31 July 2012

Heroes of Newerth : Permainan 3D Multi-Platform Percuma


Heroes of Newerth, permainan MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) dalam talian ini kini dilepaskan secara percuma. Dengan klien platform berbilang yang tersedia untuk Windows, Linux dan Mac OS X bersaiz dalam lingkungan 1GB++, sekarang semua peminat dapat memainkan permainan ini tanpa perlu risaukan mengenai bayaran.


Anda perlu terlebih dahulu mendaftar di laman rasmi Heroes of Newerth sebelum dapat memuat turun klien permainan. Jika kelajuan sambungan internet anda perlahan, maka silalah cari sambungan yang lebih pantas kerana saiz kliennya memang besar. Dengan saiz 1GB++, setelah pemasangan pula berapa agaknya?

Mari kita lihat pula trailer untuk permainan ini:


Bersiap-sedialah untuk berperang di alam fantasi super-duper cool! Jangan lupa baca apa-apa yang patut untuk mengelakkan dari gangguan makhluk khurafat! Muahaha!

...............................................................................................................................................................


Satu dua tiga empat
Huruf alif ba dan ta
Semuanya sifir kehidupan
Yang tertera sejak azali
Bukan dalam mimpi-mimpimu
Tetapi dalam realiti

Laungkan, luahkan,
Segala yang terpendam
Menjerit kesakitan
Bila tersesat jalan

Jangan kau cuba lagak panglima
Pasti tewas kau tersungkur
Bila mentera kersani berubah
Duniamu gelita

Kerana kau kesakitan
Dalam terang kau meraba
Bukan terjadi kerana sumpahan
Tapi kau mencari alasan


Warsow 1.0 Rilisan Stabil Dilepaskan


Saya sememangnya adalah penggemar permainan First Person Shooter (FPS). Zaman saya kecil-kecil dahulu, permainan FPS pertama yang saya mainkan adalah Doom. Sejak dari itu, FPS menjadi satu jenis permainan yang saya cari-cari, tidak kira pada platform apa saya berada sama ada PC, netbook, mahupun telefon bimbit pintar.


Warsow ialah salah satu dari permainan FPS. Setelah melalui pembangunan pesat selama 7 tahun, Warsow versi 1.0 akhirnya dilepaskan. Ia mempunyai reka bentuk kepermainan yang menarik di mana grafiknya kelihatan ala kartun, tetapi dalam masa yang sama dilimpahi dengan kecantikan dunia 3D.

Mari kita lihat trailer rasmi Warsow:


Saya tidak mempunyai komen yang banyak mengenai permainan ini kerana saya juga baru hendak berjinak-jinak dengannya. Namun bagi anda pengguna Windows, anda tidak perlu bimbang. Warsow terdapat untuk semua platform sama ada Windows, Linux mahupun Mac OS X.

Apa-apa hal anda muat turun dahulu, ok?

Klik untuk muat turun Warsow 1.0

.............................................................................................................................................................


Kapur sirih pinang dijunjung dijulang
Dikunyah melarat
Api, air, asap, diseru dibaca
Tanyakan siapa?

Api rasa api, air rasa air
Kenapa ditanya?
Kawan jadi syaitan, syaitan jadi lawan
Siapa melawan?

Ayam putih ditaruh menggelepar bisa
Kemenyan dalam api menyala!

Bermujadah bertempur berbalah
Keris dihulur dipuja bayangan menjelma
Dibayangi kemenyan dan api, menyembah..

Terketar menggeletar disampuk puaka
Bertaruh nyawa bagaikan Jebat yang menderhaka
Memuja permainan kesalahan diri
Dibayangi kemenyan dan api!

30 July 2012

Ketuanan Melayu, Iri Hati, dan SIHIR!


(Dalam entri kali ini anda akan melihat satu sisi yang lain pada diri saya. Harap anda dapat teruskan pembacaan sehingga ke penghujung pos.)

