Pemain Muzik Ringkas Untuk Linux Mint/Ubuntu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar? Harap sihat sejahtera lagi bertenaga untuk memulakan hari-hari yang sentiasa inginkan pembaharuan. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Hari ini penulis ingin berkongsi tentang satu pemain muzik/pemain audio yang ringkas sesuai untuk anda yang tidak ingin fikirkan tentang kekusutan dan untuk anda yang sedang berada dalam kesesakan pemikiran. Pemain muzik ini hanya dikhaskan untuk sistem pengeroperasian (sistem operasi) Linux sahaja. Tapi selaku pengguna Linux Mint. Penulis khususkan entri ini untuk Linux Mint tapi dalam masa yang sama penulis kongsikan juga untuk pengguna Ubuntu dan pelbagai lagi distro linux. Ini kerana fail muat turun yang terdapat pada laman rasmi pemain muzik ini adalah bersifat pelbagai seperti .deb,.tar.gz,.rpm dan macam-macam format pemasangan.

DeaDBeeF dengan kata pasarannya,Ultimate Music Player For GNU/Linux merupakan pemain muzik yang ringkas dan tidak memerlukan sebarang tetapan untuk menggunakannya. Jika sebelum ini anda menggunakan pemain audio Rhythmbox yang agak bersepah,kini tidak lagi. DeaDBeeF menyokong beberapa format audio seperti mp3,ogg vorbis,flac,ape,wv,wav dan berbagai lagi format audio. Dalam beberapa format audio ini,hanya format mp3 je yang mesra dengan penulis. Pada bulan 10 baru-baru ini DeaDBeeF telah merilis versi 0.5.6. Pada versi ini anda akan dapati ada berpuluh perkara telah dibaiki untuk mencapai tahap kestabilan.

DeaDBeeF juga ada menyediakan pemain muzik untuk platform android. Anda boleh mendapatkannya [disini]. Penulis tidak mencuba pada platform Android kerana penulis bukanlah pengguna Android. Tetapi penulis akan sertakan beberapa keping gambar yang penulis dapat daripada Google Play [disini]. Untuk versi Android,pemain muzik ini tidaklah semeriah seperti di sistem operasi Linux. Mereka hanya mengekalkan tampilan yang ringkas dah mudah sahaja. Tapi,itu sudah cukup bagus untuk anda yang gemar dengan tampilan yang ringkas tapi kemas. Sementara itu,untuk pengetahuan anda pemain muzik ini dibina oleh warga Rusia iaitu Alexey Yakovenko. Kredit sepenuhnya kepada beliau kerana mencipta pemain muzik ini yang secara tidak langsung berjaya menambat hati penulis untuk menggunakan pemain muzik ini secara lalai pada distro Linux Mint ini. Apabila beliau mengatakan bahawa "There are no Windows, OSX or iOS versions though, sorry for that" pada ruangan About pada laman rasmi DeaDBeeF. Harap beliau akan berubah fikiran pada masa akan datang. Jika di sistem operasi Windows,kita ada Winamp yang begitu popular di kalangan pengguna Windows kerana sistem bunyinya yang hebat. Tidak kurang hebat juga pemain muzik DeaDBeef ini. Sudahlah memiliki tampilan yang ringkas dan juga memiliki ciri-ciri pemain muzik yang lengkap. Rugi tidak mencubanya. Kerana apa? Selain kita boleh menggunakannya secara percuma mungkin juga kita mempunyai pengalaman yang baru sewaktu menggunakan pemain muzik ini. Cukup sampai disini ulasan penulis tentang pemain muzik DeaDBeeF ini. Terpulang kepada anda untuk memilihnya atau meninggalkannya. Di samping itu,penulis sertakan beberapa keping gambar untuk dijadikan tatapan dan meletakkan pautan muat turun pada akhir penulisan.









Untuk lebih sedap didengari oleh halwa telinga. Naikkan sedikit equalizer pada bahagian kiri ke atas sedikit dengan cara. Klik View,Equalizer dan naikkan sedikit. Tapi jangan sampai pecah suara dibuatnya.

Klik [disini] untuk memuat turun pemain/pemutar muzik DeaDBeeF untuk sistem operasi Linux. Pilihlah format fail yang sesuai bagi sistem operasi Linux anda.

Selamat mencuba.
Sekian,Assalamualaikum.
Powered by Blogger.