21 December 2012

Mari menyanyi dengan Mini Lyric


By on 12:50 PM


Assalamualaikum
Pada kali ini, the bAdh ada satu perisian yang ingin dikongsikan kepada anda semua. Mungkin ramai yang dah tahu atau memilikinya iaitu perisian Mini Lyric. Jadi macam mana dan apakah kegunaan perisiaan ini. Anda ingin menyanyi, tetapi tidak tahu/ingat lirik. Dengan perisian ini akan membantu anda “mengingat” semula lirik, ala-ala karoake
screenshot4
Mungkin ada sesetengah kita akan mengambil perhatian yang kepada lagu yang didendangkan, tapi ianya tidak mencukupi bagi seseorang untuk menyanyikan sesuatu lagu, atau sekadar ingin mengetahui “kata-kata” yang terdapat pada rima lagu tersebut dengan tepat pada waktu lagu itu dinyanyikan. Dengan mini lirik ianya akan mempermudahkannya.
image
Anda rasa cara manual lagi bagus?, tentunya tidak. Bayangkan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencari satu lirk lagu, mungkin ianya leceh seperti menaip pada browser, mencari setiap satu laman sesawang sekiranya tidak jumpa dan sudah tentu proses menyimpan sungguh merumitkan, membukanya secara manual. Dengan mini lyric ini akan memaparkan lagu yang sedang dimainkan dengan fungsi masa ala-ala karoke. hanya “pasang dan main”. Ianya akan memuatkan lirik secara automatik dan akan memaparkanya setelah proses muat turun berjaya.
image
Mini lyric ini menyokong pemain-pemain media popular seperti Winamp, Media Player dan Real Player. Dengan fungsi skin anda boleh mengubah skin kepada apa yang anda suka mengikut mood. Walaupun tidak semuanya lirik terdapat di laman sesawang, anda boleh mencipta/menulis lirik tersebut dan boleh disetkan masanya dan kita boleh kongsikan sesama kita. Tak cukup bagus lagi?

Download Link+SN

About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

0 comments :

Post a Comment