Tukar (Swap) Internal 'sdcard' Kepada External Memory Card

Buat mereka yang mempunyai 'masalah' yang sama, artikel ini saya tujukan untuk anda.

Situasinya anda memang jenis yang suka 'explore' peranti Android anda. Jadi anda galak memasang pelbagai aplikasi dan perisian sehingga muncul popup yang mengatakan peranti anda sudah kehabisan memori. Anda bergegas pergi ke kedai IT berdekatan untuk membeli memory card yang terbaik di pasaran. Sesudah anda memasukkannya ke dalam slot, ia masih belum dikesan oleh sistem sebagai 'sdcard'.

Bagaimana caranya untuk menjadikan memory card anda sebagai 'sdcard'?

Baiklah. Begini, jika anda juga turut terselit dalam senario yang sama, maka jalan penyelesaiannya ada untuk anda, dan kita semua. Jangan bimbang. Saya dapati Samsung Galaxy S3 juga mempunyai masalah situasi yang sama, jadi tak usah segan. :p

Selepas anda siap melakukan apa yang tertulis di bawah, ruang storan anda akan berkembang seperti paparan ini:


Caranya:

Nota - Peranti anda perlu root terlebih dahulu.

1. Buka file manager yang boleh menggunakan kelebihan root seperti ES File Explorer, Root Explorer, atau file manager kegemaran saya - Solid Explorer.

2. Halakan ke direktori /etc

3. Salin fail vold.fstab di luar direktori /etc untuk membolehkan anda menyalinnya pada PC (root directory).

4. Setelah anda menyalin ia pada PC, bukan vold.fstab menggunakan Notepad. lalu tukar dua barisan yang ditebalkan (bold) seperti berikut (mungkin berbeza dengan anda):

dev_mount sdcard /mnt/sdcard auto /devices/virtual/block/nandh
dev_mount extern_sd /mnt/extern_sd auto /devices/platform/awsmc.1/mmc_host /devices/platform/awsmc.0/mmc_host

KEPADA

dev_mount sdcard /mnt/sdcard auto /devices/platform/awsmc.1/mmc_host /devices/platform/awsmc.0/mmc_host
dev_mount extern_sd /mnt/extern_sd auto /devices/virtual/block/nandh

5. Simpankan fail tersebut (Save)

6. Salin ia kembali ke dalam direktori /etc

7. Reboot peranti anda. Selesai.

Tips : Kalau takut terjadi apa-apa yang tidak baik pada peranti anda, sila buat salinan sandaran (backup) fail asli vold.fstab tersebut.

Kaedah 'Universal':

Cara ini lebih mudah, dan berkemungkinan boleh diaplikasikan kepada semua peranti (mungkin). Sergey_F1 dari forum SlateDroid.com telahpun membuat satu skrip untuk memudahkan pengguna.

1. Muat turun skrip switch SDvUe.zip dan ekstrakkan ia.

2. Sambungkan peranti anda pada PC dalam USB Debugging mode menggunakan kabel USB, dan pastikan memory card anda tidak di-mount.

3. Jalankan skrip tersebut, dan pilih 'Y' anda 'N' sebagai jawapan mengikut kesesuaianya lalu tekan Enter (Saya tidak tahu apa yang terpapar pada PC anda nanti, tapi saya hanya pilih 'Y' sahaja).


4. Peranti anda akan reboot dengan sendirinya. Tanggalkan kabel USB anda dari peranti.

5. Selesai.

Penafian : Seperti biasa, peranti anda adalah atas tanggungjawab anda. Saya tidak akan bertanggungjawab jika terjadi apa-apa yang 'kurang menyenangkan' pada peranti anda. Anda berhak untuk tidak memilih untuk mengikuti tutorial ini sekiranya anda tidak mahu menanggung risiko.


Rujukan:

1. [Script] Change sdcard and TF-card

2. EXPERIMENTAL Novo 7 Advanced firmware with bluetooth support

3. [MOD][ICS/JB/CM10]ExtSd2InternalSd v4|Increase your data storage|100% Working|
Powered by Blogger.