Kerajaan kita kerap kali melaungkan 'Ketuanan Melayu' dalam media massa, media elektronik, media cetak dan juga media hiburan. Tidak cukup dengan itu, PEKIDA dan PERKASA juga melaungkan azan yang sama. Sedari kecil lagi saya sudah mendedahkan diri dengan pelbagai persatuan dan pertubuhan yang mendukung serta menaikkan semangat saya untuk terus teguh memajukan anak bangsa. Sahabat-sahabat seperjuangan '30', adalah antara pemangkin semangat saya untuk berjuang. Tak lupa juga ketika menetap di Ipoh dulu saya antara ahli Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (Asli) Jabat Kilat Malaysia yang aktif meskipun umur saya belum masuk tingkatan 3. Belum cukup masak dan masih hijau, kata orang tua-tua.

Semuanya saya lakukan demi kasih dan rasa kecintaan yang mendalam terhadap anak bangsa. Untuk apa saya menceritakan semua ini? Ia adalah untuk memberitahu kepada para pembaca, bahawa saya tidak pernah membenci bangsa saya, bangsa Melayu.

Tetapi semuanya sudah sampai ke satu titik noktah. Sehinggalah malam Sabtu yang lepas.


Saya dan adik-adik serta isteri membawa ibu saya ke Pusat Perubatan Darul-Syifa di Tambun. Tujuannya satu, hendak mengubati sakit 'buatan orang' yang dihidapi oleh ibu saya sejak beliau masih muda lagi. Saya juga turut terkena tempiasnya, dan kerana itu saya mahu diri diubati.

Sebaik tiba giliran kami, ibu duduk berlunjur. Ustaz (saya lupa nama beliau) yang mengubati mengarahkan adik perempuan saya supaya duduk dibelakang ibu sambil memegang tangannya. Saya yang baru pertama kali melihat, terfikir mengapa sebabnya ibu perlu dipegang. Ini adalah kali kedua ibu datang berubat dan saya pula pertama kali sampai ke tempat tersebut.

Sebentar kemudian Ustaz mula membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dengan kuat sambil memegang kepala ibu. Apabila Ustaz memicit jari kaki ibu, satu jeritan yang kuat disusuli laungan umpama tangis bercampur tawa mula kedengaran! Tegak seluruh bulu roma di badan saya. Apabila ibu mula menjerit-jerit seolah-olah kesakitan, dan kemudian ibu menangis, tanpa dapat diseka air mata saya mula tumpah.

Saya tidak peduli lagi dengan makcik dan pakcik yang datang terkemudian dari kami. Saya mula mengalirkan air mata tanda sebak dan hiba melihat ibu diperlakukan sedemikian rupa oleh PENYIHIR yang tidak berhati perut dan berajakan iblis laknatullah!

Rajah Sihir

Jika ingin disingkap kembali, ibu mula mendapat pelbagai masalah kesihatan, terutama yang berkaitan dengan makhluk halus sejak ibu masih anak dara. Tak tahulah apa yang mereka cemburukan, tetapi yang pasti ibu bukan orang kaya! Jeritan dan laungan ibu membuat Ustaz bertanya kepada saya,
"Dia meniaga ke?".
Saya hanya mampu menggeleng lemah seraya berkata 'tidak'.

Kalau ingin diceritakan, tidak akan habis 1001 malam kisah mengenai masalah yang dialami oleh keluarga kami. Semuanya berkaitan dengan SIHIR. Saya tidak menyalahkan takdir, tetapi berasa sangat ANEH kerana ibu bukan golongan berada, malah kerjanya biasa-biasa saja! Sekarang pun ibu masih aktif di sekolah anak-anak yatim dengan gaji yang cukup-cukup makan di bandaraya Ipoh.

Musykil sungguh! Ibu memang seorang yang sangat tabah, dan kerana itu saya terkilan yang teramat sangat melihat keadaan ibu sewaktu berubat tersebut. Anda juga pasti tidak akan mampu melihatnya, jika ia terjadi pada ibu anda sendiri.

Bertitik tolak dari situ saya tekad untuk tidak lagi memperjuangkan apa-apa demi bangsa, kerana ketika itu barulah teringatkan perjuangan Rasulullah, bahawa Nabi kekasih Allah itu tidak pernah memperjuangkan bangsanya. Satu-satu agenda yang menjadi perjuangan utama Rasulullah ialah KETUANAN ISLAM. Tidak kira apa jua agama yang dianuti sebelum ini, jika mereka Majusi, Nasrani, Yahudi, mahupun apa jua bangsa, tetapi kemudiannya melafazkan dua kalimah syahadah yang mulia, mereka diterima masuk ke dalam Ketuanan Islam.

