29 September 2012

Linux Deepin: Distro Linux Menawan Dari China.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Indah bukan rupa,harum bukan bunga,manis bukan gula,panas bukannya bara,cinta kan tetap cinta. Maaf,pendahuluan tiada kena mengena dengan penulisan kali ini. Hanya minat yang mendalam dengan lagu rock 90-an bawaan Damasutra. Lagu mengajak kita berfikir. Sedap juga bila didengari di celah-celah telinga.

Anda pengguna Linux? Anda pernah dengar Linux Deepin? Jika pernah pastinya entri kali ini tidak berguna kepada anda. Sebelum meneruskan sebarang penulisan selepas ini. Penulis ingin tekankan kepada pembaca bahawa penulis belum lagi mencuba Linux Deepin tapi penulis ingin menyampaikan sedikit ilmu supaya anda yang belum mencuba boleh mencuba. Jadi,sesamalah kita mencuba pada masa mendatang.

Linux Deepin ialah sebuah distro yang popular/famous/terkenal/terkemuka/terbaik yang berasal dari China. Jika dahulu hanya terdapat Bahasa Cina (Mandarin mungkin) sahaja. Tapi,selepas mendapat perhatian dari pengguna dunia khususnya pengguna luar daripada China. Pembangun telah memuatkan Bahasa Inggeris didalam distro ini. Ini yang penulis dapat daripada beberapa blog yang menceritakan tentang Linux Deepin ini. Sewaktu penulis menulis entri ini versi bagi distro Linux Deepin yang sudah dilepaskan adalah versi 12.06. Jadi penulis berasa lebih baik diceritakan tentang Linux Deepin versi 12.06.

Sistem yang digunakan ataupun persekitaran desktop (desktop enviroment) berdasarkan Gnome Shell. Setelah melakukan perubahan,maka terhasillah Deepin Gnome Shell.

Pada versi 12.06. Pembangun Linux Deepin telah menambah beberapa plugin pada distro buatan mereka seperti:-
  • 1. Hide Message Tray: As the name indicates, it can hide the Message Tray.
  • 2. Kimpanel: Enables users to search in Gnome Shell for applications, files or contacts.
  • 3. Panel Settings: Lets users decide where the panel should be (top/bottom) and whether it should autohide.

Penunjuk mesej dipertingkatkan. Seperti distro linux Pinguy OS,Xubuntu dan lain-lain. Penunjuk mesej ini bertujuan untuk memudahkan kita. Itulah Linux. Linux=Mudah.

Dan banyak lagi penambahbaikan pada versi terbaru ini. Linux Deepin juga mempunyai Deepin Music Player dan Deepin Media Player.

Deepin Music Player merupakan pemain muzik buatan Linux Deepin. Dengan antaramuka yang cantik dan ringkas pasti memberikan tekanan kepada anda untuk menggunakan versi yang terbaru ini. Sekali lihat dah serupa Windows 8. Begitu juga dengan Deepin Media Player. Penulis sendiri pun terasa untuk menggunakan distro dari China ini.


Jika anda kurang yakin atau mahukan lebih lagi tentang Linux Deepin 12.06 ni. Klik disini.

Linux Deepin juga mempunyai Software Center yang tersendiri bagi menggantikan Ubuntu Software Center boleh dimuat turun disini fail .deb Cubalah pada Ubuntu atau distro yang menyokong fail .deb

Tak sabar untuk menggunakan? Klik disini untuk muat turun distro Linux Deepin ini. Jika kurang yakin semuanya ada pada laman rasmi mereka. Selidik.

Adakah anda perasan dengan perubahan pada penulisan kali ini. Perkataan wa digantikan dengan penulis. Ini satu pembaharuan bagi memantapkan penulisan. Apa-apa pun selamat menelaah.

Sekian,Assalamualaikum.

