[How To] Set Up SecurityKISS VPN Manual On Windows 8

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini penulis mengemaskini tentang vpn atau virtual private network dan jika diubah/ditukar/di Bahasa Melayu kan akan menjadi rangkaian maya persendirian. Lupa untuk diingatkan bahawa tajuk Bahasa Inggeris tapi kandungan masih menggunakan Bahasa Melayu. Dah banyak blogger,laman-laman sesawang,blog menceritakan tentang vpn. Jadi penulis rasakan tidak perlu untuk penulis terangkan lagi. Tapi,penulis akan beri sedikit tentang kegunaan vpn. Ini yang paling asas tentang vpn. Vpn digunakan untuk keselamatan semasa belayar di alam maya dan juga untuk melepasi sekatan yang dilakukan oleh pihak pembekal mahupun ibu bapa anda. Ada berbagai cara untuk melepasi sekatan. Tapi,penulis tak nak bincangkan tentang itu melainkan cara memasang vpn secara manual pada Windows 8 mahupun Windows 7.

Mungkin ada di antara kita yang ruang cakera kerasnya sudah  tidak dapat menampung sebarang perisian baru tapi kita lupa untuk memasang sekuriti tambahan seperti vpn. Malas untuk gunakan proxy dan sebagainya. Jadi,takkan kita nak biarkan diri kita bebas dan mudah untuk dicerobohi oleh penggodam mahupun mereka yang mahir dalam dunia teknologi informasi ini. Jika anda berada dalam situasi ini,ini ialah tutorial yang sesuai untuk anda. Jika anda mempunyai server vpn berbayar yang menyokong pptp anda juga boleh menggunakan kaedah ini. Sebelum ini penulis ada buat tutorial untuk ubuntu Memasang SecurityKISS Di Ubuntu. Mari kita lihat vpn percuma yang menyokong pptp. Setiap vpn yang disenaraikan ada kelebihan dan kekurangan. Anda boleh lihat di laman mereka.

1. SecurityKISS
2. Super Free VPN
3. FreeHostedVPN (Server Amerika Syarikat)
4. FreeHostedVPN (Server Kanada)
5. FreeHostedVPN (Server United Kingdom)
6. GetUKVPN

Terpulang kepada anda untuk menggunakan mana-mana pembekal pptp vpn percuma mengikut kegemaran anda. Jika diminta pendapat penulis,penulis akan memilih SecurityKISS. Tapi,dalam pada masa yang sama anda boleh memasang vpn lain kerana kaedah ini tidak mengganggu ruang cakera keras anda. Perlu juga diingat apabila anda menggunakan servis vpn percuma ini fungsi perkongsian fail secara p2p (peer-to-peer) akan disekat,muat turun secara pautan terus/langsung (direct link) boleh tapi lambat sikit dan streaming boleh tapi lambat sikit. Segalanya penulis lakukan pada sambungan internet 1Mb/s Streamyx.

Kaedah pemasangan.
Langkah 1: Kunjungi laman SecurityKISS [disini].

Langkah 2: Klik butang DOWNLOAD SecurityKISS Tunnel.

Langkah 3: Klik Linux,masukkan e-mel anda dan klik Send.

Langkah 4: Log masuk ke akaun e-mel anda dan salin Client ID,Password dan juga server vpn yang diberikan. Contoh:-


Client ID: Client01854867
Password: fz544a678
Server: 217.147.94.149 (United Kingdom), 199.229.232.42 (United States)

Langkah 5: Klik kanan ikon Internet Connection pada taskbar dan pilih Open Network and Sharing Center.

Langkah 6: Klik pada Set up a new connection or network

Langkah 7: Klik Connect to a workplace dan klik next.

Langkah 8: Jika anda belum mempunyai sebarang talian ke sambungan VPN. Anda boleh terus lakukan apa yang dikehendaki. Jika anda sudah akan sambungan VPN. Tutorial ini bukan untuk anda. Kerana anda sudah mengetahuinya. (Gurau petang). Klik pada No,create a new connection dan klik next.

Langkah 9: Klik pada Use my internet connection (VPN).

Langkah 10: Masukkan server yang anda dapat daripada SecurityKISS tadi US,UK dan sebagainya pada ruangan Internet address dan sebarang nama pada Destination name. Klik Create.

Langkah 11: Pada Network and Sharing Center klik Change adapter setting pada ruangan disebelah kiri,

Langkah 12: Klik kanan sambungan VPN anda dan pilih Properties.

Langkah 13: Pada tab security ubah Type of VPN kepada Point to Point Tunnelling Protokol (PPTP). 
Klik pada Allows these protocols. Tandakan pada Challange Handshake Authentication Protocol (CHAP) dan Microsoft CHAP version 2 (MS-CHAP v2). 

Langkah 14: Klik pada tab Networking,Internet Protocol Version 4 (TCP-IPv4),klik properties,klik pada tab Advanced,IP Settings dan hilangkan tanda pada Use default gateway on remote network.



Langkah 15: Sambungkan talian internet anda kepada VPN yang telah anda buat tadi.

Langkah 16: Cek IP anda [disini] atau [disini].

Selesai
Sekian,Assalamualaikum

Powered by Blogger.