Untuk apa perjuangkan bangsa, sedangkan yang akan masuk ke dalam Syurga itu bukan yang berbangsa MELAYU, tetapi adalah yang beragama ISLAM, dan mereka-mereka yang diredhai ALLAH, bukan diredhai oleh orang-orang Melayu! Untuk apa perjuangkan ketuanan Melayu, andai yang TIKAM DARI BELAKANG, yang MENGADU DOMBA, yang MENYIHIR KELUARGA kita adalah dari BANGSA SENDIRI??

Bersatu biar dalam Islam, dalam KeIslaman, bukan dalam bangsa. Kalau bersatu dalam bangsa tetapi mereka itu dari jenis tonggang todi, kaki mabuk dan betina, kaki judi, Islam hanya pada kad pengenalan, apakah maknanya itu semua??

29 July 2012

Tips Untuk Mencegah Kandungan Pada Blog Anda Dari Di "Copy Dan Paste"



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga OMG hackers..dah lama luqman tidak update..hari ni luqman nak kongsi sikit cara nak mencegah orang copy blog kita dengan sewenang-wenang nya..

Memang sangat merimaskan jika seseorang menyalin blog korang, artikel, gambar dan jenis maklumat lain yang dimiliki oleh korang dan mengatakan bahawa mereka adalah pemilik asal kandungan tersebut. Sebenarnya jika mereka yang "Copy Dan Paste" ini ingin berkongsikan sesuatu maklumat, mereka boleh meluangkan sedikit masa dengan membaca posting di blog lain dan menulis posting baru dengan menggunakan pemahaman mereka tentang topik tersebut, tetapi mereka MALAS UNTUK MEMBACA, MALAS UNTUK MEMAHAMI dan lebih teruk MALAS UNTUK MENAIP. Hack ini dicipta oleh Dynamicdrive yang juga dalam bentuk Javascript...


1.) Disable Right Click:

Ini adalah langkah bagi mematikan fungsi right click pada blog korang...Fungsi ini terdapat 2 pilihan. Samaada hendak memunculkan paparan kotak mesej atau tanpa kotak mesej. Kalau korang klik kanan pada halaman web atau blog korang, sebuah mesej akan muncul di skrin mengatakan "Funtion Disabled!". Jika korang ingin menukarkan mesej anda tersendiri seperti "Otak kau!. Ko ingat ko pandai, senang2 je nak copy paste!. WTFCUK!" atau sesuatu seperti itu, tukar pada "Funtion Disabled!" teks dengan mesej korang sendiri dalam kod Javascript. Untuk membuatnya hanya salin kod dibawah :

Paparan kotak Mesej:

//By Maximus (maximus@nsimail.com) w/ mods by DynamicDrive
//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com
var message="Function Disabled!";
///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}
function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}
if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}
document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")
// -->
</script>
 Tanpa Kotak Mesej:

<script language=JavaScript>
<!--
//Disable right click script III- By Renigade (renigade@mediaone.net)
//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com
var message="";
///////////////////////////////////
function clickIE() {if (document.all) {(message);return false;}}
function clickNS(e) {if
(document.layers||(document.getElementById&&!document.all)) {
if (e.which==2||e.which==3) {(message);return false;}}}
if (document.layers)
{document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS;}
else{document.onmouseup=clickNS;document.oncontextmenu=clickIE;}
document.oncontextmenu=new Function("return false")
// -->
</script>

 2.) Disable Highlight Text:
Kalau koramg tak suka fungsi mematikan right click, korang bolehlah menggunakan fungsi bagi mematikan highlight text pada blog korang. Cara ini mungkin lebih berkesan untuk mengelakkan kandungan blog korang dari disalin. Korang hanya perlu salin kod dibawah :


<script type="text/javascript">
/***********************************************
* Disable select-text script- © Dynamic Drive (www.dynamicdrive.com)
* This notice MUST stay intact for legal use
* Visit http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/
//form tags to omit in NS6+:
var omitformtags=["input", "textarea", "select"]
omitformtags=omitformtags.join("|")
function disableselect(e){
if (omitformtags.indexOf(e.target.tagName.toLowerCase())==-1)
return false
}
function reEnable(){
return true
}
if (typeof document.onselectstart!="undefined")
document.onselectstart=new Function ("return false")
else{
document.onmousedown=disableselect
document.onmouseup=reEnable
}
</script>
 3.) Disable Selection Text:


Cara yang ketiga ini pula mematikan fungsi selection teks pada keseluruhan blog korang. Fungsi ini akan membuatkan icon mouse korang sentiasa menunjukkan arrow dan sekaligus mematikan juga fungsi highlight pada blog korang...



