Ubuntu 12.10 : 8 Hari lagi

Sedar tak sedar,  masa berjalan begitu pantas sehinggakan versi Ubuntu 12.10 cuma tinggal 8 hari sahaja lagi sebelum dirilis untuk dimuat turun. Saya masih ingat lagi sewaktu versi 12.04 mula-mula dirilis beberapa bulan yang lepas, laman web Ubuntu seperti dilanggar DDoS lagaknya. Langsung tidak boleh dibuka.

Ini menunjukkan semakin ramai pengguna Ubuntu yang ingin mencuba teknologi terbaru yang dibawakan oleh sistem operasi tersohor ini. Namun apa gunanya akan ada versi baru tetapi tak ramai yang tahu? Jadi bersempena 8 hari saja lagi kita bakal dapat memuat turun Ubuntu 12.10, mari kita sama-sama hebah-hebahkan, sebarkan maklumat mengenai rilisan ini.


Anda boleh tampalkan countdown widget ini pada blog anda. Kodnya boleh diambil di sini : The Ubuntu Countdown

Apabila Ubuntu Quantal ini telah pun dirilis, InsyaAllah saya akan kemaskini entri mengenainya. Setakat ini pembaharuan yang paling memberansangkan ialah fungsi Unity Previews pada dash Unity. Apapun sama-sama kita tunggu ia dilepaskan kepada pengguna.
Powered by Blogger.