Jom Tonton Hulu.com Dari Malaysia Dengan DNS Tunneling

Salam. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Hulu.com ialah sebuah laman web penstriman video yang berasaskan geografi. Sesiapa yang cuba menonton videonya dari luar US tidak akan berjaya kerana sekatan ke atas IP dari luar US yang dikenakan.

Terdapat berbagai cara yang boleh kita gunakan untuk menukar IP komputer kita kepada IP dari US. Antaranya ialah dengan menggunakan VPN, Proksi dan SSH Tunneling. Namun terdapat satu lagi cara yang boleh digunakan untuk kita membuka laman Hulu.com tanpa sebarang tetapan yang sukar. Caranya ialah dengan menggunakan Proxy DNS. Kaedah ini sama seperti implementasi DNS Tunlr.


Mengapa saya memilih kaedah DNS Tunneling? Ini adalah kerana apa yang anda perlu lakukan cumalah konfigurasi DNS pada komputer. Itu sahaja. Tidak perlu tetapan yang memeningkan. Selain mudah untuk digunakan, penggunaan DNS memastikan anda mendapat kelajuan yang pantas untuk penstriman video.

Apapun, ada kelebihan, pasti ada kekurangannya. Oleh kerana DNS tidak menukar IP anda, maka apa jua perkara yang melibatkan IP perlu diambil perhatian. Mungkin servis seperti Hulu boleh 'dikelirukan' dengan servis Cloud DNS Tunneling seperti ini, tetapi laman-laman lain seperti forum akan dapat mengenal pasti IP sebenar anda.

Selain itu, sekatan menyeluruh menggunakan perisian seperti Websense, Barracuda, dan sebagainya lagi perlu menggunakan kaedah yang lebih efisien seperti penggunaan VPN. Jika anda cuma mahu menonton video dari Hulu dan laman-laman seumpama dengannya, anda cuma perlu ikut tetapan seperti di bawah:


Berikut adalah bukti keberkesanan Proxy DNS:


Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa lagi DNS Tunnel Service yang ditawarkan pada harga berpatutan seperti:

1. Tunlr - Percuma!
2. UnoDNS - Tempoh percubaan selama 8 hari
3. Unblock Us  - Tempoh percubaan selama satu minggu

Untuk servis Proxy DNS ini, berkemungkinan ia percuma selama ia dalam versi Beta. Selepas mencapai versi stabil, ia mungkin akan dikenakan bayaran. Setakat ini itu sahajalah maklumat yang diperoleh. Maklumat ini akan dikemaskini kemudian apabila versi stabil dirilis.
Powered by Blogger.