<script type="text/javascript">
/***********************************************
* Disable Text Selection script- © Dynamic Drive DHTML code library (www.dynamicdrive.com)
* This notice MUST stay intact for legal use
* Visit Dynamic Drive at http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/
function disableSelection(target){
if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route
target.onselectstart=function(){return false}
else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route
target.style.MozUserSelect="none"
else //All other route (ie: Opera)
target.onmousedown=function(){return false}
target.style.cursor = "default"
}
//Sample usages
//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body
//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"
</script>
<script type="text/javascript">
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
</script> 

Cara Untuk Memasangkan Javascript Tersebut :


1.) Pergi pada layout dan pilih pada Add a Gadget:

2.) Pilih pula pada HTML/Javascript:

3.) Copy dan paste sahaja salah satu javascript di atas dan tekan butang Save...


Walhal dengan penggunaan javascript ini juga tidak menjamin kandungan di blog korang terselamat dari "pencuri" di luar kerana kini cara ini boleh diatasi bagi sesetengah yang celik IT. Oleh itu sebaik2nya kita sentiasa mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini bak kata perpatah "prevention is better than cure"...

Sumber dari jiwang.ws ..

P/S:mr.hac aq saran guna javascript di atas..





27 July 2012

Asphalt 7: Heat v1.0.0 Offline APK/SD Data


Saya kemaskini satu lagi permainan untuk anda hari ini sebelum saya pulang ke Ipoh untuk berbuka di sana. Siapa yang tidak kenal dengan permainan yang popular dari Gameloft ini, Asphalt 7? Err.. sebenarnya saya sendiri pun baru mengenali siri Asphalt ini dari versi 6. Haha..

Permainan ini bagi saya sangat menarik. Sepadanlah dengan harganya. Apa yang buat saya teruja bukan saja dari kualiti kepermainannya (gaming experience), tetapi juga dari segi kualiti grafik yang dibuat dengan teliti.
Anda bolehlah teliti pula gambar-gambar berikut:




Kesemua fail yang anda perlukan ada di dalam folder Minus.com yang boleh anda muat turun melalui pautan di bawah:

Asphalt 7 Heat v1.0.0

Jika sebelum ini anda pernah memasang Asphalt versi terdahulu, sila nyah-pasang ia (uninstall) keseluruhannya iaitu APK, OBB dan SD Data. Kemudian, pasangkan fail APK yang baharu. Salin dan tampal fail OBB ke dalam direktori sdcard/Android/Obb/ dan ekstrak fail A7 v1.0.0 TB .rar ke dalam folder Titanium Backup. Buka Titanium Backup dan pilih 'Restore Data'. Setelah itu jalankan permainan dan tunggu sehingga paparan Asphalt 7 muncul.

Jika ia tertutup selepas anda jalankan buat pertama kali, sila pastikan fail obb berada dalam folder yang sepatutnya iaitu (sdcard/Android/obb/com.gameloft.android.ANMP.GloftA7HM). Jika ia tiada di dalam folder tersebut, maka anda cuma perlu salin ia kembali dan jalankan semula Asphalt 7. Naaahhh.. mari kita berlumba!


Via: APK Mania

The Amazing Spiderman v1.1.4 Offline APK/SD Data


Baru beberapa hari yang lepas saya berikan permainan ini, tetapi ia membawa beberapa masalah sehingga gagal dimainkan. Jadi saya tunggu dan kini saya dapat berikan kepada anda versi yang tiada masalah untuk bermain secara luar talian (offline).

Berikut beberapa paparan skrin yang sempat saya ambil:


















Agak 'beberapa' jugak la kan? Haha.. Anda boleh muat turun kesemua fail yang diperlukan untuk memasang permainan ini melalui pautan di bawah:

The Amazing Spiderman v1.1.4 [Offline] APK/SD Data

Terdapat kaedah pemasangan di dalam fail .rar tersebut. Silalah mencuba, selamat berbuka. Eh? Zohor pun belum..