NiceCopier: Alternatif Kepada TeraCopy.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sihat semua? Wa disini baik-baik belaka. Anda bosan menunggu sewaktu melakukan proses 'copy' dan 'cut'. Anda sukakan barang/perisian percuma? Atau anda seorang pencinta sumber terbuka? Mungkin juga anda tidak gemar menggunakan perisian cetak rompak. Dan anda tidak mahu keluarkan modal. Jika ini semua ada dalam minda anda. Mungkin perisian ini serasi dengan anda.
NiceCopier ialah sebuah perisian yang digunakan untuk melajukan/menambah kelajuan sewaktu melakukan proses penyalinan. Perisian ini adalah bersumber terbuka atau dalam erti kata lain perisian percuma di bawah lesen GPL mungkin.

Mari kita lihat ciri-ciri perisian NiceCopier.
1. Ringkas dan mudah untuk digunakan serta pengawalan yang baik bagi menggantikan proses penyalinan lalai daripada Windows.

2. Menyokong berhenti seketika/jeda (pause) dan melanjutkan kembali proses pengopian/penyalinan.

3. Melakukan proses penyalinan dalam satu tetingkap (window).

Antara tetingkap semasa proses penyalinan.



Apa yang perlu ditunggu lagi. Bersegeralah memuat turun perisian NiceCopier disini.

Sebelum itu layan lagu yang mengajak kita berfikir. Sweet Charity - Batu. 

28 September 2012

PrivitizeVPN - VPN Percuma Dari Team Piratebay?


OMG.. Piratebay rilis VPN?

Berita ini memang bukan salah di mata anda. Ia memang benar. Piratebay merilis VPN (versi PPTP CHAP v2 128-bit Encryption) yang berbentuk fail pemasang (.exe). Apa yang mengelirukan dan membuatkan saya bimbang ialah:

1. Adakah fail ini turut diselitkan dengan malware? Kalau menurut hasil imbasan dari Virus Total keputusan pengesanan ialah 4 / 43. Anda mahu mencuba untuk nilaikan sendiri?

2. Setelah saya selidik dan kaji serba-sedikit, PrivitizeVPN dari Piratebay ini adalah sama dengan Privitize VPN dari laman Privitize. Mana satu laman web rasmi? Laman web Privitize juga seperti 'tidak siap'. Kesangsian dan curiga tak dapat ditangkis dan ditapis lagi. Ceh..



Komen saya? Kalau saya jadi anda, lebih baik saya gunakan alternatif lain yang lebih baik seperti FreeUploads VPN. Kenapa privasi dan keselamatan data itu penting? Anda cuba tonton video di bawah sehingga habis. Sendiri mau ingat aaa..

Rayman Jungle Run 1.1.8 APK


Rayman : Permainan ini sudah lama popular sejak zaman Nokia yang menggunakan sistem operasi Symbian. Kini masuk tahun 2012 kita melihat Rayman sudah 'terbang' masuk ke dalam dunia Android.


Kalau ikut pengalaman saya sendiri sepanjang memainkannya, memang 'wow!'. Permainan ini sangat 'smooth', tanpa perlu paksaan dan kerja keras untuk CPU. Banyak cabaran yang boleh anda tempuh sendiri seperti Jump, Fly, Wall Run dan juga Punch. Tapi anda perlu ingat, Rayman bergerak dengan begitu pantas, jadi anda perlu berfikir dengan pantas juga. Kalau memori RAM dalam otak anda sudah tepu atau sudah mampat digunakan, eloklah pass permainan ini kepada adik anda. Ha ha.. jyeah..

Muat Turun :




'Hack' Glu Mobile Credits (Cheat)


Salam.

Saya bukanlah seorang peminat permainan yang dibikin oleh Glu. Ini adalah kerana syarikat ini tampaknya seakan gemar membuat permainan, kemudian dalam setiap permainan ada 'in-app purchase', dan setiap permainan itu juga seperti 'tidak habis' dibangunkan. Tetapi meskipun begitu, ada antara permainannya yang menghiburkan, seperti Frontline Commando, Gears & Guts, Blood & Glory dan beberapa contoh lain.

