SuperOneClick : Root Peranti Android Dengan Mudah

Kalau ditanyakan kepada mana-mana pemilik peranti Android, mereka pasti sinonim dengan perkataan 'root' meskipun peranti yang dimiliki masih belum di-root sama ada kerana takut kehilangan waranti atau tidak tahu caranya. Buat mereka yang masih belum mengenai apa itu root dan apa pula faedahnya, eloklah anda menjengah ke entri ini : Faedah Rooting/Root Telefon Pintar Android

Saya juga anda berkongsikan Cara Root HTC One X setelah saya memiliki telefon pintar tersebut. Memang banyak yang dapat kita lakukan apabila peranti selesai di-root dengan jayanya. Hati puas walaupun waranti menyatakan selamat tinggal.

Baiklah. Di sini ada satu penyelesaian semua dalam satu, solusi universal root untuk pelbagai peranti Android. Aplikasi itu ialah SuperOneClick. Penafian : Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap apa yang anda lakukan pada peranti anda. Andalah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa yang berlaku/anda lakukan.

SuperOneClick ialah jawapan kepada mereka yang mahu satu kaedah untuk menjadikan peranti mereka root tanpa kerumitan. Hanya dengan satu klik (seperti namanya), tablet, telefon pintar yang dikuasakan dengan Android mampu di-root dengan mudah. Ia telah dibangunkan oleh (individu?) CLShortFuse (XDA), dan laman web rasminya adalah di shorfuse.org.

Berikut ialah paparan skrin SuperOneClick dalam Windows 8:


Anda dapat lihat dari gambar di atas terdapat satu butang besar dengan label 'Root'. Hanya dengan klik pada butang itu, root dapat dijayakan. Hanya menunggu pilihan anda sahaja, sama ada mahu atau tidak. Saya sudah mencuba pada Tabler Bajet [Android] yang baru saya beli pada hari pertamanya, dan hasilnya barulah saya tahu tablet tersebut sudah siap di-root (dari kilang ke?) apabila tertera paparan "Your device appeared to be rooted, do you want to continue?". Ahaha, tak sia-sia saya mencuba. :D

Di sini ingin saya tegaskan jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pada laman sokongan iaitu forum XDA. Jangan segan-silu untuk mendaftar dan bertanya. Kalau berjaya silalah kongsikan model peranti anda di sini.
Powered by Blogger.