Via: APK Mania

26 July 2012

Mari Uji Boot to Gecko Pada Ubuntu/Linux


Kebanyakan dari kita sudah cukup arif dengan sistem operasi untuk telefon bimbit pintar yang digelar dengan nama Android. Ia dibangunkan dengan pesat oleh Google dengan memasukkan kesemua 'goodness' yang dibawa oleh Google seperti pelayar web Google Chrome, Google Play Store, Google Play Music dan sebagainya.

Namun adakah dari 'kebanyakan kita' itu tahu atau kenal dengan sistem operasi telefon bimbit pintar yang dicipta oleh Mozilla, dengan kod nama Boot to Gecko atau ringkasnya b2g? B2g sememangnya belum dirilis ke dalam telefon bimbit pintar yang baru di pasaran, kerana ia masih lagi dibangunkan dengan pesat oleh Mozilla. Membawakan konsep Open Web dan kepenggunaan HTML5, ia bakal 'meletup' dalam pasaran. Anda boleh tonton video demo b2g di bawah:



Meskipun masih belum dirilis secara rasmi, namun anda boleh menguji cuba ia melalui sistem operasi Ubuntu anda! Mari kita telusuri kaedahnya.

1. Muat turun terlebih dahulu fail sistem operasi b2g melalui pautan ini.
Fail yang saya pilih ialah 'b2g-17.0a1.en-US.linux-i686.tar.bz2'.

2. Apabila selesai muat turun, ekstrak fail tersebut dan anda akan mendapati folder 'b2g' muncul.

3. Buka Terminal, gunakan baris perintah berikut untuk memasang Gaia, sebuah emulator untuk b2g:
git clone git://github.com/mozilla-b2g/gaia 
make -C gaia profile
4. Pada waktu ini anda perlu bersabar, kerana ia berjalan dengan sangat agak lama. Tapi kesabaran anda berbaloi apabila ia telah selesai. Jadi sila jalankan perintah di bawah untuk membuka b2g:
direktori/ke/folder b2g/b2g -profile gaia/profile
Jadi ini ialah baris perintah yang saya gunakan:
Downloads/b2g/b2g -profile gaia/profile
 5. Selesai! Mari lihat beberapa paparan skrin yang telah saya ambil semasa menjalankan b2g pada elementary OS Luna:




25 July 2012

ML.MY - Domain Percuma Malaysia + Perlindungan Cloudflare


Saya terjumpa dengan laman ml.my ini secara kebetulan (tak ingat bagaimana). Pada mulanya, saya tidak menjangka akan ada servis seperti ini. Namun, setelah cuba mendaftar, saya akhirnya percaya. Tahukah anda, ada servis domain Malaysia yang diberikan secara percuma? Ya, itulah dia ML.MY.



Kepada pemilik laman ini, jangan marah ya kalau saya katakan pada mulanya saya rasa rasa hendak ketawa melihat kepada reka bentuk laman ini yang kelihatan semacam kurang meyakinkan. Tampak seperti 'sangat percuma'. Saya rasa seperti ia tidak akan dapat 'bertahan lama', mungkin dalam dua atau tiga tahun lagi apakah ia masih ada? Tetapi selaku seorang rakyat Malaysia, saya bertindak mendaftar untuk mencuba.

Masuk saja ke dalam bahagian Control Panelnya, ia kelihatan ringkas, dan mudah difahami. Bagus! Satu permulaan yang baik untuk mereka yang telah mendaftar. Kemudian saya tinjau pula ke bahagian-bahagian yang lain. Juga sama, ringkas dan tidak memeningkan kepala. Senang cerita saya hendak cuba mendaftar satu domain, namun di situlah saya terhenti. Sememangnya satu akaun diberikan hanya SATU domain yang percuma. Jika anda mahu domain lain? Daftar lain la!

Baiklah. Komen saya tidak banyak. Cuma kalau boleh, pemilik laman ml.my ini tambahlah bilangan domain yang boleh didaftarkan, paling kurang pun 3 domain. Seperkara lagi, reka bentuk laman itu seboleh-bolehnya jangan buat tampak 'biasa' seperti blog saya ini. Buat ia tampak profesional kerana anda juga menawarkan domain yang berbayar bukan? Apa yang bagusnya ia mempunyai perlindungan dari Cloudflare. Hmm.. boleh tahan.

