13 December 2012

One Telco - Rangkaian Telekomunikasi Terendah di Malaysia


By on 2:57 PM





Salam warga OMG! Hackers?
Kehadiran di sini bukan saya nak jual barang atau nak promote something. Saya hanya ingin berkongsi dengan anda semua satu rangkaian telekomunikasi yang terbaru di Malaysia iaitu One Telco. Di mana saya tahu tentang ini? Saya tahu semasa saya sedang berMukaBuku dan ternampak One Telco ni. Saya ni jenis pantang nampak benda murah ini terus serbu je. Saya tanpa melengahkan masa terus serang website dia.



Nak tahu apa saya dapat?

Saya dapat tahu bahawa syarikat ini dibangunkan oleh orang kita sendiri iaitu Bumiputera iaitu DYCOM SND BHD yang mengendalikannya (MVNO) rangkaian telefon terbaru di negara ini.
ONE merupakan sebuah jenama telco TERBARU kini memasuki pasaran industri telekomunikasi Malaysia. Hasil perkongsian secara pintar bersama Baraka Telecom serta Salamfone yang akan membawa lebih banyak manfaat kepada pengguna prepaid dari segi penjimatan juga peluang perniagaan yang sangat pasif. Syarikat ini telah rasminya dibuka pada 31 Ogos 2012. Syarikat ini bertapak di Dycom Sdn Bhd (965002-D) Level 7 Ikhlas Point Tower 11, Avenue 5, Bangsar South, No 8 Jalan Kerinchi, 59200, KL << boleh la klik kalau nak tengok maps.


Bla la bla haha itu la serba sedikit tentang One Telco ni. Ok sekarang saya nak cerita sedikit info dari survey penggunaan talian pra bayar . Kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan Talian Pra bayar mereka utk membuat panggilan pendek . Kebanyakan hanya membuat panggilan dibawah 30 saat . Kebanyakan Telco mempunyai charging block masing masing . Cuba check balance kredit anda , selepas itu buat panggilan pendek atau dibawah 30 saat . Selepas habis panggilan periksa baki kredit anda . Berapakah yg di charge oleh telco masing masing ? 15 sen, 18sen, 22sen , 35 sen dan mungkin ada yg lebih lagi . Cuba bandingkan rate One Telco iaitu 8 sen , berapa banyak anda akan berjimat. Haa banyakkan?


Ok tadi kita da sembang tentang kadar panggilan. Sekarang saya nak sentuh dari segi internet pula. Sebab saya ni kalau tak ada internet fuhhh…. Mesti tak tau nak buat apa  mcm ayam berak kapur. Saya dah tengok plan internet dia dan ianya agak memberangsangkan dan amat sesuai pada zaman Smartphone nie dimana hampir majority rakyat Malaysia menggunakan smartphone. Tanpa internet smartphone akan jadi useless. Dari segi COVERAGE macam mana? Saya dah tanya kepada dealer dia coverage dia adalah sama seperti Maxis. Di mana ada Maxis di situ ada One Telco. Kelajuan internet pun boleh mencecah 3.5 G.

Ini antara plan-plan yang ditawarkan:-




Amacam best tak? Siap ada tips lagi tu. Dah puas dengan internet kita beralih arah ke panggilan luar negara. Ok untuk bab ini memang saya kurang arif sebab maklumla tak pernah ada suadara mara di luar negara. So saya akan bagi link untuk anda lihat kadar panggilan IDD >> Lihat di sini
Seterusnya kita akan tengok dari top up dia plak..Maklumla benda baru ini mesti la ramai orang belum jual top up dia. Tapi jangkaan saya silap. Sebenarnya kita boleh top up di  mana sahaja yang terdapat gambar logo ONE & Salamfone, melalui Internet ataupun menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kita juga boleh tambah nilai melalui terminal di mana-mana pusat beli-belah, 7-Eleven, bank, stesen minyak dan ejen-ejen terlantik.


Seterusnya jika anda ingin pakai One Telco ini tapi anda bimbang sebab nak kena beli sim kad baru then mesti pakai no baru bukan? Tak perlu risau sebab saya dah tanya dengan dealer dia bahawa no anda yang lama akan dikekalkan cuma sim kad je berbeza. Dan tak silap saya juga apabila kita menggunakan One Telco nie kita akan dapat jana pendapatan.

Tengok kat sini :-
 

Nie antara review testimoni yang saya jumpa kat fanpage One Telco:-


Jika anda berminat dengan One Telco ini sila hubungi :-

Phone : Jen
(01113398515 / 010-8485150)

Email :
jen@onetelco.my

Jangan lupa LIKE Facebook One Telco

Untuk lebih maklumat sila kunjungi Website One Telco dan tengok senarai dealer di seluruh Malaysia (Akan diupdate)

P/S Lepas nie saya akan pakai One Telco insyallah... anda semua macam mana?

Salah dan typo harap diampun..

Sekian terima kasih.

Jika ada masalah ketika klik link sila lihat sini

About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

0 comments :

Post a Comment