29 February 2012

The Linux Command Line E-Book [Download]


Kebanyakan dari kita hanya mengenal Windows dengan baik, kerana sedari awal hidupya lagi, celik mata sahaja telah diperkenalkan dengan sistem operasi itu. Jadi mereka sedah terbiasa dengan cara kerja paparan antaramuka grafik pengguna (Graphical User Interface @ GUI).

Ini bukanlah satu kesalahan, cuma apabila mereka 'berkenalan' dengan sistem operasi Linux seperti Ubuntu, pada kebanyakan kerjanya adalah dengan menggunakan baris perintah atau Command Line melalui Terminal.

Cara terbaik untuk memahirkan diri dengan paparan antaramuka baris perintah ini ialah dengan mengkaji dan membaca. E-Book 'The Linux Command Line' tulisan dari William E. Shotts, membawakan kepada anda pelbagai topik menarik, dari asas sehingga lanjutan, segalanya mengenai baris perintah dalam Linux.


Bagi mereka yang benar-benar berminat untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan baris perintah dalam sistem operasi Linux, anda boleh memuat turun E-Book yang disebutkan pada pautan di bawah:

Klik: The Linux Command Line

Apa Itu Remote Administration Tool (RAT)?


Mr.Hac tergerak hati untuk menulis mengenai RAT setelah lama tidak menulis mengenainya, tambahan pula seingat Mr.Hac, dalam 700++ entri di blog ini, masih belum ada lagi entri yang menerangkan mengenai apa maksud sebenar RAT dan kegunaannya.

Jadi Apa Itu RAT?

RAT ialah kata singkatan dari Remote Administration Tool, atau kadangkala juga dikenali sebagai Remote Access Trojan. Di sini ramai yang menyalah tafsir ia sebagai perisian yang baik, sedangkan konsepnya berbeza dengan sistem Remote Administration. Kebiasaannya, RAT digunakan dalam aktiviti yang tidak sah seperti pencerobohan sistem komputer pengguna lain, dan biasanya di dalam RAT terkandung backdoor atau Trojan yang membolehkan penggodam mengawal komputer sasaran.


RAT amat sukar untuk dikesan, dan disebabkan penggodam diibaratkan mempunyai akses fizikal terhadap komputer sasaran/mangsa, penggodam tersebut boleh melakukan pelbagai perkara yang diingini seperti:

1. Memantau aktiviti pengguna.
2. Menghidupkan sistem webcam.
3. Menyebarkan virus.
4. Mengubah fail dan fail sistem.
5. Mengawal pelayar web.
6. Mencuri kata laluan dan lain-lain maklumat sulit.
7. Memadam kandungan pada cakera keras dan lain-lain.

Diagram di bawah (dari Wikipedia) menunjukkan bagaimana 'remote administrator' sebagai klien bersambung atau berhubung dengan komputer pelayan yang melakukan pelbagai fungsi:

Func   Func
   \    /    Func    Func
    [SERVER]   \    /
       |    [SERVER]
       |      /
       |     /
       |    /   Func    Func
       |   /      \     /
    [CLIENT]------[SERVER]

Untuk mengetahui bagaimana RAT disebarkan, sila ke pautan INI. Ia merupakan kaedah umum penyebaran virus seumpama RAT dan virus-virus jenis lain.

Antara contoh-contoh RAT yang popular ialah Lost®Door, ProRat, CyberGate, DarkComet, SubSeven dan lain-lain.

Namun perlu diketahui RAT seperti UltraVNC, Ammyy Admin, Mikogo dan seumpama dengannya adalah 'sah' (Legal) untuk digunakan kerana ia tidak meninggalkan sebarang backdoor dan sambungan terhadapnya boleh diputuskan pada bila-bila masa.

Biasanya RAT juga seperti Keylogger, ia akan digabungkan bersama fail lain seperti gambar ataupun fail arkib menggunakan Binder dan dijadikan FUD menggunakan Crypter.

28 February 2012

[Giveway]Free Bitdefender Total Security 2012 90 Days Free KIT


Bitdefender Totol Security adalah sejenis anti virus yang sangat terkenal..dengan ciri-ciri moden..anda tidak perlu risau jika netbook,notebook,laptop dan sebagai nya dicemar oleh virus..Bitdefender mempunyai firewall yang tesendiri..Ia juga mempunyai Anti Spam..Jika anda memasuki laman phishing,Bitdefender akan akan halang anda dari terkena perangkap..Hebatkan..

Nak tengok tak..:


Cantik kan...dengan ciri-ciri yang moden..

Sistem operasi:

-Operating system: Microsoft Windows XP SP3 (32 bit), Vista (SP2), Microsoft Windows 7 (SP1)
-CPU: Intel CORE Duo (1.66 GHz) or equivalent processor
-Memory (RAM):1 GB (Microsoft Windows XP)..1.5 GB (Microsoft Windows Vista and Microsoft Windows 7)
-Available free hard disk space: 2.8 GB free space (at least 800 MB on system drive)

Software requirements:
-Internet Explorer 7 and higher
-Yahoo Messenger 8.1 and higher
-Firefox 3.6 and higher
-Thunderbird 3.0.4
-Outlook 2007, 2010
-Outlook Express and Windows Mail on x86
-Net framework 3

Free Bitdefender Total Security 2012 90 Days Free KIT:



-Untuk mendapatkan Giveaway anda perlu pergi ke Facebook..Sesiapa yang belum ada facebook buat la..
-Pergi ke sini Giveaway
-Anda perlu cepat,sebab Giveaway ini ada limit nya..Cepat..
-Jika ada masaalah komen di bawah..

50 Kata Laluan Popular : Jangan Gunakan!


Salah satu kaedah menggodam yang asas ialah Brute Force. Melalui kaedah ini, penggodam akan meneka kata laluan yang mungkin digunakan oleh sasaran. Serangan ini akan cuba untuk menggunakan gabungan kesemua watak (characters) yang mungkin digunakan sebagai kata laluan.