Oleh kerana itu, saya mencari cara untuk mendapatkan Glu Credits secara percuma, kerana dengan menggunakan Glu Credits inilah anda akan dapat membeli atau menaik taraf apa jua dalam permainan anda itu. Kaedahnya mudah, cuba tonton dahulu video di bawah:


Anda boleh muat turun fail yang diperlukan seperti mana dalam video melalui pautan di bawah (Pilih salah satu):



P/S : Disebabkan video dah di-setkan kepada private, maka terpaksalah saya tuliskan tutorial (tengah malas ni. Sebab tu 'terpaksa'..)

1. Anda cuma perlu buat satu folder dalam direktori sdcard/Android/data dengan nama com.glu.android.gwallet

2. Di dalamnya buat satu lagi folder dengan nama files.

3. Ekstrak kandungan gwallet.rar ke dalam folder files. Ini bererti ---> sdcard/Android/data/com.glu.android.gwallet/files/.gwallet

4. Siap!

5. Sekarang cuba buka mana-mana permainan dari Glu. Kalau Glu Credits anda bertambah bererti cheat kita sudah berjaya. Heheh..


Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa

Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Aku lihat layu dalam Melayu - Malique

Ubuntu 12.10 Beta 2 Dilepaskan


Distro Linux kegemaran ramai iaitu Ubuntu telah pun melepaskan versi 12.10 Beta 2 semalam. Berikut adalah video dari OMG! Ubuntu! yang menunjukkan pembaharuan di bawa dalam versi terbaru ini:


Antara pembaharuan yang boleh dilihat dengan jelas ialah penambahbaikan terhadap antaramuka Unity dengan versi terbaru iaitu 6.6.0. Selain animasi pada Unity, 2 Lens terbaru ditambah iaitu Amazon Shopping Lens dan juga Gwibber (Social Lens).

Untuk melihat dengan lebih jelas, anda boleh cuba sendiri dengan memuat turun Ubuntu 12.10 Beta 2. Anda disarankan untuk mencubanya pada virtual machine memandangkan versi ini masih belum cukup stabil untuk kegunaan harian.


Muat Turun : Ubuntu 12.10 Beta 2

26 September 2012

Beatbox 0.6 : Penambahan Fungsi dan Perubahan Visual


Saya merupakan peminat pemain muzik Beatbox. Ia merupakan pemain muzik lalai (default) untuk elementary OS Luna pada asalnya, namun atas sebab-sebab tertentu pembangun Beatbox memutuskan untuk 'berpisah' dari eos, dan atas sebab itu juga muncul Noise sebagai fork kepada Beatbox.

Apapun, pembangunan Beatbox tetap diteruskan, dan saya lebih gemarkan Beatbox digunakan pada elementary OS Luna atas sebab fungsi dan visualisasi yang telah ditambah serta diperbaiki. Dalam versi 0.6, Beatbox menampilkan antaramuka baru yang menarik.

Anda boleh bandingkan perbezaan yang dapat dilihat pada Beatbox dan Noise:

Beatbox 0.6

Noise 1.0

Jika anda perhatikan pada paparan skrin di atas, apa yang membuat saya sukakan Beatbox ialah jika anda disambungkan kepada talian internet, ia akan mendapatkan lirik bagi setiap lagu yang kita mainkan. Ciri ini amat memudahkan! Tidak perlu 'Google' lagi bagi mencari sesuatu lirik untuk lagu yang disukai.

Ya, mungkin ada antara album yang tidak berjaya diperoleh liriknya, tetapi untuk album popular major yang lain kesemua lirik cuma menunggu anda untuk tekan butang 'Play' dan butang berlogo huruf 'i' sahaja (lihat paparan skrin di bawah pada bahagian yang di-highlight). Selain itu, sedikit info mengenai artis juga terpapar apabila anda memainkan lagunya:


Ah, cakap banyak tak guna kalau anda tak mencuba! Saya berehat bagi PPA, biar anda ambil alih (macam lirik lagu Malique pula) :

sudo add-apt-repository ppa:sgringwe/beatbox 
sudo apt-get update 
sudo apt-get install beatbox

25 September 2012

Dead Space 1.1.39 Offline APK/SD Data


Android sememangnya mempunyai banyak permainan yang menarik seperti Dead Trigger, Shadowgun, Riptide GP, Shine Runner, Nova 3 dan sebagainya lagi. Pilihan-pilihan yang ada membuatkan kita rasa seperti tidak cukup jumlah memori yang diberikan.

