18 December 2012

Memasang WordPress Pada XAMPP


By on 8:49 AM


Kita sedia maklum, perisian XAMPP adalah satu perisan yang membolehkan untuk pembangun-pembangun laman web untuk menguji laman web nya atau sekadar menguji keselamatan atau untuk membuat web server dirumah. Dengan perisian XAMPP ini juga kita mampu untuk mempelajari asas asas pembangunan tanpa perlu membeli web hosting yang mahal, cukup sekadar kita melakukan nya di rumah dan tentu sekali lah, ianya percuma, kerana xampp dilengkapi Panel yang tidak asing lagi seperti cPanel, membolehkan kerja kita dilakukan tanpa atas talian. Rujuk Sini untuk pemasangan.
25-01_xampp_leading_images
Kita boleh memasang sistem pengurusan kandungan (CMS) seperti WordPress, Joomla, Drupal, pada XAMPP kita, tetapi pada kali ini, kita hanya mempelajari tentang WordPress sahaja kerana WordPress mudah digunakan, dan tidak rumit seperti Joomla!,Drupal. Sekiranya komputer anda masih lagi tidak dipasang xampp, anda boleh dapatkannya disini. Pastikan anda jangan lupa untuk menanda ‘tick’ sebelum pemasangan xampp
xampp
Bagi pengguna Ubuntu, anda perlu dapatkan LAMPP, sila rujuk disini bagi bagi pemasangan pada sistem operasi Ubuntu Pastikan setelah xampp dipasang, anda perlu menguji telebih dahulu servis port nya dengan memasuki alamat localhosting pada browser anda
http://localhost/xampp
image

image
Buka phpMyAdmin dan buat satu database yang bernama ‘wordpress’
xampp2
wordpress  jaye
Dapatkan file yang berkaitan WordPress disini. Setelah memuat turun ,extract kan file tersebut kedalam folder ‘htdocs’
Contoh sekiranya partition windows anda adalah C

C:/xampp/htdocs

Buka file wp-config-sample.php pada folder WordPress dengan menggukan Notepad atau apa text editor yang anda suka dan cari perkataan seperti dibawah
/** The name of the database for WordPress */
define('DB_NAME', 'database_name_here');
/** MySQL database username */
define('DB_USER', 'username_here');
/** MySQL database password */
define('DB_PASSWORD', 'password_here');
Ubah perkataan tersebut kepada
define('DB_NAME', 'wordpress');
/** MySQL database username */
define('DB_USER', 'root');
/** MySQL database password */
define('DB_PASSWORD', '');
Setelah perkataan diatas telah diedit, save kan namanya seperti dibawah pada folder wordpress tersebut
wp-config.php
Setelah selesai perkara-perkara diatas, taipkan http://localhost/wordpress/wp-admin/install.php pada browser anda. Masukkan segala info –info tentang, usernarname , password dan klik Install WordPress
qq
image
image
Sekiranya gambar seperti diatas keluar, makanya anda telah berjaya memasang wordpress pada xampp. Pemasangan seperti diatas memakan masa sedikit, jadi tarik nafas panjang-panjang, buat dengan tenang. Semoga berjaya….heheheheh

About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

0 comments :

Post a Comment