Di bawah ini dipaparkan sebuah gambar yang menunjukkan 50 kata laluan yang paling kerap digunakan oleh mangsa. Oleh itu, jangan sesekali gunakan kata laluan di bawah jika anda tidak mahu akaun anda dijadikan mangsa seterusnya.

27 February 2012

Internet Download Manager 6.09 Build 3 Full Cracked [Mediafire]


IDM kemaskini versinya lagi! Tak banyak pun pembaharuan yang dapat dilihat. Antaramukanya masih sama semenjak versi 6.++.

What's new in version 6.09 build 3?

(Released: Feb 23, 2012)

Improved downloading from file sharing sites
Fixed bugs



Tapi jangan kecewa kerana ada penambahbaikan dari segi pembaikan pepijat atau 'bugs'. Jom muat turun melalui pautan di bawah:

Klik :
Internet Download Manager 6.09 Build 3 Full Cracked

Tips Keselamatan Dalam Internet


Mr.Hac tuliskan entri ini, mewakili diri Mr.Hac sendiri, kerana suatu ketika dulu Mr.Hac adalah seorang yang 'buta' dalam dunia IT. Pada waktu itu jika ada yang menggunakan teknik phishing paling mudah sekalipun, pasti Mr.Hac akan terpedaya dan 'tergodam' akhirnya.

Atas dasar rasa prihatin pada mereka yang memerlukan tips-tips sebegini, Mr.Hac tuliskan beberapa panduan yang Mr.Hac dapat dari pengalaman sepanjang berkecimpung dalam dunia IT ini. Harapannya semoga semakin ramai yang bijak meneliti sesuatu perbuatan mereka di internet, dan meningkatnya kesedaran akan bahaya penipuan di internet yang semakin berleluasa.

Jika anda tidak tahu, jangan salahkan orang lain kerana tidak mengajarkan pada anda, sebaliknya salahkanlah diri sendiri kerana kedekut dengan 'masa' anda. Masa yang terluang itu rajin-rajinkanlah diri datang ke blog ini, ambil panduan yang diperlukan, dan beredar dengan segera setelah klik satu dua iklan. Haha!


Tips-Tips Keselamatan Dalam Internet:

1. Setiap tahun, perisian antivirus PASTI akan dinaiktaraf versinya, ditambah pembaikan dan pengkalan datanya semakin lenmyhackersareheregkap dengan maklumat virus. Sila gunakan solusi antivirus yang terkini dan sentiasa dikemaskini setiap hari atau secara berkala.

2. Setiap kali anda mahu memasuki ruangan log masuk e-mel, adalah lebih baik anda taip secara manual alamat e-mel yang hendak dituju seperti mail.yahoo.com atau mail.google.com. Ini bagi memastikan anda memasuki alamat URL yang sahih. Kalau boleh jangan gunakan ciri 'Remember Password' seperti di bawah:


3. Jika anda memuat turun fail berformat .rar, sila lakukan pengimbasan menggunakan perisian antivirus. Bukan hendak kata fail berformat lain itu selamat, tetapi sekurang-kurangnya fail dengan format selain arkib akan terus dikesan oleh antivirus sekiranya ia memang sejenis virus, sedangkan fail berformat arkib telah dipadatkan (Compressed). Senang cerita imbas sahaja semua fail yang telah anda muat turun.

4. Cipta kata laluan yang kukuh. Gunakan kombinasi huruf besar dan kecil, nombor-nombor serta simbol. Kalau nak lebih 'umph' lagi, letak huruf jawi nohhh! Sekali dapat keyboard tiada tulisan jawi, masak! Haha!

5. Jangan bertindak dan berlaku seperti anda manusia paling kacak atau paling cantik dengan berkongsi kata laluan anda dengan pasangan. Tak payah nak romantik sangat boleh tak? Biar siapa pun dia, jangan sekali-kali berikan kata laluan anda.

6. Jika anda mahu log masuk ke laman-laman penting seperti e-mel atau Facebook, sila pastikan ia bermula dengan https. Jangan termasuk jerangkap samar berbau busuk seperti phishing.

7. Jangan lupa untuk log keluar dari akaun anda setelah siap semua urusan. Akaun anda boleh digodam kurang dari 5 minit jika anda tidak log keluar apabila telah siap menggunakannya. Ingat!

8. Kukuhkan ilmu di dada mengenai ilmu-ilmu IT agar anda tidak lagi akan berjaya ditipu oleh penjenayah siber yang semakin licik. Untuk menggodam anda perlukan ilmu, untuk mengelak dari digodam juga perlukan kepada ilmu.

9. Kemaskini sistem operasi anda dengan kerap, atau setiap hari. Ini bagi memastikan ia berada pada tahap yang terbaik. Pastikan pelayar web anda adalah versi yang terkini untuk memastikan setiap kelemahan (vulnerability) telah pun dibaiki.

10. Selalu-selalulah jenguk blog ini. Sekian.

A Test On Lightspark, An Open Source Flash Player


Seperti mana yang telah diketahui, Adobe Menggugurkan Sokongan Flash Terhadap Linux. Oleh itu, para pengguna Linux mempunyai masa sehingga 5 tahun sebelum sokongan tamat sepenuhnya, untuk mencari pengganti atau Alternatif kepada pemain flash dari Adobe ini.

Lightspark ialah alternatif yang diketahui umum, sangat sesuai bagi sistem operasi Linux. Berikut dipaparkan satu video pendek akan ujian ringkas yang dijalankan ke atasnya. Sila ambil perhatian, Lightspark masih dalam sesi pembangunan yang intensif, dan ini bererti masih banyak perkara yang perlu diperbaiki sama ada dari kepenggunaan mahupun bugs.


