03 October 2012

Manjaro Linux 0.8.1 - Arch Linux All The Way!


By on 3:15 PM

Beberapa bulan yang lepas saya pernah dicadangkan untuk mencuba Arch Linux oleh teman-teman dari Youtube. Sejak mencubanya, Arch Linux telah berjaya membuka mata saya bahawa Linux sememangnya sebuah sistem operasi dengan arkitektur yang hebat.

Namun disebabkan ia dibina bukan untuk pemula, saya mengalami beberapa kegagalan ketika mula-mula hendak memasangnya ke komputer. Ya, memang agak sukar kerana anda tidak akan dapat sistem pemasang dalam bentuk grafik seperti Windows atau Ubuntu.

Semuanya dalam bentuk baris perintah. Anda sendirilah yang menentukan apa yang anda ingin pasang pada sistem operasi Arch Linux. Sejak dari itu juga saya bergelumang setiap hari dengan laman Arch Wiki. Laman ini memang super duper lengkap, semua perkara mengenai Arch dari permulaan pemasangan sehinggalah kepada persekitaran desktop, segalanya dihimpun di situ.

Selepas dari itulah saya berjaya memasang Arch Linux walaupun mata berpinar dek panahan cahaya PC yang sentiasa cemburu dengan kesungguhan saya. Ewahhh..

Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang berserabut membaca Arch Wiki? Bagaimana pula dengan pemula yang teringin hendak merasai sendiri Arch Linux? Kerana itu pula wujud distro seperti ArchBang, khusus untuk para pemula atau pengguna pertengahan (intermediate).

Namun ada satu lagi distro terbitan dari Arch Linux, namanya Manjaro Linux, yang menggunakan persekitaran desktop XFCE.



Pertama kali melihatnya, saya hanya mampu berkata "Wow!". Masakan tidak, jika dahulu saya berpenat-lelah cuba sedaya-upaya memasang Arch Linux, sekarang hanya dengan memasang Manjaro Linux, saya dapat gunakan sistem Arch Linux, namun dengan 'semua kebaikan' iaitu persekitaran desktop untuk kita memulakan aktiviti, serta aplikasi-aplikasi serta perisian-perisian untuk kegunaan harian.

Dengan saiz 1.5GB, kesemua perisian yang anda boleh fikirkan ada dalam Manjaro. Dari perisian pejabat, internet, sehinggalah kepada aktiviti sosial, semuanya sudah tersedia. Manjaro masih mengekalkan prinsip KISS, tetapi tidak menggunakan Arch repo, sebaliknya ia menggunakan repo sendiri. Ini ternyata memberi kesan yang boleh dikatakan bagus kerana pengguna masih mendapat kemas kini yang paling baru (bleeding edge), namun dipertimbangkan sebagai stabil.

Ini adalah kerana Manjaro memastikan setiap pakej yang dikemas kini adalah stabil dan selamat untuk digunakan. Tapi macam biasalah, cakap panjang pun tak guna kalau ANDA tidak mencuba.


Jom muat turun Manjaro Linux (0.8.1)


Mr.Hac @ Dr.Freddy : Buat mereka yang menanti artikel Simple Linux, InsyaAllah saya akan mencubanya kemudian. Tetapi ini bukan pasti bukan janji, cuma kabinet bayangan pos seterusnya sahaja. Hahaha..


- Jangan sambut dengan jampi, dia tak terima,
Ikut mazhab rimau, Raja Rama Lima..


About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

0 comments :

Post a Comment