14 December 2012

Cara Root Tablet WM8850-Mid


By on 4:06 PM

Salam..

Oh yeah. Kita kembali lagi dengan perihal tablet WM8850-Mid. Untuk pengetahuan anda, di luar sana terdapat begitu banyak sekali klon sehinggakan saya menjadi tidak pasti yang mana satukah produk asli, serta syarikat asal yang mengeluarkan tablet ini. Eken juga bukan syarikat pengeluar kerana mereka juga adalah re-seller yang melakukan re-branding terhadap produk asal.

Oleh kerana itu, sila ambil perhatian, kerana mungkin kaedah untuk root peranti ini adalah berbeza-beza untuk setiap satunya. Apa yang pasti, kena sabar dan cuba semuanya sehingga berhasil.

Mari kita teruskan kepada agenda.

Cara Root Tablet : WM8850-Mid

1. RootBurner

Kali terakhir saya mengunjungi laman rasmi untuk RootBurner, saya lihat versinya telah dikemaskini kepada  versi 0.2. Untuk versi terbaru ini, ia adalah dalam bentuk tool mudah alih, yang boleh digunakan pada sistem operasi Windows.


Pun begitu, saya lebih gemarkan versi sebelumnya, dalam bentuk file yang perlu di-flash melalui SD Card.



Untuk versi 0.2, anda hanya perlu sambungkan tablet anda dalam mode USB Debugging, klik pada 'Identify Devices', dan kemudian 'Root Device'. Untuk versi 'H', anda perlu:

a) Ekstrak fail ke dalam SD Card yang kosong
b) Padamkam/matikan/tutupkan (turn off: nak terjemah sebagai apa?) tablet anda
c) Masukkan SD Card tadi ke dalam slotnya, kemudian hidupkan tablet semula.
d) Tunggu proses rooting berjalan sehingga selesai, keluarkan SD Card, dan tunggu tablet anda untuk boot kembali.
e) Selesai.

2. Root_with_Restore_by_Bin4ry

Kaedah ini telah dicipta oleh seorang forumer dari XDA iaitu Bin4ry. Untuk tool ini, sila tonton video berikut untuk tutorial cara penggunaannya:


3. Uberizer

Uberizer ialah sebuah tool pelbagai fungsi yang telah dibuat oleh seorang admin dari forum Tech Know iaitu HardcoreHacker atau nama singkatan beliau, HcH.

Kaedah penggunaan tool ini boleh dilihat melalui video di bawah:


4. Universal Root - twjordo's method

Terdapat dua kaedah yang saya gabungkan menjadi satu di sini. Pertamanya Universal Root, dan kedua kaedah twjordo, iaitu seorang lagi admin dari forum Tech Know. Saya mengaplikasikan kaedah beliau dengan menggunakan fail-fail dari Universal Root iaitu:

a) Superuser.apk
b) su & busybox

Mengikut cara Universal Root, anda hanya perlu salin fail tersebut ke dalam SD Card, boot ke dalam recovery, pilih 'apply update from external storage', dan klik pada fail tersebut. Dengan kaedah twjordo pula, anda perlu:

1. Cari firmware untuk tablet anda. Sila pastikan ia SERASI dengan tablet anda, lihat pada Model number, build.prop, atau apa sahaja maklumat yang membolehkan anda PASTI ia serasi. Di mana hendak cari firmware? Google sahaja jawapannya.

2. Fail-fail dari Universal Root. Saya ambil contoh, Root_Superuser_3.1.3. Di dalam arkib ini terdapat fail-fail yang saya nyatakan di atas.

Di dalam firmware yang telah anda muat turun, terdapat satu fail dengan nama 'android4.0.tgz'. Anda perlu buka ia dengan menggunakan perisian 7-Zip.

Seterusnya, salin (copy) dan tampal (paste) fail:

- superuser.apk ke dalam .system/app

- su ke dalam .system/xbin

- busybox ke dalam .system/xbin

Kemudian, simpan (save) dan flash firmware tersebut sepertimana cara flash RootBurner (lihat untuk versi 'H'). Selesai!

5. Habis!

Nak apa lagi ni? Hahah.. silakan mencuba. Seperti biasa, penafian : Sebarang perubahan yang anda lakukan pada tablet/peranti anda adalah di bawah tanggungjawab ANDA sendiri. Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa (yang kurang baik a.k.a buruk). Terima kasih.

About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

0 comments :

Post a Comment