26 February 2012

Tribler : Aplikasi Bittorrent Tanpa Menggunakan Laman Web Torrent


Tribler ialah sebuah aplikasi Bittorrent yang paling menarik untuk digunakan. Ini adalah kerana ia tidak memerlukan sebarang laman web Bittorrent untuk mencari fail-fail Torrent. Sama seperti klien Torrent yang lainnya, ia juga mempunyai bar carian pada paparan muka hadapannya, namun hasil carian itu bukanlah datang dari indeks pusat Torrent, bahkan sebaliknya ia datang dari peers yang lain.

TorrentFreak dalam satu artikelnya yang bertajuk Tribler Makes BitTorrent Impossible to Shut Down, mengatakan pengguna Tribler tidak perlukan laman web Torrent untuk memuat turun kandungan, tetapi kerana ia berasaskan komunikasi peers-to-peers yang asli, ia hanya perlukan peers sebagai nadi.

Anda boleh merujuk kepada Pengenalan Kepada BitTorrent/Torrent untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Torrent.


Untuk memasangnya pada Ubuntu, anda boleh gunakan PPA yang telah dibuat oleh Webupd8 ini:

sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/tribler
sudo apt-get update
sudo apt-get install tribler

Untuk para pengguna Windows, Mac, dan Linux yang lainnya, anda boleh rujuk pada pautan INI untuk memuat turun fail pemasang yang sesuai dengan sistem operasi anda.

[Giveaway]WinX DVD Bluray Backup Pro Pack Giveaway For Free License Key Incl Serial Number Full Version


Maaf la,tajuk agak panjang..WinX DVD Copy Pro dan WinX Blu-ray Decrypter diberi secara serentak..Kira double la..


1.Keistimewaan WinX DVD Copy Pro:
-Winx DVD Copy Pro direka khas untuk memenuhi citarasa pengguna..Contoh Winx DVD Copy mampu
buat ialah:
-Klon DVD ke cakera DVD untuk simpanan yang lebih selamat..
-Salinan DVD ke imej ISO..
-Dilengkapi dengan ISO mounter dan DVD burner..
-Perisian ini juga boleh membuat salinan dan membantu mount ISO ke pemacu maya...

Untuk Download di sini:Download WinX DVD

2.Keistimewaan WinX Blu-ray Decrypter:
-Winx Blu-ray Decrypter direka khas untuk membuat filem Blu-ray di cakera padat anda seperti:
-RIP blu-ray untuk mkv dan menukar blu-ray untuk mkv...

Untuk Download di sini:Download WinX Blu-ray

-Untuk mendapatkan lesen nya sila pergi ke laman utama di sini:Giveaway
-Giveaway ini akan tamat pada hari Khamis 1 Mac 2012..Selamat menyedut..

Is It Really You In This Picture? [Virus]


Nampaknya culprit Black Hat atau penggodam tidak beretika ketika ini aktif menyerang pengguna E-mel Yahoo dengan menghantar sejenis virus yang digabungkan ke dalam gambar.

Nasib pengguna E-mel Yahoo agak baik apabila pengimbas virusnya dapat mengesan virus tersebut dengan baik. Mr.Hac sendiri cuba untuk 'melihat' apa yang terjadi apabila virus itu cuba untuk di muat turun, dan hasilnya adalah seperti gambar di bawah:


Kepada pengguna E-mel Yahoo, jangan sekali-kali terpedaya dengan E-mel seperti ini. Jika ia masuk ke dalam inbox, sila padamkan ketika itu juga. Penjenayah siber tidak akan berhenti selagi matlamatnya tidak tercapai.

25 February 2012

Cara Memasang KDE 4.8 Pada Ubuntu 11.10


KDE ialah singkatan dari K Desktop Environment. Mr.Hac menyukai KDE sejak keluarnya versi 4.8 kerana begitu banyak pembaharuan yang hebat dapat dilihat sama ada dari segi antaramuka pengguna grafik ataupun penambahbaikan dari segi fungsi, alat-alat, bugs, dan cara mengendalikannya.

Cuba anda tonton terlebih dahulu kehebatan KDE 4.8 melalui video di bawah:



Mr.Hac telah memasangnya pada Ubuntu 11.10 kerana enggan beralih dari Unity, supaya nanti ada pilihan sama ada mahu menggunakan Unity ataupun KDE. Berikut adalah PPA yang digunakan oleh Mr.Hac untuk memasangnya.

sudo apt-add-repository ppa:kubuntu-ppa/backports
sudo apt-get update
sudo apt-get install kubuntu-desktop


Sila taipkan huruf 'y' dan tekan Enter untuk meneruskan pemasangan:


1. Pada waktu pemasangan berlangsung, anda akan diminta untuk memilih Display Manager yang ingin anda gunakan. Pilihlah KDM (K Display Manager) jika anda sukakannya.



2. Selepas siap memasangnya, mulai semula (Restart) PC anda dan pada Display Manager yang telah anda pilih, sila klik pada 'KDE Plasma Workspace' untuk masuk ke persekitaran desktop KDE.

3. Itu sahaja. Sekian.

E-Book Penjelajahan Astral Kini Dijual Pada Harga Lelong! (Update)


Assalamualaikum Wbt..

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian.

ingin saya tanyakan satu soalan, pernahkah anda bermimpi :

berjalan-jalan di satu tempat tidak kiralah samada tempat itu asing buat anda atau anda sudah biasa dengannya.

Kemudian, setelah beberapa ketika, anda mungkin tergelincir (dalam longkang, dekat selut, atau dimana-mana yang patut anda tergelincir la nohhh..)

atau anda terkejut dengan satu situasi (yang boleh buat anda terkejut la)

Dalam satu detik anda tersentak dari mimpi itu, dan terjaga. Saya ulangi, tersentak.

Jantung anda berdegup kencang. Badan anda berpeluh.

Namun ketika anda cuba mengingati kembali mimpi tadi, anda gagal untuk mengingatinya secara keseluruhan. Anda cuba, dan cuba. dan cuba.......

masih gagal lagi..