Jika dahulu zaman telefon canggih Nokia menguasai pasaran di Malaysia, 8GB dirasakan sudah cukup gah, cukup mewah. Sekarang kalau dihulur telefon bimbit dengan memori 8GB, garu kepala dibuatnya kerana sudah jangka pasti tidak dapat memenuhi cita rasa diri.


Hari ini saya menulis lagi mengenai permainan yang saya sedang mainkan. Bosan kalau main seorang, jadi saya putuskan untuk pos di sini. Dead Space rilisan dari syarikat permainan yang sudah kukuh iaitu EA. Pertama kali memainkannya membuat saya terperanjat besar. Ya, ia penuh dengan kejutan yang menakutkan.


Kalau anda jenis mudah terkejut dan mempunyai penyakit lemah jantung, anda disarankan duduk diam-diam di tepi dinding sambil lihat adik anda memainkannya. Tapi kalau anda sudi ambil risiko, nak kan lebih mencabar ikut saranan dari permainan ini iaitu gunakan headphone berdefinisi tinggi untuk merasai suasana seram-sejuk-dingin-beku.

Download APK:

1. Dead Space 1.1.39 Online APK
2. Dead Space 1.1.39 Offline APK

Download SD Data:

com.ea.deadspace_row (/sdcard/Android/data)

Anda perlu memasang fail apk 'online' terlebih dahulu, jalankan permainan ini secara dalam talian (untuk permulaan). Kemudian anda boleh tutup WiFi atau data mobil, dan seterusnya pasang apk versi 'offline' pula. Kerja anda sudah dipermudahkan kerana saya kongsikan sekali fail SD Data jadi anda tidak perlu muat turun lagi.

Kamen Rider Wizard Episode 4 Download



Apakah cabaran baru yang bakal dihadapi oleh Kamen Rider Wizard dalam episod kali ini? Mari kita sama-sama saksikan.

Download : Kamen Rider Wizard Episode 4 SD


Mr.Hac/Dr.Freddy : Pantang kalah, Bangun bila jatuh, Kalau patah sayap bertongkatkan paruh.


Thanks to Overtime!

24 September 2012

Menggunakan VPN FreeUploads Pada Linux


Saya merupakan peminat nombor satu OpenVPN. Mana-mana servis VPN yang menggunakan protokol ini akan saya cari, saya tangkap, saya pancung, saya... eh.. apa hal jadi macam Pak Engku 'Perangi Sihir' pulak ni..

Ok. Ini termasuklah servis VPN dari laman FreeUploads (freeuploads.fr). Servisnya menggunakan kaedah OpenVPN dan untuk pelan percuma, anda akan diberikan dengan IP dari Perancis. Pada waktu dan ketika ini, saya sedang menggunakan VPN ini pada sistem operasi Linux, iaitu elementary OS Luna. Saya suka dengan servis ini kerana selain percuma, ia tidak mengehadkan jumlah bandwidth yang anda boleh gunakan (unlimited).

Berikut adalah paparan dari laman What Is My IP Address?, yang saya gunakan untuk memeriksa status alamat IP setelah sambungan internet berjaya dihubungkan kepada servis ini:


Kaedah menggunakannya pula tidaklah susah. Saya pernah menulis entri mengenai cara menggunakan OpenVPN pada Linux (khususnya Ubuntu serta derivatifnya), dan meskipun entri itu telah lama, tetapi ia masih lagi berfungsi seperti mana lazimnya.

Anda boleh ikuti kaedah menggunakan OpenVPN pada pautan ini : OpenVPN GUI Untuk Ubuntu : Kaedah Membuat Tetapan

Secara amnya, anda perlu mendaftar di FreeUploads dan muat turun fail yang diperlukan untuk tetapan OpenVPN.


