16 December 2012

Max Payne: Permainan Video Menarik (PC)


By on 10:04 PM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum memulakan atau terus melanjutkan penulisan,penulis ingin ucapkan terima kasih kepada blogger Muhammad Khairul dari laman Sembang Komputer kerana menjadi sumber inspirasi kepada penulis untuk menulis artikel tentang Max Payne ini. Anda boleh baca artikel yang dikarang oleh beliau pada Max Payne: Tembak dan lompat bagaikan wayang The Matrix. Ya! Tentang inilah yang membuatkan penulis tergerak hati untuk mencuba permainan video ini,selain daripada beberapa faktor lain. 

Anda mesti pernah menonton filem The Maxtix (1999) dan Koleksi The Matrix yang diarahkan oleh adik beradik Wachowski agaknya kerana nama mereka ialah Andy Wachowski dan Lana Wachowski. Filem ini dilakonkan dengan jayanya oleh Keanu Reeves yang memegang watak sebagai pelakon utama dalam filem ini. Kembali kepada tujuan kita iaitu membincangkan tentang Max Payne. Tapi,sebelum itu,apa kena mengena filem The Matrix dengan Max Payne ini. Seperti yang anda ketahui dalam filem The Matrix terdapat babak yang dipanggil sebagai babak Bullet Time iaitu semuanya berlaku secara gerak perlahan. Dalam permainan video Max Payne juga anda akan menggunakan fungsi ini untuk memainkan permainan dalam gerak perlahan. Jika,anda perhatikan sambil anda menembak,anda dapat melihat peluru daripada senjata anda dilencongkan. Bagi penulis ini memang menarik walapun grafik pada permainan ini tidaklah bersifat moden seperti kebanyakkan permainan yang dibina pada zaman kemajuan teknologi ini. Meskipun anda dapat lakukan dalam gerak perlahan,tetapi anda masih 'crosshair/aim' dalam keadaan biasa. Ini akan memudahkan anda membidik dan menembak dengan tepat ke kepala (headshot).

Sedikit pengenalan tentang permainan video Max Payne ini. Daripada apa yang telah penulis mainkan dan dapati daripada permainan ini. Max Payne merupakan hero dalam permainan ini. Dia ingin menuntut balas terhadap apa yang telah berlaku pada anak dan isterinya yang dibunuh secara kejam. Dan selebihnya anda kajilah sendiri. Permainan ini memang seronok untuk anda mainkan kerana dalam permainan ini ada babak-babak yang seram,kelakar,serius dan macam-macam lagi.

Klik [disini] untuk muat turun Max Payne (torrent).
Klik [disini] untuk memuat turun Max Payne (direct link) [password: omghackers.com] 

Tips bermain: Selepas mengalahkan sekumpulan musuh sila 'save' supaya anda tidak ulang benda yang sama berkali-kali.

About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

1 comments :