Keesokkannya anda bermimpi lagi. Anda berjalan di sebuah pantai nan indah. Sangat indah. Anda biasa dengan pemandangan pulau tersebut. Tapi tiba-tiba anda tersentak lagi dari mimpi dan terjaga dengan pantas. ah... ingin sekali anda tidur dengan cepat dan bermimpi dengan mimpi yang indah itu sekali lagi. Namun apakandaya, anda tidak dapat berbuat demikian. Mungkin sekali ada cara untuk melakukannya, tapi anda tidak tahu.

Pernahkah anda terfikir, untuk mengembara ke serata dunia, pergi menjelajah ke seluruh pelusuk rantau, ke tempat-tempat yang asing bagi anda, dan ke semua tempat yang anda inginkan, dengan cara TERBANG?

Pernahkah anda terfikir, ada kaedah ilmu dalam dunia ini, untuk anda menguasai alam astral (roh/mimpi/astral realms/astral plane) anda, dan kemudian anda dapat melakukan perkara-perkara yang mustahil untuk anda lakukan di dunia nyata, seperti TERBANG merentas angkasa, menyelam di dasar lautan tanpa saluran oksigen, merentasi gurun-gurun dan gunung-ganang, dan juga mungkin sekali anda ingin melawat teman yang sudah lama tidak ketemu tetapi anda tidak tahu di mana dia berada.

E-Book cover by Togi Tan

Baiklah. Sudah baca intro? Itulah dia intro yang digunakan oleh Mr.Hac ketika membuat blog untuk menjual e-book 'Penjelajahan Astral : Suatu Pengalaman Yang Luar Biasa Hebat!'. Namun setelah dua tahun projek itu ditinggalkan, terdetik di hatik Mr.Hac untuk melelong sahaja e-book ini dengan harapan, agar ilmu yang ada padanya tidak pupus begitu sahaja.

Kenapa harga lelong? Kerana yang pertama, sejak Mr.Hac mengabaikan projek e-book ini, menu (Isi Kandungan) tidak dapat disiapkan. Salinan soft copy telah hilang, dan ini telah menyebabkan Mr.Hac terasa 'berat' untuk menyuntingnya semula.

Kedua, Mr.Hac tidak mahu meneruskan lagi projek e-book pertama Mr.Hac ini. Jadi, daripada membiarkan ia terbiar begitu sahaja, lebih baik ia dilelong, tambahan lagi, Mr.Hac mengambil masa setengah tahun untuk menyiapkannya. Ianya sudah siap, cuma menu sahaja yang tidak sempat dibuat.

Jadi berapakah harganya? Mr.Hac lelong ia dengan harga RM20 sahaja dengan jumlah muka surat sebanyak 133, Mr.Hac rasa ia amat berpatutan. Tambahan pula, jika anda ada apa-apa masalah atau pertanyaan, anda boleh terus bertanyakan kepada Mr.Hac melalui ruangan Hubungi Admin. 'Lifetime Support' la kiranya.

Jika anda berhasrat membeli e-book ini, sila ke ruangan Hubungi Admin dengan tajuk 'E-Book Astral', dan Mr.Hac akan memberikan butiran-butiran kepada anda.

Jika anda mahu membaca e-book ini versi 'pengenalan' atau intro,
sila muat turun di sini : Penjelajahan Astral Versi Pengenalan Oleh Saiful Putra.pdf

Kata Laluan : diam13mati

Sekian. Harap maklum.

UPDATE:
Seperti yang anda boleh baca di atas, harga telah diturunkan lagi kepada RM20. Sekarang ia lebih mampu dimiliki! 133 helai muka surat beserta ilustrasi bergambar (Hiasan). Berbaloi-baloi!

[Tinjau] Linux Mint 12 KDE


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ^^

Curi2 buat entri ni ^.P
Harap semua sihat2 belaka eh?
Nak share sesuatu untuk anda semua.
Saya baru sahaja pakai.
Iaitu Linux Mint 12 KDE..

Pernah dengar tak?
Up sikit dari Linux Mint 12 =)
Ini sedikit ScreenShot mengenai Linux Mint 12 KDE


Boleh tahan la OS ni.
Bagi saya ok dan terpegun.
Tetapi bagi anda bagaimana? Kerana lain orang lain cita rasa kan? ^^

Apa dia Linux Mint 12 KDE ni?
OS ni mempunyai :
  • KDE 4.7.4 ( harap sangat 4.8 =( )
  • Hybrid ISO Images
  • Search Engines
  • Upstream Components
Linux Mint 12 warna hijau kan?
tapi Linux Mint 12 KDE berwarna BIRU!!!
(tiada kena mengena dengan politik ==" )

Berminat?
Baca la lagi =)

Antara yang best mengenai Linux Mint 12 KDE ni :

1. Mozilla Firefox

Menarik dan tak tahu nak kata apa =="
Anda lihat anda nilai =)



 2. Music Player

Serupa macam Banshee dalam Ubuntu, tetapi saya sukakan Banshee daripada Amarok ==". Settingnya rumitkan kepala. Ini ScreenShotnya =)



4. Widget

Percaya atau tidak, ia mempunya Widget! Seperti Windows 7 pula ^.P dan bila kita letak cursor di program yang kita minimize tu, akan ada review. Ini contoh ScreenShot



Banyak kalau nak terangkan. Hehehe..
Tapi kalau bagi tau semuanya tak suprise lah!
Saya nak ulas banyak2 pun, saya newbie. =(
Saya ulas apa yang saya tahu =)

Tidak menyesal cuba Linux Mint 12 KDE ni ^^
Ia tidak guna GNOME 3 tapi guna KDE ( jangan tanya saya, saya tak tahu ==" )

Berminat?
Sila klik pautan ini ^^
Linux Mint 12 KDE

Untuk download?
Klik sini > Linux Mint 12 KDE Sedut

Sila maklum balas selepas pakai =)
Tak tahu nak setup?
Sama macam setup2 lain ( Ubuntu/Linux )
Klik link sini > Cara2 Setup =)

Untuk Linux Mint 12 KDE punya setup, kena tanya Mr.Hac dulu.
Kalau T.T kasi lampu hijau, ON jer ^.P

Bagi saya OS ni laju. Anda?

