20 December 2012

RunAsDate: Bekukan Tempoh Percubaan Program


By on 12:06 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

   Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan satu program ringkas tapi bermutu untuk anda gunakan bagi membekukan tempoh percubaan sesuatu perisian,permainan dan sebagainya. Penulis menggunakan istilah “beku”,anda boleh gunakan sebarang istilah seperti menyekat,menghentikan dan pelbagai lagi istilah yang seerti ataupun hampir sama.

   Untuk penulisan kali ini penulis tidak mahu bercakap banyak dan meletihkan anda untuk membaca. Jadi,kita teruskan kepada tujuan kita iaitu tutorial tentang membekukan masa percubaan sesuatu program. Tapi,sebelum itu kita berkenalan dahulu tentang perisian ini.

trial

   RunAsDate dibina oleh NirSoft.com dan diuruskan oleh Nir Sofer. Nama NirSoft itu hadir daripada gabungan nama Nir iaitu tuan punya laman dan Soft daripada perkataan Software itu sendiri. Selebihnya anda dapat baca [disini]. RunAsDate merupakan perisian yang digunakan untuk membekukan masa percubaan suatu program. Dalam erti kata lain,jika anda menggunakan suatu program 'shareware' anda akan diberikan tempoh percubaan sebelum anda memutuskan untuk membeli program itu. Kebiasaannya 30 hari. Jadi jika anda membekukan tempoh percubaan program itu maka anda dapat gunakan walaupun tempoh percubaan telah pun tamat. Perlu juga anda ketahui bahawa tidak semua program menyokong cara ini. Tapi,ini adalah cara yang masih relevan untuk anda lakukan selain daripada mencari crack,patch,keygen mahupun serial key/license key. RunAsDate tidak menjadikan perisian anda versi penuh(full version) melainkan menyekat tempoh percubaan perisian anda. Sebagai contoh,anda memuat turun sesuatu program. Program tersebut sudah ditetapkan tempoh percubaan 30 hari dan hanya beberapa fungsi yang dapat digunakan. Jadi,anda hanya dapat menyekat tempoh percubaan dan tidak akan dapat menjalankan fungsi-fungsi lain yang disekat oleh pembina.

Kaedah menggunakan program RunAsDate.

1. Muat turun program RunAsDate [disini].

2. Buat satu 'folder' di dalam Local Disk C dan namakan dengan sebarang nama. Cth:-RunAsDate. Tujuannya untuk memudahkan anda mengurus dan mengatur sebarang perisian yang anda ingin bekukan.

3. Muat turun sebarang program. Untuk tutorial ini penulis memuat turun permainan Plants Vs. Zombies daripada laman PopCap.com [disini].

4. Pasang (Install) seperti biasa.

5. Matikan sebarang servis yang terhubungkait dengan perisian/permainan dan jalankan program RunAsDate.

6. Ada pelbagai cara yang dapat digunakan. Anda boleh gunakan cara penulis gunakan.

2012-12-20 12_02_35-RunAsDate

  1. Cari program yang anda mahu bekukan tempoh percubaannya. Fail mestilah berformat .exe.
  2. Tetapkan tarikh dan masa. Seelok-eloknya beberapa minit,hari lebih awal daripada tarikh pemasangan.
  3. Letakkan sebarang nama dan klik Create Desktop Shortcut. Pastikan anda buang 'shortcut' program yang lama terlebih dahulu.
  4. Jalankan terus program atau jalankan melalui 'shortcut' yang telah anda buat.

7. Klik kanan 'shortcut' yang anda telah buat tadi. Pilih Properties dan klik Open File Location. Perhatikan 'shortcut' anda tadi redirect ke mana? Jika ke folder RunAsDate, bermakna anda berjaya membekukan program tadi. InsyaAllah. 

Sekian,Assalamualaikum.

About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

0 comments :

Post a Comment