Me.Ga: Laman Perkongsian Fail Baru Kim Dotcom

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini penulis tidak menghidangkan sepinggan tutorial kepada anda. Tetapi,satu kejayaan kepada anda selaku pengguna internet bebas. Bayangkan selepas kehilangan laman perkongsian fail MegaUpload.com. Dunia dimana anda belayar di alam maya musnah. Hanya nila setitik,rosak sesusu belanga. Kehilangan laman megaupload.com sedikit sebanyak mengganggu laman yang berdiri dibawah satu bumbung sebagai pembekal pusat penyimpanan dan perkongsian fail atas talian.


Lihat sahaja begitu banyak laman perkongsian fail yang telah ditutup akibat ketakutan berada dibawah kerajaan Amerika Syarikat. Tapi,dengan kuasa Allah kuasa besar tersebut tidaklah sehebat mana. Hanya bencana yang diutuskan iaitu Taufan Sandy. Melingkup kerajaan Amerika. Tapi,dengar cerita,kerajaan ini masih sombong kerana tidak mahu menerima bantuan luar. Betul ke? Jangan percaya khabar angin,lebih-lebih lagi kahabar angin alam maya. Penulis mengeluarkan kenyataan ini sama ada betul atau tak. Kepada anda semua jangan percaya kata-kata nista (menghina/penghinaan/hina) dari penulis.

Setelah Kim Dotcom jatuh dan bangun dengan laman perkongsian fail megaupload kini beliau kembali lagi dengan laman perkongsian fail yang baru. Diberi nama Mega. Beralamat di me.ga. Kim Dotcom akan melepaskan laman ini pada 19/20 Januari 2013. Jadi,anda perlu tunggu. Adakah kuasa besar Amerika Syarikat akan menyekat laman ini. Sama-sama kita nantikannya.


Daripada berbagai sumber yang penulis jumpa/kaji. Ada yang mengatakan domain me.ga bukanlah berasal dari Amerika Syarikat tetapi berasal daripada Republic Gabon sebuah negara di Afrika Tengah. Kim Dotcom mengambil langkah inisiatif bagi membendung gejala Amerika Syarikat yang mahu menyekat kebebasan belayar di alam maya. Jadi,beliau tidak mahu ada kena mengena dengan Amerika Syarikat. 

Sejauh mana kebenarannya,bukanlah terletak di tangan kita. Sebaliknya terletak dibawah kuasa Allah SWT yang menentukan dan sama-sama kita nantikan. Kunjungi juga laman kim.com


Sekian,Assalamualaikum.
Powered by Blogger.