Langkah seterusnya adalah sama seperti tutorial yang telah saya tuliskan. Setelah anda berjaya disambungkan/dihubungkan kepada servis ini, anda boleh semak alamat IP anda di Apakah IP Saya?.



Happy surfing!

Premium Link Generators (Rapidshare, Turbobit, Uploading)


Salam.

Anda mempunyai jalur lebar berkelajuan tinggi tetapi apabila berdepan dengan laman-laman perfongsian fail seperti Rapidshare, Turbobit, Uploading, Oron, 4shared, dan seumpama dengannya, anda 'ketar lutut' dek kelajuan yang dihadkan kerana anda tidak mempunyai akaun premium.

Sebut mengenai premium, saya memang suka muat turun. Tetapi sama seperti orang lain, saya jenis suka 'konar' ikut haluan lain. Kalau Rapidshare ada pelan percuma dan premium (berbayar), saya suka lalu ikut tengah. Berbayar tidak, 'tak berbayar' pun tidak. Sebabnya saya masih muat turun secara percuma, tetapi kelajuan muat turun seperti akaun berbayar lagaknya, bahkan boleh kata lebih laju. Heheh..

Perkara seperti ini, kalau tahu 'buat sendiri', tak perlu anda langgan servis berbayar pun tidak mengapa. Terpulang kepada cita rasa individu, kalau anda suka cara saya, silakan mencuba. Kalau anda lebih suka membeli akaun premium, itu adalah hak anda, wang anda, tiada siapa yang paksa.

Gambar di bawah adalah contoh, kalau untuk pemula, harap-harap dapat memberikan gambaran sedikit-sebanyak akan kaedahnya, kerana semua lebih kurang serupa belaka.

Alamat pautan dimasukkan ke dalam kotak leecher

Fail sedang dipindah muat ke dalam pelayan leecher

Fail siap dipindah muat dan sedia dimuat turun

Fail sudah pun berjaya dimuat turun


Di mana hendak cari Premium Link Generator? Ya, seperti entri-entri sebelumnya, jangan bimbang, saya akan berikan pautan yang diperlukan. Anda cuma perlu klik sahaja pautan di bawah dan nikmati kadar kelajuan maksima! Biasa lah, siapa yang suka speed trap!

Premium Link Generators | Premiumleech.com

Sedikit tips, untuk Rapidshare, saya selalu menggunakan laman berikut:

Leechplanet

Leechparty

Leechmafia

Untuk Turbobit, saya gunakan laman ini pula:

GetRipz.pl

Sedang memuat turun dengan gembira. Haha..


23 September 2012

SecurityKISS Tunnel Jadeite 3 Bulan Free


Assalamualaikum para pelawat OMG!!hackers..dengar ja SecurityKiss ingat VPN free..Vpn securityKiss ada yang free ada yang premium...

Apa ciri-ciri securityKiss premuim:


With SecurityKISS Tunnel Jadeite, you can:
#Watch US/UK TV abroad..
#Bypass censorship..
#Unblock Skype..
#Access online games..
#Hide your IP address..
#Protect your identity..
#Secure WiFi connection..
#Stay safe during travel..

Macam mana SecurityKISS berfungsi..




Giveaway:
Mula kita pergi ke laman promosi..tapi kena register dulu baru dapat tengok link..HERE

P/S:This giveaway will end Sept 23rd 2012 at 24:00 GMT(cepat-cepat la,sebelum anda menyesal)

22 September 2012

IDrive Sync: Cloud Storage.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya sudah lama wa tinggalkan laman ini dan tak dikemaskini dengan entri baharu. (cakap seperti laman kepunyaan sendiri). Tapi hari ini wa tampil memperkenalkan kepada anda semua satu lagi cloud storage atau media penyimpanan atas awan. Sebab apa atas awan? Kerana anda tidak memerlukan ciri-ciri fizikal seperti Universal Serial Bus (bukan bas sekolah) tetapi USB seperti thumdrive,external hard disk. Fail anda takkan hilang apabila anda menyimpan pada cloud storage kerana segala fail anda disimpan di awan. Awan takkan hilang biarpun hujan dan terik matahari. Masakan pula,fail anda boleh hilang apabila anda simpan pada awan. Hujan,panas,sejuk mahupun bunga. Itulah empat musim dimana menunjukkan awan sentiasa ada. Itulah gambaran mengenai cloud storage.



