OpenDNS: Sekuriti Alam Maya Terbaik.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru-baru ini ada seorang sahabat yang minta pendapat tentang Google Public DNS dan OpenDNS yang mana lagi bagus. Penulis jawab komen tersebut dengan mengatakan Google Public DNS lebih kepada kelajuan dan OpenDNS lebih kepada penjagaan sekuriti/keselamatan. Adakah anda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh penulis? Jika anda tidak bersetuju berikan jawapan anda serta hujah kepada jawapan anda di ruangan komen/kritik di bawah.

Entri kali ini bukan untuk membuat perbandingan antara Google Public DNS dengan OpenDNS. Tetapi untuk menerangkan/menceritakan/menjelaskan tentang kelebihan menggunakan OpenDNS untuk menjaga keselamatan semasa belayar di alam maya. OpenDNS jika digabungkan dengan VPN (Virtual Private Network) pasti menambahkan keselamatan di dunia maya ini. Jika menggunakan OpenDNS sahaja tidak cukup kerana IP (Internet Protocol) anda masih bertebaran dan memudahkan mereka yang pakar/berilmu menceroboh sistem anda dan seterusnya meletakkan anda selaku mangsa kegiatannya. Memang tiada satu ciptaan manusia pun yang betul-betul hebat lagi sempurna. Tetapi ikhtiar itu lebih bagus daripada berdoa tanpa usaha. Dan alang-alang menceritakan tentang doa dan usaha ni,satu teori mengenai duit telah dipecahkan. Mengapakan duit dan kejayaan/kecemerlangan sering dikaitkan antara satu sama lain. Tahukan anda apakah yang tersembunyi disebalik perkataan DUIT itu. Biar penulis jelaskan D untuk Doa,U untuk Usaha,I untuk Ikhtiar dan T untuk Tawakal. Dan apabila kita Berdoa tanpa Usaha umpama ikan yang mati di dalam sungai yang mengalir deras. Ikhtiar itu pula ialah sikap ingin berusaha untuk menentang arus yang deras supaya bebas daripada sebarang keraguan dan Tawakal pula ialah selepas kita berhempas pula ialah merentasi arus sungai yang deras jika tidak boleh maka tidak bolehlah,mungkin selepas ikan itu merentasi arus sungai yang deras itu akan ada banyak manfaatnya. Tapi disebabkan usaha untuk membebaskan diri daripada arus deras itu,Allah SWT balikkan yang sebelum ini arus deras sungai itu dihuni oleh ikan besar yang memakan ikan kecil,Allah balikkan manfaat kepada ikan tersebut. Mengapakah orang yang berjaya mencari DUIT? Ini adalah cara untuk memanjangkan penulisan kali ini. Rata-rata pengguna jika terpandang penulisan yang panjang pasti akan di 'bookmark' nya dahulu.

Teruskan kepada penulisan kita. Segala perkara penting yang ditulis selepas ini diambil daripada laman opendns.com disini lalu diubah kepada bahasa Malaysia dan InsyaAllah akan memudahkan pengunjung dari Seantero Asia Tenggara. (Lingua Franca).

1. Untuk lebih penjagaan keselamatan,anda perlu mendaftar sebagai ahli supaya anda dapat mengatur laman yang boleh merosakkan komputer anda. Daftar disini.

2. Selepas mendaftar anda akan diberikan tiga pilihan untuk sekuriti.

  • Computer
  • Router
  • DNS Server (letak tepi)

Sekiranya anda hanya mahukan komputer anda sahaja yang berada dalam keselamatan pilihlah computer. Sekiranya anda mahukan internet anda berada dalam keselamatan pilihlah router. Paling baik router kerana anda telah menyelamatkan rakan anda daripada mengunjungi laman yang tidak sepatutnya seperti laman porno,laman phishing,laman mengutuk. Tapi,perlu diingat sejauh manakah tahap sekuriti ini  bergantung sejauh mana anda mengatur untuk mengelak daripada laman tersebut dikunjungi oleh pihak yang bertanggungjawab. Jangan lupa untuk masukkan nameserver OpenDNS iaitu 208.67.222.222 dan 208.67.220.220

Selepas anda berjaya mengatur pada router/modem anda. Pada setiap akhir kaedah pemasangan akan terpancar kalimat: Klik kalimat tersebut untuk memeriksa adakah anda berjaya memasang ataupun tidak
Jika berjaya keluar pula gambar ini. Selepas itu klik OpenDNS Dashboard untuk membuat pengaturan.

Jangan lupa untuk melakukan pengesahan pendaftara pada e-mel anda. Pilih berapa banyak IP yang boleh diselamatkan. Dan klik ADD THIS NETWORK.


Setelah selesai membuat pilihan. Jadi aturlah sejauh mana tahap sekuriti yang anda mahukan.

Anda masih belum mengetahui kelebihan OpenDNS selain daripada menjaga keselamatan belayar di alam maya.

1. Kelajuan mungkin bertambah sedikit.
2. Selebihnya disini.

Sekian,Assalamualaikum.
Powered by Blogger.