Menambah Resolusi Pada Windows 8

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa itu resolusi? Resolusi ialah resolution. Rasanya perkataan ini sudah diterima oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Jadi jika diubah ke Bahasa Melayu jadilah resolusi. Untuk penulisan kali ini. Penulis akan bawakan satu kaedah untuk menambah resolusi skrin pada komputer anda khusus untuk pengguna netbook. Penulis menggunakan netbook. Jadi,selepas penulis memasang Windows 8,penulis tidak dapat menggunakan aplikasi pada ModernUI (Windows 8). Ini kerana had untuk resolusi skrin pada netbook ialah sekitar 1024 X 600. Tapi,anda boleh menambah menjadi 1024 X 768 untuk menggunakan aplikasi pada ModernUI.

Bagaimanakah caranya? 
Caranya cukup mudah. Tapi,memerlukan kemahiran. Cara ini telah penulis gunakan pada Windows 7 dahulu. Jadi,jika anda masih menggunakan Windows 7 anda juga boleh gunakan kaedah seperti yang dibawakan oleh penulis pada Windows 8 ini.

Langkah 1: Tekan butang Win + R dan taip Regedit. Anda boleh juga gunakan kemudahan yang terdapat pada Windows 8 iaitu kemudahan yang terdapat pada Charm Bar.

atau



Langkah 2: Pada toolbar klik Edit,Find dan masukkan kalimat yang tertera pada ruangan Find What dan klik Find Next

Display1_DownScalingSupported



Langkah 3: Setelah menjumpai registri tersebut. Klik kanan dan pilih modify. Ubah daripada 0 kepada 1.



Langkah 4: Restart/Reboot Windows anda dan klik kanan desktop. Pilih Screen Resolution dan tingkatkan kepada 1024 X 768.

Langkah 5: Gunakan segala aplikasi pada ModernUI tanpa rasa was-was.

Tapi,sebelum itu sekiranya anda belum mengemaskini driver anda sila kemaskini ke versi terbaru pada Windows Update atau anda tidak akan dapat menggunakan fungsi ini.

Sekian,Assalamualaikum.
Powered by Blogger.