Ok lah! Cukuplah sampai di sini ngomelan saya. Dah lama tak menulis beginilah jadinya! Jika anda berminat, jangan lupa layari ML.MY sekarang.

Saya sudah mendaftarkan Jangan Tutup Lampu dengan menggunakan domain ini (biarpun tak tulis apapun lagi!). Anda bila pula?

OsemSpace : Web Hosting Yang Awesome


OsemSpace - Sebuah laman yang menyediakan perkhidmatan web hosting dan pendaftaran domain. Apa yang menjadikan ia berbeza dan 'awesome'?

OsemSpace menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Shared Hosting, VPS, Dedicated Server SSL Cert, Domain Registration dan sebagainya. Mereka telah bekerjasama dengan beberapa syarikat besar yang memberikan perkhidmatan terus melalui pelayan tanpa perlu klien melakukannya sendiri seperti Cloudflare, GlobalSign dan beberapa nama lain.


"Paling laris setakat ini adalah SSL Cert serendah RM35 setahun sahaja dan domain TLD .info RM20/tahun dan juga pakej hosting yang boleh dibayar secara bulanan." Kata Mr.Osem, selaku pengasasnya.

Quote dari e-mel beliau kepada saya:
Use this promocode (4VU87COXWB) to get 15% off for ANY web-hosting plan.. Valid untill 31/07/2012.
Terms and Conditions are applied:
- Available just only for YEARLY price.
- Available for any Web-Hosting plan.
- Free domain for Business Web Hosting plan (.com, .net, .biz, .org.)
Apa yang 'awesome'? Ia awesome kerana menawarkan pakej hosting yang murah berbanding plan hosting dari laman terkenal yang lain, dan juga kerjasama mega dengan syarikat terkenal dunia menjadikan ia kukuh meskipun baru bertapak sejak Januari lalu.

Jangan berlengah lagi. Buat anda yang mahu mencuba, silakan ke OsemSpace - Complete Web Solution sekarang.

Mr.Hac : Mr.Osem, takde saguhati ke, cenderamata ke, gula-gula ke untuk entri ni?

elementary OS Luna + Android Jelly Bean Style


Anda pernah melihat Android Jelly Bean beraksi pada telefon bimbit pintar? Sememangnya style. Tetapi bagaimana pula jika elementary OS Luna beraksi dengan tema Jelly Bean? Begitulah yang anda boleh lihat pada paparan skrin di bawah
elementary OS Luna

Menu Slingshot semakin stabil

Pelayar web Google Chrome menjadi pilihan pelayar web default

Apa yang saya lakukan cuma menggunakan wallpaper Android Jelly Bean untuk paparan desktop dan juga tema Jelly Bean untuk Plank (dock).

Anda boleh muat turun kedua-dua fail tersebut pada pautan berikut:


Kemudian, pasangkan appearance.plug untuk membantu anda menukar tema dan wallpaper:
sudo apt-get install switchboard-plug-appearance
Beginilah bagaimana ia kelihatan pada elementary OS Luna:



Untuk menukar wallpaper, apa yang anda perlu lakukan ialah salin kesemua wallpaper yang telah anda muat turun, kemudian buka Files dengan cara 'New Window as Administrator', pergi ke direktori usr/share/backgrounds dan tampal (paste) wallpaper tersebut di situ. Cara ini lebih mudah untuk anda jika anda pemula (beginner) dalam menggunakan sistem operasi Linux.

Setelah itu, ekstrak folder tema Jelly Bean untuk Plank dan salin tampal ia ke dalam direktori usr/share/plank/themes. Untuk menukar wallpaper dan tema Plank, anda cuma perlu gunakan Switchboard -> Appearance (seperti gambar di atas).

Kredit : Eaters Updates

24 July 2012

The Amazing Spiderman v1.1.4 APK


Permainan The Amazing Spiderman telah dikemaskini kepada versi 1.1.4, membawakan pembaikan kepada bugs. Tiada pembaharuan baharu yang dapat dilihat dari segi reka bentuk dan kepermainan. Mungkin cuma isu-isu kecil sahaja yang diselesaikan.



