Ubuntu Tweak 0.8.1 Dirilis : Pembangunan Diteruskan

Pada 19 Oktober 2012, pembangun Ubuntu Tweak (UT) iaitu Tualatrix Chou, telah mengumumkan bahawa beliau akan menghentikan pembangunan UT untuk selamanya. Tidak pasti atas dasar apa kekecewaan beliau sehingga membuat keputusan seperti itu, tetapi anda boleh baca sendiri nukilan beliau di blog UT.


Namun tidak lama beliau memendam rasa, atas semangat dan dorongan yang ditunjukkan oleh para pengguna UT, terbaru beliau mengumumkan akan rilisan versi 0.8.1, serta pembangunan UT akan diteruskan kesinambungannya.

Anda boleh baca sendiri nota rilis untuk versi 0.8.1, tetapi suka untuk saya sebutkan disini yang saya sukakan kepada ciri baru yang ada pada UT iaitu Love Wallpaper HD:


Muat turun Ubuntu Tweak 0.8.1 : deb installer

atau gunakan PPA:

sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install ubuntu-tweak

Mr.Hac @ Dr.Freddy : Tualatrix perlukan 'motivasi' untuk terus membangunkan Ubuntu Tweak. Nampaknya aku pun sama.. (dah mula kurang motivasi untuk menulis)
Powered by Blogger.