Bahaya Carpal Tunnel Syndrome

Sindrom ni dah ramai yang tahu rasanya. Cuma sekadar hendak memperingati diri sendiri, dan juga orang lain yang mempunyai kegemaran/tabiat sama, eloklah saya tulis sikit mengenainya.

Carpal Tunnel ni bukan penyakit baru. Sejak terciptanya tetikus dan keyboard, ia dah mula berleluasa apabila kedua-duanya digunakan dengan cara penggunaan yang kurang tepat atau bahasa kasarnya cara yang bangang berlebihan. Silap hari dan bulan, tangan anda boleh dibedah seperti gambar di bawah:



Buat mereka yang hendak tahu lebih lanjut mengenai Carpal Tunnel Syndrome, eloklah baca di laman ini : A Patient's Guide to Carpal Tunnel Syndrome
Saya nak terangkan dalam Bahasa Melayu takut tak beberapa tepat tafsirannya kerana ia mempunyai istilah-istilah medik. Jadi kalau lihat pada gambar di bawah pula, ia adalah cara yang betul dalam mengendalikan tetikus dan keyboard:




Saya faham dan mengerti sangat akan sesetengah dari kita (termasuk diri saya) yang begitu asyik dengan dunia siber/maya sehingga tidak endahkan dunia sebenar. Kawan di sebelah pun kadang-kadang tidak dihiraukan apabila terlalu khusyuk mata menghadap skrin komputer. Tetapi jangan kita lupa, tangan yang memegang mouse dan menaip di keyboard itu perlu direhatkan juga. Jangan kerana hobi kita di alam maya, fizikal kita di alam sebenar menderita.

Sekadar mengingatkan rakan-rakan sekalian, cegahlah sebelum parah. Ada insurans pun tak guna kalau tangan anda sudah tidak bermaya. Waktu tu menangis pun tiada berlagu, bercakap tiada irama, dan hobi anda juga terpaksa anda tinggalkan selamanya.

Dr. Freddy : Sakit wei tengok gambar tu!
Powered by Blogger.