Jika anda masih belum mempunyai fail SD Data untuk permainan ini, anda boleh muat turunnya pada entri yang lepas, untuk versi sebelumnya, di sini. Untuk memuat turun fail apk bagi versi terbaru ini, anda boleh dapatkannya di Mydin yang berhampiran SINI.

Panduan pemasangan adalah sama seperti versi sebelumnya. Silalah mencuba dan selamat berpuasa semua! Olleeeyyy!

Kredit : SnappzMarket

Edit (24/7/2012) :

Baru pagi tadi saya cuba permainan ini, tiada masalah. Rupa-rupanya pada waktu itu saya masih belum tutup sambungan WiFi. Jadi apabila saya mencubanya semula, habis dipadamnya SD Data. Terpaksa saya bermain semula akibat 'ter'padam data yang disimpan pada Titanium Backup. Jadi pada mereka yang inginkan panduan untuk versi terbaru, anda boleh cuba layari laman ini : APK Mania

The Dark Knight Rises v1.0.6 APK/SD Data


Belum pun filemnya rasmi ditayangkan di Malaysia, Gameloft memang betul-betul pantas membuat kerja-kerja mereka. The Dark Knight Rises, filem epik ketiga Batman dari siri trilogi sadis yang diarahkan oleh Christopher Nolan, mengisahkan mengenai... ada sesiapa yang tak kenal dengan Batman lagi ke?


Pada asalnya saya enggan mencuba permainan ini meskipun teruja kerana ia dikatakan tidak serasi (compatible) dengan peranti yang saya gunakan sekarang iaitu HTC One X. Tetapi hati saya mengatakan kalau mencuba pun tidak rugi, kerana biasalah, faham-faham sajalah, bukan saya bayar pun.. errr..

Jadi apa yang saya lakukan ialah dengan memuat turun fail apk The Dark Knight Rises di sini, kemudian saya muat turun pula fail Titanium Backup (untuk rooted device sahaja) di sini, dan setelah itu saya muat turun pula SD Data part 1, part 2, part 3 dan part 4.

Setelah itu, fail apk dipasang (tetapi tidak dilancarkan), fail Titanium Backup dikembalikan (restore - data only), fail-fail sdcard disimpankan di sdcard/Android /obb, dan setelah itu barulah permainan TDKR dilancarkan. Komen saya? Terbaik!

Untuk non-rooted device, anda boleh gunakan fail apk INI, dan fail sdcard pula adalah yang sama dengan rooted-device.




Terima kasih kepada APK MANIA.

Dead Trigger v1.10 APK/SD Data


Sekadar mahu berkongsi, selepas pengemaskinian dalam versi terbaru ini, permainan Dead Trigger telah dirilis secara percuma oleh MADFINGER Games. Sakit sungguh hati, sudah lah saya memang tak suka dengan warez, saya sentiasa beli aplikasi dan perisian, tahu-tahu diberi secara percuma pula. EH? Macam terbalik je! Keh keh keh..
Baiklah. Dalam versi terbaru Dead Trigger ini, anda akan dapat lihat pembaharuan yang berikut:
  • New weapons: Chain Saw, Lewis Machine Gun, Marine Engine with blades and American West Rifle
  • New gadget: Head-Flator X100 to inflate the heads of zombies to XXXL size!
  • New zombies: mutated mobsters or armoured SWAT members
  • New environments: underground car park or secret research base
  • Survival arena, that is tailor-made for massacre of hordes of zombies
  • Daily rewards
  • Casino: try your luck with a slot machine
  • Save game data with cloud backup
  • Support Adreno 205, including Sony Xperia Play
Pembaharuan yang paling penting dah tentulah apabila ia diberikan secara percuma! Entah kenapa MADFINGER Games teruja untuk 'mempercumakan' permainan ini, yang bagi saya agak baik dari segi rekabentuk grafik, jalan cerita dan tahap kepuasan kepermainan.

Jika anda mempunyai sambungan internet yang perlahan di rumah, dan enggan merisikokan telefon bimbit anda daripada kepanasan akibat memuat turun permainan yang mempunyai data yang besar, maka silakan memuat turun permainan ini melalui pautan di bawah:

1. APK File
2. SD Data /sdcard/Android/obb




Terima kasih kepada APK MANIA.