IDrive Sync merupakan satu laman yang membekalkan servis penyimpanan fail atas awan atau di alam maya. Tujuannya adalah untuk membantu anda apabila anda berada dalam masalah. Tiada apa yang dapat dirungkai kerana segalanya sudah terdapat pada laman IDrive Sync itu sendiri. Bagi anda pengguna internet berkelajuan tinggi mungkin tiada masalah dengan IDrive Sync ini kerana IDrive Sync tak menyokong Download Accelerator seperti Internet Download Manager. Makna kata,anda memuat turun masih mendapat kelajuan juga. Tapi jika anda pengguna internet berkelajuan rendah. Mungkin sukar bagi anda untuk memuat turun fail yang anda simpan pada cloud storage kepunyaan IDrive Sync ini. Tak support resume dan hanya satu mirror/channel apabila menggunakan IDM. Huh! penuh cabaran. Tapi yang pasti server mereka adalah stabil. Tanpa membuang masa eloklah rasanya kita pergi kepada ciri-ciri media penyimpanan awan IDrive Sync. Sebelum melangkah ke ciri-ciri servis mereka anda diberikan 10GB media penyimpanan awan tapi Limited Time atau masa yang terhad. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendaftar secepat mungkin sebelum terlambat. Harap maklum.

Sebelum itu,ciri-ciri ini tidak akan dirungkai dengan lebih dalam. Anda perlu kunjungi laman mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Klik disini untuk features dan disini untuk Faq (frequently ask question) Segalanya ada pada pautan ini.

Ciri pertama. Integrasi (integration/intergrate) atau berkompromi dengan Facebook. Nak cepat menggunakan servis mereka inilah jalannya.

Ciri kedua. Menyokong banyak sistem operasi. Windows dan Mac tapi bukan Linux.

Ciri ketiga. Sekuriti atau keselamatan fail dijaga dengan baik. Pada tahap berapa sekuriti itu? Tidak dimaklumkan pula. Mungkin 128-bit,256-bit ataupun 512-bit.

Ciri keempat. Auto sync. Fail yang dimasukkan ke dalam folder IDrive Sync akan terus di muat naik ke laman mereka. Muat turun perisian mereka pada laman mereka untuk memudahkan urusan anda. Lihat perbezaan pada gambar. Yang berwarna biru proses muat naik sedang berlaku. Yang berwarna hijau pula,telah selesai proses muat naik ke awan.

Selamat mencuba. Kunjungi laman IDrive Sync disini.
Anda boleh mencuba memuat turun fail yang telah dimuat naik oleh wa sendiri disini.
Sebarang pembaharuan/penambahan ada diruangan komen. Sila rujuk.
Sekian,Assalamualaikum.

[ Tutorial ] Penyelesaian Masalah Graphic Card ATI


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Maaf saya nak guna bahasa ampa dan kami di sini,
harap tidak jadi masalah :)

Ampa semua apa khabar?
harap sihat2 na?
kami lama tak post kan?
tak sempat nak cari bahan dan post untuk ampa semua

Alhamdulillah, kami dah selesai bertarung ( peperiksaan ) akhir,
dan dapat cuti selama 1 bulan :)

Eh, lari teruk topik, hohoho

Entri kami kali ni tentang masalah graphic card ATI yang tak serasi dengan Windows Vista atau 7.
Memang kita download guna Windows Update, masalah selesai.
TETAPI, ha ada tetapinya.
Kita nak setting graphic tu high perfomence or high quality ka tak boleh dan " install " Control Panel ATI tu kadang2 tak boleh.

