Jadilah Seorang Jurujual Hosting Yang Berjaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bertemu lagi kita dalam mempelajari/menerima/mencari ilmu. Penulisan kali ini ringkas sahaja. Walaupun ringkas tapi dapat memberikan sedikit ilmu kepada mereka yang minat dalam membangunkan laman 'hosting'. Bukan 'file hosting' tapi web hosting. Tapi daripada web hostin itu terjadi/terbentuk/terciptalah laman perkongsian fail. Sedang berjalan/belayar di alam maya untuk mencari lagu 'alternative rock' terjumpa dengan lagu lama yang menggamit kembali zaman rock dunia. Lagu alternative rock lebih dikenali sebagai slow rock di Malaysia. Lagu yang menceritakan tentang kisah percintaan. Lagu apa yang dimaksudkan oleh penulis? Lagu tersebut dibawa oleh 3 Doors Down yang bertajuk Here Without You. Klip video akan diselitkan di akhir penulisan. Di samping mendengar alunan nada kita belajar satu pelajaran baru. Tapi,perlu diingat. Sehebat manapun kita,kita masih perlu bergantung kepada-Nya. Jangan lalai pula apabila layan lagu lama nanti.

Berbalik semula kepada tajuk penulisan kali ini. Jadilah seorang jurujual hosting yang berjaya bermaksud anda menggunakan servis perkhidmatan yang disediakan oleh sesuatu pihak tanpa mengeluarkan modal seposen pun. Hanya berbekalkan semangat dan jati diri yang kuat anda mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dalam penulisan kali ini tiada tutorial yang lengkap tentang menjadi seorang jurujual hosting yang berjaya. Segalanya terletak pada tangan anda. Jika tidak faham gunalah 'ticket' atau kuanter pertanyaan yang disediakan oleh pihak mereka. Tapi,sebelum tanya,lebih molek jika anda cek dahulu permasalahan anda di ruangan FAQ (Frequently Ask Question). Cukup sekadar itu sahaja muqaddimah/pendahuluan/kata pembuka bicara daripada penulis. Kita teruskan kepada tujuan kita yang hak lagi mutlak.

Anda pernah menggunakan servis daripada web hosting  AgilityHoster.comRunHosting.comLeadHoster.com mahupun AwardSpace.com ? Anda pernah menggunakan item dalam panel kawalan web hosting ini? Anda pernah terfikir untuk membina web hosting seperti mereka ini? Jika anda pernah terfikir untuk membina satu laman web hosting seperti mereka teruskan dengan usaha anda. Tapi,alangkah baiknya jika anda menjadi jurujual kepada mereka dahulu baru anda fikir untuk menyewa hosting dari Cyberjaya. Bagaimana untuk menjadi jurujual kepada perkhidmatan mereka? Mudah sahaja ikut langkah dibawah.

Langkah 1: Kunjungi laman mereka dan daftarlah sebagai ahli disini.

Langkah 2: Setelah selesai mendaftar sebagai ahli log masuklah ke dalam akaun anda. Muka depan selepas anda log masuk adalah seperti ini.

Langkah 3: Klik Create your Store - step by step! (Get Started)

Langkah 4: Selepas anda klik,anda akan disuruh untuk meletakkan domain bagi laman anda. Anda boleh gunakan domain premium daripada mereka,domain luar dan subdomain dari mereka. Jika anda mahu menggunakan domain luar,harap maklum anda perlu cari atau tanya pada mereka apakah nameserver bagi perkhidmatan mereka. Penulis masih belum dapat kerana terdapat permasalahan pada ruangan trouble ticket penulis. Atau anda boleh guna sahajaa subdomain daripada mereka. Tapi,perlu diingat. Hebatnya sesebuah laman itu terletak pada domain nya.

Langkah 6: Ikut langkah-langkah yang disediakan bagi memudahkan anda.

Langkah 7: Perlu diingat,anda tidak dibenarkan untuk menguasai sepenuhnya hosting anda. Hanya perkara yang penting sahaja anda dapat kawal. Jika anda mahu mengawal sepenuhnya. Gunalah servis premium mereka.

Laman yang sudah siap dibina. (Best Public Hosting)


Sekian,Assalamualaikum.
Powered by Blogger.