Selamat menyedut,
Selamat Setup
Selamat Mencuba ^.^

Jangan lupa maklum balas yer =)

Update!* - harap maaf,
bug yang terdapat dalam OS ni software manager main cuk-cak =="

Solution?
Serah pada yang pakar ^.P

24 February 2012

Cocoon Kini Mengeluarkan Addon IE Versi Beta


Seperti mana yang diketahui umum, Cocoon ialah Addon untuk Firefox yang membantu penggunanya untuk melayari internet secara anonymous dengan menyembunyikan IP, mengubah geolokasi IP kepada IP dari Amerika Syarikat (US), mengurangkan risiko dijangkiti virus, mengenkripsi sesi pelayaran internet dan beberapa lagi fungsi yang sememangnya terbaik.

Kini pembangun yang sama, mengeluarkan Addon untuk Internet Explorer (IE) dalam versi beta, khusus untuk pengguna IE 8 ke atas. Pengguna yang melayari internet dengan menggunakan IE, sudah boleh menarik nafas lega kerana Addon ini sedang giat dibangunkan untuk berfungsi dengan sempurna pada IE.


Untuk pengguna IE yang ingin mencubanya, anda bolehlah ke laman Cocoon Download Page.

[Giveaway]Emsisoft Mamutu 3


Emsisoft Mamutu 3 adalah sejenis anti-malware yang terbaik..Ia boleh mengesan malware yang berada di mana sahaja,tak kira berada dalam pendrive anda mahupun dalam PC anda..Emsisoft Mamutu 3 direka untuk membuat tuntutan yang minimum ke atas sumber-sumber sistem, jadi anda boleh mendapatkan perlindungan tambahan tanpa membawa PC anda menjadi tidak betul...Mamutu 3 hanya memberi anda kawalan yang anda perlu untuk memastikan PC anda selamat daripada bahaya...

Nak tengok rupa nya:


Sistem operasi:

-Emsisoft Mamutu runs on Windows XP, Vista (incl. x64) and 7 (incl. x64). Emsisoft Mamutu is full x64 compatible since version 3.0...
-In regular guard mode are approx. 30 MB free RAM required. We suggest using it on computers with at least 512 MB RAM, preferably 1 GB RAM...

Untuk mendapatkan Giveaway:
-Sesiapa yang belum register pergi ke sini Register
-Yang sudah register anda perlu log in sahaja..di sini Giveaway
-Untuk mendapatkan lesenya sila turun ke bawah..


-Untuk letakkan lesen nya anda buka setting-license dan klik pada convert coupon code..




-Giveaway ini akan tamat beberapa jam sahaja..jika ada apa-apa masaalah komen di bawah..

23 February 2012

[Giveaway] Registry First Aid For Free incl Serial Key at Avanquest


Pembaik pulih Registry yang terbaik di pasaran tiba kepada anda. Registry First Aid diberi nama, memulihkan Registry yang kusut adalah kerjanya. Berikut dipaparkan kaedah mendapatkan ia secara percuma!


Untuk mendapatkan Giveaway..

-Apa yang anda perlu buat adalah pergi ke laman tersebut: REGISTER

-Apa yang anda perlu buat adalah mendaftar untuk menjadi ahli newsletter Avanquest:








Itu sahaja! Silakan memuat turun sebanyak yang anda suka!

UPDATE:
-Jika anda sudah register anda perlu membubuh Email anda sahaja..jika belum register sila tengok di atas..

-Jika sudah register anda bubuh email anda di sebelah kiri..

-Pergi ke laman utama di sini Giveaway

-Untuk download di sini Downlaod

-Sedut banyak-banayk..

Soalan Lazim : Website Hacking


Soalan-soalan lazim ini ialah soalan yang biasa ditanya dalam e-mel Mr.Hac, lalu Mr.Hac rangkumkan ia menjadi satu entri untuk memudahkan anda membuat rujukan pada masa hadapan.

Apa Itu Shell?

Shell biasanya ialah fail php yang diperlukan untuk dimuat naik ke dalam laman web yang digodam bagi membantu berhasilnya kerja-kerja penggodaman. Dengan adanya fail shell tersebut, anda boleh melakukan hampir apa sahaja yang dingini pada laman web yang digodam seperti memuat naik laman 'deface', boleh digunakan untuk membuat serangan DDoS kepada laman web lain dan pelbagai fungsi lagi.

Apa Itu Defacement?

Defacement ialah perbuatan mengubah tampilan laman web yang telah digodam dengan niat untuk menyampaikan maksud laman web tersebut tidak mempunyai sekuriti yang kukuh, dan untuk 'memberitahu' kepada pemilik laman web bahawasanya penggodam tersebut telah pun berjaya menggodam laman web beliau. Laman web yang telah diubah tampilannya dengan menggunakan fail tertentu dipanggil sebagai deface page, dan contohnya adalah seperti di bawah:


Apa Yang Wajib Dilakukan Sebelum Menggodam?

Anda patut tahu, jika anda ingin menggodam laman web yang berkepentingan, apa yang paling penting sekali ialah anonymity. Anda perlu menyembunyikan alamat IP asal anda sebelum melakukan apa-apa yang berkaitan dengan penggodaman. Terdapat pelbagai cara untuk menyembunyikan IP seperti menggunakan proksi, SSH Tunneling, dan juga VPN.

Apakah Kaedah Yang Biasa Digunakan Untuk Menggodam Laman Web?

Untuk soalan ini, anda boleh merujuk kepada entri Kaedah Umum Untuk Menggodam Laman Web.

Apa Yang Perlu Saya Belajar?

