Kamen Rider Wizard Episode 8 Download

Tuuu dia! Muncul dah Kamen Rider Wizard episod ke-8. Dalam kusut hati ini bertanya sama ada hendak menulis lagi atau tidak, Over-Time kata tulis sikit lagi lah!

Kalau tiada aral, akan ada lagi penulisan dari saya, tak kiralah bab tutorial dalam skop IT atau entri muat turun seperti ini. Kalau datang aral, yang lain jangan ikut berhenti pula ya.

Dalam senario kini, apa yang saya lihat Ubuntu tampil semakin elegan, cuma saya tidak gemar kepada beberapa hal berbangkit yang nampaknya masih lagi tidak mendapat perhatian secukupnya. Ambil contoh paling mudah, dalam bab kelajuan sistem operasi itu sendiri.

Bukan hendak menangkan Windows 8, tetapi sesiapa saja yang dah cuba pasti tahu meskipun Windows 8 didatangkan dengan Metro UI, yang lebih sesuai digandingkan dengan tablet/telefon pintar, tetapi bab prestasi memang saya tak dapat bohong. Rakan saya yang menggunakan PC dengan Pentium 4 pun masih mampu menjalankan Windows 8 dengan baik.

Apa yang saya lihat Ubuntu 12.10 sememangnya cemerlang, cuma masih terdapat isu flickering pada bar menu Unity dan tak lupa juga bab kelajuan. Kalau dikenang kembali dari versi Ubuntu 10.10, seingat saya versi itulah terakhir yang paling 'ringan'. Masuk saja versi Natty si Ikan (paus?), Ubuntu sudah mula mahu jadi ranggi dan 'stylo'.

Ahhh. Lupakan! Pendek cerita buat yang dah mencuba Ubuntu 12.10, jangan lupa tuliskan sedikit reviu anda di sini. Saya tinggalkan anda dengan persoalan, saya biarkan Kamen Rider Wizard ambil alih entri ini!


Muat Turun :


Powered by Blogger.