Hip-Hoppin' Asia Bakal Menemui Penonton 8TV

Buat para peminat muzik genre Hip-hop, sebuah rancangan bertajuk Hip-Hoppin' Asia akan bersiaran di 8TV bermula 11.10.2012, 9.30pm .


Rancangan ini akan di-hoskan oleh Joe Flizzow, yang mana beliau akan menjelajah Asia bertemu dengan segenap lapisan masyarakat untuk mencari definisi hip-hop yang sebenar. Mungkin akan ada yang bertanya apa kena mengena blog IT dengan muzik? Buat yang baru menjengah, saya merupakan peminat muzik selain IT dan komputer.

Tambahan pula rancangan ini bakal dikendalikan oleh The President, Joe Flizzow. Sudah semestinya saya akan war-warkan. Jadi kepada semua peminat beliau, jangan ketinggalan untuk menonton.

Oh ya, tak lupa juga The General, Malique, yang dikhabarkan sakit , mungkin kerana aura lagu Teman Pengganti yang meletup-letup, sebenarnya tidak sakit sama sekali! Buat semua blogger yang tidak tahu menahu, hentikan entri cari trafik murahan anda!
Powered by Blogger.