Apa yang penting ialah anda perlu tahu apa yang perlu anda buat, contohnya pengekodan dan pengenalpastian masalah serta menyelesaikan masalah tersebut. Antara yang anda boleh belajar ialah HTML, PHP, Javascript, C, C++, python dan lain-lain bahasa pengaturcaraan. Ini bagi memastikan anda tahu apa yang berlaku disebalik tabir penggodaman.

Apa Yang Perlu Saya Tahu?

Anda patut tahu, bahawa anda wajib untuk menjadi penggodam yang tidak dapat dikesan. Mungkin kedengaran mustahil, tetapi langkah berjaga-jaga adalah lebih baik dari merana setelah tertangkap. Contoh langkah-langkah yang anda boleh ikuti ialah:

1. Setelah berjaya menggodam sesebuah laman, pastikan anda padam log yang terhasil di panel untuk memastikan alamat IP anda (biarpun palsu) tidak direkodkan disitu.

2. Padamkan jejak pelayar anda seperti Cookies, log masuk dan keluar dan sebagainya.

3. Jika anda benar-benar mahu membantu, tidak perlu melakukan defacement sebaliknya maklumkan sahaja kepada Admin akan vulnerability laman web beliau. Kan lebih senang begitu?

Adakah Terdapat Tool Untuk Menggodam Dengan Mudah?

Jika anda mahu tool yang boleh lakukan dari A sampai Z, lebih baik anda jangan belajar apa-apa mengenai hacking. Contohnya dari proses menyembunyikan IP, melakukan suntikan SQL sehinggalah kepada memuat naik fail shell semuanya dilakukan oleh tool, habis anda lakukan apa?

Contoh tool yang boleh membantu proses suntikan SQL ialah Havij, dan Addon untuk Firefox pula adalah seperti HackBar.

Amacam? Sudah puas hati dengan artikel ini?

Header OMG! Hackers?


Seorang pembaca bernama Togi Tan @ MH ialah orang yang menyumbangkan header OMG! Hackers? kepada Mr.Hac. Bukan apa, sengaja bikin entri ini untuk menghargai jasa apa yang beliau telah sumbangkan.

Beliau telah menyumbangkan 3 reka bentuk header dan 2 daripadanya sudah pernah dipasangkan:




Pendapat anda, yang mana paling cun dan 'ranggi'?

Terima kasih daun keladi, kita jumpa lagi lain hari.

Our-Debrid : Leecher Terbaik!


Seperti yang disebutkan dalam entri semalam, sudah puas Mr.Hac mencari 'premium link generator' untuk Fileserve, malangnya kebanyakan laman yang dijumpai hanyalah sekadar 'laman kosong' semata, tiada fungsi dan tiada erti.

Selepas Tigerleech, mujurlah seorang pembaca blog bernama 'Fake' memberikan komen mengenai laman Our-Debrid, sebuah laman 'leecher' dari Malaysia.

Terbaik. Itu sahaja yang mampu dikatakan. Untuk menggunakan servis leecher PERCUMA yang diberikan adalah amat mudah. Anda cuma perlu mendaftar, sahkan 'nama pengguna' (Username) anda dan kemudian silakan muat turun sepuasnya.

Berikut adalah beberapa paparan skrin dari Our-Debrid:



Jangan tunggu lama-lama, cepat pergi daftar dan gunakan ia sekarang. Jangan pula keberatan untuk memberikan sedikit sumbangan waima mengklik iklan sekalipun, itu sudah cukup membantu. Sekian.

Adobe Menggugurkan Sokongan Flash Terhadap Linux


Adobe tidak akan lagi menyediakan rilisan terbaru pemain flash untuk Linux selepas versi 11.2, seperti mana yang diumumkan oleh syarikat tersebut, semalam.

Bagaimanapun Google, akan mengambil alih implementasi pemain flash melalui plugin API yang digelarkan sebagai Pepper.

Quote dari Adobe:

“For Flash Player releases after 11.2, the Flash Player browser plugin for Linux will only be available via the “Pepper” API as part of the Google Chrome browser distribution and will no longer be available as a direct download from Adobe.”


Sokongan terhadap versi terakhir untuk pemain flash Adobe 11.2 akan berakhir selepas 5 tahun. Ini bererti pengguna Linux masih mempunyai masa untuk mencari alternatif, selain berharapkan kepada kejayaan pemain HTML5.

Buat masa ini, jika ada yang mahu beralih, mereka mempunya pilihan iaitu Gnash atau Lightspark.

Untuk memasang Lightspark pada Ubuntu 10.04 LTS/Ubuntu 10.10 Maverick, sila gunakan baris perintah di bawah:

sudo apt-get install lightspark browser-plugin-lightspark

Untuk Ubuntu 11.04 Natty/Ubuntu 11.10 Oneiric/Ubuntu 12.04 Precise Pangolin:
sudo add-apt-repository ppa:sparkers/daily
sudo apt-get update
sudo apt-get install lightspark browser-plugin-lightspark

Bagi yang menggunakan lain-lain distro, sila ke LightSpark.

Untuk memasang Gnash:

sudo apt-get install gnash mozilla-plugin-gnash

Untuk lain-lain distro, sila ke Gnash.

22 February 2012

Fileserve Premium Link Generator (Yang Berkesan)


Jika anda Google 'fileserve premium link generator', sememangnya banyak sungguh hasil carian yang diberikan. Namun, dalam banyak-banyak pautan itu, banyak pula hasil yang diberikan sekadar 'sampah' semata.

Cari-punya-cari, akhirnya terjumpa dengan Tigerleech. Paparan pemuka yang ringkas, namun itu semua tidak penting. Apa yang penting, ialah keberkesanannya. Mr.Hac lebih suka menggunakan laman 'premium link generator' kerana ia lebih mudah digunakan berbanding premium cookies. Biasa la, dah expired, kena cari lain pula. Jemu der!


Jadi jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dah tak boleh digunakan baru menyesal tak sudah. Jom kita ke Tigerleech sekarang.

