Ubuntu 12.10 : Yang Ditunggu Dah Tiba

Ketika ini saya sedang menjalankan Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal melalui live USB. Memang mengancam! Quantal nampaknya lebih pantas dan elegan. Dengan fungsi Unity yang dinaik taraf menjadikan ia lebih sempurna.


Salah satu fungsi yang saya gemar ialah Unity Previews:


Fungsi Unity Previews ini memudahkan pengguna di mana hanya dengan klik kanan sahaja kita akan dapat melihat bahkan mendengar pra-tonton muzik. Untuk video dalam talian, jika klik pada 'Play' akan membuka pelayar web lalai untuk memainkannya.

Ubuntu 12.10 menggunakan kernel 3.5, kernel terbaru yang responsif. Namun anda boleh memilih untuk memasang kernel 3.6.2 secara manual (tutorial pemasangan pernah ditulis dahulu. Anda boleh gunakan bar carian di atas untuk mencarinya).

Meskipun Quantal Quetzal si burung tampan ini didatangkan dengan ciri-ciri menawan, ada pula cirinya yang tidak digemari, dan ia adalah hasil carian rawak berasaskan Amazon. Buat anda yang mengambil berat mengenai maklumat peribadi, anda boleh tutup ciri ini melalui System Settings - Privacy:


Atau nak lebih 'ekstrim' buangkan saja ciri ini:

sudo apt-get remove unity-lens-shopping

Selain Amazon, terdapat juga beberapa Web Apps yang lain seperti Ubuntu One Music yang disediakan secara lalai pada bar Unity. Tak lupa juga fungsi tambahan 'Online Accounts' yang mengintegrasikan semua akaun dalam talian, pada satu tempat, tak perlu lagi log masuk pada setiap aplikasi, satu hub untuk semua:



Beberapa lagi penambahbaikan/ciri yang ditambah adalah seperti animasi ketika minimize tetingkap, Update Manager telah dinamakan semula kepada Software Updater, serta antaramukanya juga berubah sedikit, Unity Web Apps, Remote Desktop Login dan juga sokongan enkripsi dalam pemasang Ubuntu.

Anda boleh muat turun Ubuntu 12.10 secara percuma di sini:

Klik pada imej

Mr.Hac @ Dr.Freddy : Jangan tanya berbaloi atau tidak untuk naik taraf versi Ubuntu anda. Kalau anda sudah selesa dengan versi 12.04, sila teruskan. Sengaja saya tulis lambat mengenai Ubuntu 12.10 ini. Kalau dilihat pada blog lain seperti OMG! Ubuntu dan Webupd8, mereka juga seperti 'kehabisan modal' untuk bercerita mengenai Ubuntu 12.10. 6 bulan menanti, saya rasa saya akan kekal dengan elementary OS Luna daily build yang super pantas ini. Kalau ditanya kenapa elementary OS Luna beta 1 masih belum kunjung tiba, ini jawapan saya.
Powered by Blogger.