Sembang Windows 8 [Sedikit Tips]

Demam Windows 8 masih belum kebah. Ramai penulis di sini yang dah rebah, ke pangkuan dan dakapan Windows 8 yang kejap lagi kemas. Itu termasuklah saya. Ok, saya makan perkataan saya sendiri (I eat my own words..lol!). Dulu sangkakan Windows 8 ni 'ntah-hapa-hapa-ntah'. Sampailah saya mencuba dari versi Developer kepada Release Preview, lalu terus melekat dengan versi stabil sampailah sekarang.

Cakap pasal Windows 8, siapa yang tidak tahu Windows 8 ini dual personaliti. Sekejap dia jadi Metro, habis semua aplikasi jadi 'Metro Style'. Bila dia bertukar kepada Dekstop, tak ubah pula seperti Windows 7 tanpa Start Button. Ketiadaan Start Button bukan alasan produktiviti anda menurun, kerana Start Screen yang ditampilkan dalam Windows 8 mengambil alih tugas tersebut, like a boss.


Sembang pula mengenai produktiviti, kalau tangan anda dah jadi macam saya, lenguh sana-sini akibat pegang mouse terlalu lama/kerap, anda boleh maksimakan penggunaan keyboard dengan kekunci pintas, contohnya seperti Logo Windows + E untuk membuka Windows Explorer, Logo Windows + F untuk carian fail dan beberapa lagi yang boleh anda lihat di blog Amanz.my.

Windows 8 telah menaiktaraf beberapa ciri pada sistemnya, yang menjadikan ia lebih pantas berbanding Windows 7, dan semestinya si lagenda Windows XP. Antara yang boleh anda rasai ialah kepantasan waktu boot dan juga Shut Down.

Untuk menambah pintasan menu bagi Restart, Shut Down, dan sebagainya lagi pada dekstop, anda boleh muat turun skrip entri Registry pada laman AskVG.com.

Begini tampilannya:


Mengenai pemacu (driver), kebanyakan pemacu sudah tersedia secara lalai (default). Jika anda kekurangan pemacu, anda cuma perlu membuat carian Google dengan menggunakan kata kunci model PC/laptop/netbook anda sahaja. Jika masih belum memadai, maka silalah gunakan Driver Identifier. Anda boleh menggunakannya secara percuma, hanya pilih 'I can't pay, please help', kemudian klik Continue dan pilih mana-mana alasan anda:



Kalau Windows memang tak lari dari Internet Explorer (IE). IE 10 menunjukkan kemajuan apabila siap menyokong Adobe Flash Player. Meskipun bagi saya, IE tidak seperti Firefox dan Chrome yang mempunyai beribu Addon/Extension yang boleh dibanggakan, tetapi prestasi dan konsumsi memorinya cukup bagus. Anda mahu fungsi seperti Adblock? Anda boleh cuba fungsi Tracking Protection melalui logo menu di sebelah atas kanan, lalu klik pada Safety -> Tracking Protection.. -> Get a Tracking Protection List online...


Sekarang tinggal pilih mana yang anda mahu dan klik 'Add' sahaja:



Jangan lupa juga memberikan sedikit ekstra kepada volume:

1. Klik kanan pada ikon volume -> Playback devices -> Klik dua kali pada Speakers -> Enhancements -> Tandakan pada Loudness Equalisation:



Amacam? Kalau anda tertarik dengan Windows 8, anda boleh rujuk entri-entri kami sebelum ini. Jangan malu untuk mencuba, kalau malu ketinggalan rasa. Sampai di sini sahaja nukilan ringkas saya hari ini. Kita ketemu lagi dalam entri akan datang.

Chow sin chiii... :D
Powered by Blogger.