Kartikel.com : Ping Entri Blog Dengan Mudah


Bagi pemilik-pemilik blog yang sememagnya tegar (seperti Mr.Hac sendiri), pasti inginkan satu servis untuk ping setiap entri blog dengan lebih mudah, cepat, dan efisien. Salah satu servis ping entri blog yang bagus kini ialah Kartikel.com.

Kenapa cepat? Kerana anda cuma perlu daftar dengan menggunakan akaun Facebook, kemudian anda sudah boleh terus melakukan ping kepada entri-entri terbaru anda. Setiap pengguna dibenarkan untuk ping sebanyak 5 entri sehari, manakala untuk pengguna dengan tag VIP, boleh melakukan ping sebanyak 15 entri sehari.


Kenapa bagus dan mudah? Kerana anda tidak perlu menampal apa-apa jenis widget berunsurkan java script yang sudah tentunya menambahkan lagi berat dan waktu loading blog anda.

Untuk maklumat lanjut atau anda ingin terus mendaftar, anda boleh layari Kartikel.com.

Ketiadaan Sambungan Internet Pada 8 Mac?


Sambungan internet mungkin akan terputus pada 8 Mac 2012 ini apabila sejenis virus yang digelar sebagai DNSChanger Trojan telah menjangkiti komputer-komputer dari 100 buah negara.

Virus tersebut dikatakan akan menyalurkan pengguna ke pelayan palsu, dan kemudian menghantar mereka ke laman web yang tidak diingini, dan kadangkala ke laman yang menyalahi undang-undang.

Kesan utama jangkitan ini ialah ia telah menyebabkan pelayar web dihantar ke laman web palsu dengan menukar apa yang dipanggil sebagai DNS pada tetapan internet komputer.Domain Name System (DNS) merupakan tulang belakang skim alamat Internet dan pelayan DNS merupakan komputer-komputer di seluruh dunia yang bertindak sebagai polis trafik Internet, yang akan menghalakan anda kepada laman web yang anda ingin lawati.


Pengguna Windows dan Mac berisiko dijangkiti virus ini kerana ia tidak menyebarkan 'dirinya' ke dalam komputer, sebaliknya hanya menjangkiti pelayar web. Berikut adalah beberapa DNS yang digunakan oleh DNSChanger Trojan:

64.28.176.1 - 64.28.191.254
67.210.0.1 - 67.210.15.254
77.67.83.1 - 77.67.83.254
85.255.112.1 - 85.255.127.254
93.188.160.1 - 93.188.167.254
213.109.64.1 - 213.109.79.254

Untuk memeriksa sama ada pelayar anda dijangkiti atau tidak, sila ke DNS-OK.

Kenapa 8 Mac 2012?

Virus ini sebenarnya telah ditemui sejak tahun 2007 lagi. FBI telah mendapat perintah dari Mahkamah untuk menubuhkan rangkaian DNSChanger Command & Control sementara. Perintah ini akan tamat pada 8 Mac 2012, dan melainkan FBI mendapatkan perintah untuk melanjutkan tempoh operasi rangkaian sementara ini, ia akan dimatikan. Ini akan menyebabkan berjuta-juta komputer tidak akan dapat mengakses internet akibat bergantung kepada DNS yang dijangkiti tersebut.

21 February 2012

[Giveaway] IObit Advanced SystemCare Pro 5


IObit Advanced SystemCare pro telah memberi lesen secara percuma..masih banyak masa kita boleh sambar..

Untuk mendapatkan lesen nya pergi ke halaman ini: Giveaway IObit




-Apa yang anda perlu buat adalah Register dulu untuk mendapatkan lesen nya..
-selepas register anda klik pada Get Serial Code..



-Untuk download IObit Advanced SystemCare Pro 5 sila klik di sini: Download
-Masa yang diberi hanya Dua hari saja..Cepat!

Apa Itu Crypter dan Kegunaannya?


Dalam entri yang lepas kita sudahpun membincangkan mengenai Binder, sejenis perisian/tool yang digunakan untuk menggabungkan dua jenis fail menjadi satu fail dengan satu nama dan satu ekstensi. Kali ini kita akan membincangkan mengenai Crypter pula.

Apa Itu Crypter?

Crypter ialah sebuah perisian atau tool yang digunakan untuk 'menyembunyikan' virus, keylogger atau trojan yang dibuat oleh penggodam untuk mengelakkan ia dari dikesan dan dipadam oleh perisian antivirus. Ringkasnya Crypter ialah program yang membantu untuk melakukan enkripsi kepada kod sumber virus/keylogger yang digunakan olehnya. Sila lihat entri berkenaan cara antivirus berfungsi untuk memahami kaedah pengesanan antivirus.

Crypter melakukan kerjanya dengan cara mengubah atau melindungkan kod sumber yang asli. Cuba lihat contoh mudah di bawah:

Kod sumber virus sebelum dilakukan enkripsi:

001————- 010
100|Saya Virus Yang Hensem|000
010————- 111

Kod sumber virus selepas dilakukan enkripsi:

101————-110
010|Saya Virus Yang Hensem|110
110————-010

Kod aslinya telah diubahsuai oleh Crypter dan ini akan menyebabkan perisian antivirus gagal mengesannya sebagai virus. Inilah dia tujuan penggunaan Crypter, iaitu untuk membantu Keylogger yang kebanyakkannya dari jenis Home/Public dari dikesan oleh antivirus dan membantu penggodam untuk melengkapkan misi remote PC.

Contoh Crypter yang diedarkan di internet:


Apa Itu FUD?

FUD ialah kata singkatan dari Fully Undetectable. Oleh kerana Crypter dan Binder telah digunakan secara meluas, maka kebanyakkan antivirus telah memasukkan definisi untuknya ke dalam pengkalan data maklumat. Ini menyebabkan Crypter juga dikesan sebagai 'hack tool' dan segera dikuarantin atau dipadam sebelum ia dapat digunakan.

