Bagaimana Nak Memaparkan STAR Rating Dalam Enjin Carian

Install Star Rating

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Basmallah, Alhamdulillah. Kita selalu lihat di enjin carian ada star rating. Kita juga suka pada star rating itu sebab lain daripada yang lain. Betul kan?

Uuntuk memasang star rating ini dia ada 4 keadah.

Yang Pertama: Menggunakan Microdata

Yang Kedua: Menggunakan Microformats

Yang Ketiga: Menggunakan RDFa

Yang Keempat: Schema.org

Jadi yang mana satu kita nak pilih? Mestilah yang pertama kerana yang pertama kodnya ringkas ^_^

Apakah Manfaat Jika Anda Memasang Star Rating ini?

Sepertimana yang anda tahu kita suka pada star rating ini kerana ianya lain daripada yang di dalam SERP.

Selain itu, apakah kelebihannya?
1. Dapat menarik dan tarik perhatian pencari
2. Berkemungkinan orang akan klik pada link anda dalam carian lebih tinggi
3. Dan semestinya dapat meningkatkan trafik blog

Memasang Star Rating Pada Blog.

Untuk pemasangan ini amat mudah kerana saya telah membuat cara pemasangan yang paling ringkas.

1. Seperti biasa, pergi ke Blogger Dashboard > Template > Klik Edit HTML > Klik Proceed

2. Klik Expand Widget Templates

3. Cari kod di bawah

Nota: Kalau anda terjumpa 2 kali
. Pilih yang mula-mula/Pertama

Nota: Dalam kes saya, saya terjumpa kod <b:if cond=' di atas kod
. Jadi untuk memastikan kod star rating berfungsi dengan baik, anda perlu letak kod #4 selepas kod <b:if cond='

4. Copy kod di bawah dan letakkan ia DI ATAS kod tadi(#3)

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<data:post.title/>
<data:post.author/>
Rating: 5
<data:post.dateHeader/>

</b:if>
Nota: Kod telah dikemaskini. Sila buang kod yang lama dan update yang baru

5. Preview dahulu. Kalau tiada apa-apa error, SAVE N DONE!!!

5 langkah paling mudah. Mudahkan?

Penerangan

itemreviewed = Item yang review.

description = Badan(body) yang review.

reviewer = Author yang review.

rating = Inilah dia yang penting. Anda lihat tak yang nombor 5 itu? Lihatkan? Jadi anda boleh ubah #5 itu kepada nombor berapa yang anda mahukan. Tetapi #5 adalah maksimum. Tidak boleh melebihi 5 tetapi boleh kurang.

CONTOH: 4.9, 4.8, 4.7, dan seterusnya ke bawah.

dtreviewed = Tarikh

Menyemak Star Rating Pada Blog Anda

Ok, anda dah pasang tapi bagaimana nak pastikan ianya jadi ke tak?

1) Mula-mula, anda pergi ke laman ini > Google rich snippets tools

2) Letak link post anda di dalam kotak tersebut (Yang ada www.example.com tu)

3) Klik PREVIEW

4) Dan keputusannya akan keluar. Di bawah nanti adalah gambaran contoh dari blog rakan saya

CONTOH:

Klik pada gambar  untuk gambaran lebih besar

Jadi ke tak? Kalau jadi power la. Boleh buat tutorial lagi :D

Saranan

Dah pasang, berfungsi dengan baik tapi.... Saya perlu bagi saranan kerana star rating ini adakalanya orang salah faham tentangnya.

Star rating rating ini sebenarnya ialah REVIEW. Maksudnya kalau blog anda jenis peribadi dan post tentang peribadi. Tak kan la anda sedang review post peribadi anda?

Pelik la.

Jadi, star rating ini sesuai untuk blog yang menjual produk atau review gadget dan seumpamanya. Kalau blog OMG! Hackers? Sesuai.

Faham ke? :P

Dari Penulis

Alhamdulillah, kesyukuran tidak terhingga kerana saya berjaya mempelajari ilmu ini. Jadi, kalau anda merasakan post ini amat bermanfaat kepada anda, tolong kongsikan bersama rakan anda. Kerana tiada seorang pun yang telah kongsikan rahsia ini. Tidak ada dalam blog mana-manapun(Setakat ini tak jumpa lagi) yang serupa.

Kalau anda mengalami masalah nak memasang kod ini, jangan sengan-sengan nak bertanyakan soalan. Saya sentiasa membantu anda :D

Kenali Danial lebih dalam di blog Danialde4
Powered by Blogger.