Program ni boleh guna pada Windows XP, Vista, 7 dan 8 ( kami ternampak dalam forum depa ada keluarkan topik pasal Windows 8 xD )

Jadi ini penyelesaiannya.
BTW, software ini hak milik DriverHeaven.

Mula2, muat-turun program ni
Mobility Modder 

Lepas tu sila download ini pula
MSXML 6.0 ( tujuan install benda ni supaya mod tool tu running dengan lancarnya haa )

Marah ke download lagi? hehehe
kami janji ni last download. 
Driver Heaven Downloads ( tutorial ini untuk " Graphic Card " ATI sahaja xD )

P/s : ampa download yang ATI tau, kami cadangkan yang latest :)

Ok, sekarang ampa duduk elok2 depan " lappy " tu,
ikut langkah2 ni.

Langkah 1
  1. Sila install MSXML 6.0. Sekejap saja install :)

Langkah 2
  1. Pastikan ampa tutup UAC ( User Account Control ) kemudian restart. Supaya mod tools ini berjalan dengan lancar. Tak tahu? Mari kami tunjukkan, 

Buka User Accounts, akan ada ni kan? klik yang kami tanda bulat tu ( eh bulat ka? -_- )

 Klik untuk kejelasan pemandangan xD

 P/s : ini screenshot untuk Windows 7 ( cewi boleh pakai Windows 7 kat laptop " old school " xD )

 Klik untuk kejelasan pemandangan xD

 Ini pula pada Windows Vista. Klik " Turn User Account Control on or off "


Kemudian akan ada macam ni kan?
Screenshot di bawah ini untuk Windows 7


Klik untuk kejelasan pemandangan xD

Tarik bar tu turun bawah sekali " Never notify " untuk Windows 7,

Jika Windows Vista pula, untick " Use User Account Contorl ( UAC ) to help protect your computer "


Klik untuk kejelasan pemandangan xD


Langkah 3

Ampa kena install yang ampa download tadi tu.
ATI Catalyst 8.12 < kami punya 64-bit, jangan silap download dan install. hehehe
Sudah saja dia extract, ampa tekan cancel. Kita nak file dia sahaja xD

Ini contohnya

 Klik untuk kejelasan pemandangan xD

P/s : keluar macam tu cancel saja :P ( jangan bebai kata penat2 tunggu -_- )


Langkah 4

  1. Install Mobility Modder tu, ( akan ada shortcut kat desktop ampa ), buka program tu.
  2. Sila cari driver yang dah extract tadi. Contoh kami punya " C:\ATI\SUPPORT\8-12_vista64_dd_ccc_wdm_enu_72276 ". 
  3. Kemudian tekan lah Modify tu. Tunggu sampai keluar countdown close. Jika cepat, cepat lah, jika lama, lama lah xD

Ini contoh screenshot kami xD

Klik untuk kejelasan pemandangan xD

 P/s : pastikan ampa punya tu sama macam kami tau. yang check2 tu.


Siap saja mod tu, kena folder driver yang dah diextract dan dimodkan tu.
klik Setup. Install macam biasa.

ADD : Jika naik warning tengah proses install tu just install sahaja, tiada masalah :) ( tak silap kami, ampa tekan pilihan kedua. sebab yang atas tu ignore kot. maaf kami lupa T.T )

JANGAN LUPA REBOOT TAU!!! dan Selamat main game dengan sedapnya xD

Ini contoh kami punya.


Klik untuk kejelasan pemandangan xD


Sebenarnya kami dah cuba kat Windows Vista, main game boleh cun sebab setting " High Perfomence ", teringin Windows 7 tu yang kami upgrade. Alhamdulillah, setting2 sikit kat BIOS berjaya upgrade ke Windows 7 Ultimate 64-bit ( kami pakai x64 sebab nanti nak upgrade ram xD ). Laptop kami HP Compaq nx6330. Ampa boleh pi check, " old school " punya, website rasmi HP mana ada driver untuk Windows 7, Vista ada, tapi jenis lain -_-

Ok lah, setakat di sini kami menaip,
InsyaAllah panjang umur, kita berjumpa lagi.
Selamat mencuba :)


P/s : sapa yang dah tau tu buat2 taktau na? xD

Sumber program di atas
Mobility Modder

Nota : Kami hanya penulis yang biasa, jika ada salah dan silap harap dimaafkan.


