagi pengguna Ubuntu anda cuma perlu buka Update Manager atau Software Updater (Ubuntu 12.10) untuk mendapatkan kemaskini terbaru. Untuk pengguna Windows, jalan yang mudah anda buka Help -> About Firefox.

Tidak pasti apa perancangan seterusnya untuk Firefox, namun saya berharap versi untuk 64-bit akan dirilis, sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini.

Mr.Hac @ Dr. Freddy : Suka sembang buta, tak jawab masam macam cuka, ramai ular dalam semak, tak ramai pula ulamak, tak keluar ayat fulamak, yang keluar hanya alamak..
Powered by Blogger.