Kebanyakan Crypter atau Binder hanya akan bersifat FUD setelah satu atau dua hari ia dilepaskan kepada umum. Jika anda mahukan Crypter/Binder yang bersifat FUD, anda kena rajin mencari di forum-forum hacking yang tinggi kadar INTEGRITINYA, dengan harapan Crypter/Binder yang diedarkan tidak pula mengandungi apa-apa petualang seperti trojan mahupun virus!

20 February 2012

How To Deal With Old Domain?


Video ini Mr.Hac tujukan kepada mereka yang masih 'blur' tentang bagaimana untuk menggunakan pautan yang masih menggunakan domain lama. Sebenarnya benda ni 'simple', tak perlu kepada tutorial pun. Cuma mungkin antara kita ada yang tak faham, jadi Mr.Hac sediakan video untuk mereka.


P/S: Ada cara lain yang lebih bagus?

WWE Elimination Chamber 2012 Download


Elimination Chamber Match For The WWE Title:
-CM Punk (c) vs. Chris Jericho vs. Dolph Ziggler vs. The Miz vs. R-Truth vs. Kofi Kingston

*After winning the 6 pack challenge match on Raw, Chris Jericho earned the right to be the last entrant in the Raw Chamber match.

Elimination Chamber Match For The WWE World Title:

-Daniel Bryan (c) vs. Wade Barrett vs. Cody Rhodes vs. The Great Khali vs. Big Show vs. Randy Orton (Due to injury, Orton will be replaced in the match)

Ambulance Match:

-John Cena vs. Kane

Divas Championship Match:
-Beth Phoenix (c) vs. Tamina Snuka


You can download the videos via Torrent Downloading here:

The Pirate Bay

or

1337x

Please support the Torrent by keep seeding to others. If you love to download, so don't hesitate to upload it back. Keep it alive guys.

Apa Itu Binder dan Kegunaannya?


Apabila kita menyebut mengenai 'godam', maka kita tidak akan lari dari menggunakan perisian-perisian atau tools yang sinonim dengan penggodam itu sendiri. Salah satunya ialah Binder.

Apa Itu Binder?

Binder ialah sejenis tool atau perisian yang digunakan untuk menggabungkan dua jenis fail kepada satu fail, dengan satu nama dan satu ekstensi (Extension). Fail tersebut boleh dijadikan dengan apa jua ikon atau ekstensi. Dalam kes penggodam, kebiasaanya mereka akan menggabungkan server dari Keylogger atau Remote Administration Tool (RAT). Apabila fail server itu disembunyikan disebalik sesuatu fail yang lain, contohnya mp3, gambar ataupun fail arkib (rar, tar.gz, tar), kemudian fail itu dijalankan, atau dibuka, maka fail server yang tersembunyi itu tadi akan dijalankan bersama. Itulah tujuan sebenar kegunaan perisian Binder ini.

Kegunaan Binder:

Seperti mana yang kita ketahui, fail server dari Keylogger berbayar (Industrial) tidak akan dapat dikesan oleh mana-mana antivirus moden kerana kod sumbernya sentiasa dikemaskini. Ini berbeza dengan Keylogger versi awam atau percuma, kerana ia tidak dijaga oleh pembuatnya melainkan beliau seorang yang 'rajin'. Oleh itu, di sinilah Binder memainkan peranannya apabila bertindak menyembunyikan fail server itu tadi dengan jayanya ke dalam mana-mana fail yang dikehendaki.

Contoh Binder:

Berikut ini ialah satu contoh gambar sebuah Binder yang diedarkan di internet:


Syarat Menggunakan Binder:

1. Kachak Rhupawan (Kacak rupawan). Errr..Tak perlu kot..

2. Matlamat yang jelas.

3. Binder itu sendiri perlulah Fully Undetectable (FUD). Jika ia tidak bersifat begitu, dan dengan mudah dapat dikesan oleh mana-mana antivirus, maka tidak guna juga anda gabungkan (Bind) server anda dengan fail yang lain.

InsyaAllah kita akan bertemu lagi di lain entri dengan isi kandungan yang lebih bagus. Terima kasih buat semua pembaca yang masih setia dengan OMG! Hackers?.

Mr.Hac: Kalau tak jumpa Mr.Hac di sini, cari Mr.Hac di Laga World. Biasa la. Hobi baru!

Winamp 5.623 Pro Full Cracked


Ahhhhhhh iya! Salam semua! Tak sabar rasanya nak terbitkan entri setelah siap semua kerja. Apa yang seronok sangat? Ya. Jika anda pengguna Windows, pasti anda tidak akan asing lagi dengan perisian pemain media mp3 terhebat pujaan ramai ini, iaitu Winamp.

Kini Winamp memperbaharui dan memperbaiki lagi kelemahan pemain itu dan datang dalam versi 5.623. Apa yang baharu? Mari kita lihat satu persatu:

Winamp 5.623
* Fixed: mp3 decoding errors at end of file (should fix reported CD burning errors)
* Fixed: [aacdec] Detection of parametric stereo for AAC files made with older encoders
* Fixed: [enc_fhgaac] MP4 encoder not always closing on errors or aborted transfers
* Fixed: [in_avi] Crashing with certain malformed AVI files
* Fixed: [in_flac & in_mp4] Memory leaks
* Fixed: [in_mod] Bounds check for comments parsing
* Fixed: [pmp] Multithreaded race condition (now supports thread-safe transfers)
* Fixed: [pmp_android] Embedded album art being deleted on transfers
* Misc: More general tweaks, improvements, fixes and optimizations
* Updated: [enc_fhgaac] Fraunhofer AAC Encoder v3.2.4
* Updated: [gen_jumpex] JTFE v1.2.5



Apa yang perlu anda lakukan ialah muat turun pemasang (Installer) asli dari laman pembangunnya di sini atau dari laman alternatif seperti Filehippo ataupun Softpedia.

Kemudian, untuk menjadikannya versi penuh/Pro, sila gunakan serial number yang dijana menggunakan Keygen 5.5 sama ada yang ini:


Ataupun yang ini:


Selamat berjaya menggunakannya!