Saksikan perlumbaan di antara ATI dengan NVIDIA

 

 
 Peace :3

# ayah kami tegor post entri time2 ni xD

17 September 2012

Internet Dowload Manager 6.12 BETA Build 17 with Patch (Fix YouTube Error)



Salam semua...ok kali nie IDM mengeluarkan satu versi BETA yang saya rasa semua orang patut update walaupun BETA (saya pun tak suka barang-barang BETA nie. Tapi TERPAKSA..)

 Kenapa?

Screenshot sponsor by Husni Ahmad ^_^


Disebabkan error diatas yang menyebabkan kita kena update IDM ke versi yang terbaru. Kerana saya sudah membuat test pada version build 10 untuk youtube tidak support firefox dan chrome dan pada versi yang stable iaitu version build 15 tidak support pada chrome sahaja. Dan kini yang version beta build 17 telah memperbaiknya.

Lihat nie (Sumber) :-

What's new in version 6.12 Beta Build 17

(Released: Sep 14, 2012)
  • Fixed an erroneous interception of video from web-players in Google Chrome browser. After IDM update you will need to restart Google Chrome and agree with the installation of "IDM Integration" extension.


    Patch
    Dan lagi satu di dalam folder saya sertakan PATCH yang paling simple dan mudah pakai (HANYA SATU KLIK SAHAJA). Saya harap anda semua simpan la patch nie elok-elok sehingga la diberitahu supaya tukar kepada patch yang baru kelak. Sebab apa? Sebab lepas nie kalau ada update lagi dari IDM anda terus je direct tekan butang update tu. Then da abis install yang baru. Off kan IDM. Lepas tu klik PATCH.exe dan settel. On balik IDM tu dan anda boleh check kat Help > About IDM.

    Read More here about Internet Download Manager


Download Here



Download Patch Only Here

Patch|Mediafire

Note:-
if Mediafire link is dead..Please try another link 
Because Mediafire already connect with DMCA.  

If any problems please report to:
Facebook: Angelezo
Or leave a comment

Kamen Rider Wizard Episode 3 Download


Dalam episod kali ini kita dipertontonkan dengan kelincahan Kamen Rider Wizard, bersama cincin baru elemen cahaya.
Sumber


Muat Turun : Kamen Rider Wizard Episode 3 SD


Mr.Hac/Dr. Freddy : Belum khatam ngaji lagak mahir mahu tafsir. Duniaku haru-biru usah tipu duniamu juga begitu. Yang bertanjak berperang, yang berserban berdendang, yang bersongkok telanjang. 3 warna berserak, yang serumpun nak bergolak. Tanahku pijak berbau hanyir, munafik dijulang sampai ke akhir.

AntiCrash v3.6.1 with Serial Key


Salam semua...seperti biasalah sebagai pengepost software...saya tak kan share kalau software nie tak best...

Nama diberi adalah AntiCrash. Ni rupa dia :-




Kegunaan dia?



Seperti nama dialah anticrash...iainya dapat membaiki segala crash-crash program atau "hang" dan error yang sering muncul di pc anda dengan SATU KLIK. Ianya dapat membantu anda sehingga 95.8% dalam menangani masalah-masalah tersebut. Iainya juga dapat menangani Blue Screen Of Death (BSOD).


Dan yang menarik minat saya iainya jika ada program yang sedang dilanda masalah "hang" sedang crash. Anda boleh gunakan je tool nie. Maka masalah anda akan selesai.



Nie ada lah contoh Test AntiCrash (Program Tengah Hang)
 
 
 


Akhir kata dari saya SELAMAT MENCUBA.