29 November 2012

Crack Aplikasi Percubaan Stor Windows 8


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.. sebagai penulis baru di OMG! Hackers? saya ingin membuat tutorial tentang cara-cara pecahkan (crack) aplikasi percubaan (trial) dari stor windows 8. Jika ada kesilapan harap di tegur.

Mula-mula sekali, download fail yang diperlukan. Extract fail tersebut dan ikuti langkah ini:
Versi 1.4.2
1) Install "wscrack_32" atau "wscrack_64" bergantung kepada versi windows anda - x86 atau x64.
2) Install aplikasi percubaan dari stor.

3) Buka folder "wscrack_anycpu" dan jalankan fail "TokensExtractor.exe"
4) Klik pada butang "Brute Force tokens.dat"

5) Cari aplikasi tadi dan tekan butang "CrackIt!" (selalu berada dibawah sekali "............. (Trial)")

6) Aplikasi sudah jadi versi penuh.


7) Jalankan aplikasi dan lihat sama ada ia sudah di"unlocked".

P.S. Jalankan semua fail tersebut sebagai administrator dan bukan semua aplikasi ada versi percubaan, tetapi kebanyakannya ada.

Selamat mencuba..

Tutorial Aktifkan Adobe CS6 Master Collection via Patch


Salam semua... kali nie angelezo nak ajar macam mana nak patch kan segala software adobe cs6 hanya dengan satu klik sahaja.

Seperti yang sebelum2 ini.. ramai orang yang dah ajar tapi tu semua memerlukan banyak kerja untuk dilakukan seperti perlu bukak registry la, cmd la... lepas tu kena ada key untuk aktif kan dulu..dan key tu pun berbeza-beza bagi setiap software cthnya PS lain After FX lain Dreamweaver lain dan begitula seterusnya.

Ok kali nie anda hanya perlu download Adobe CS6 Master Collection di website Adobe
Sebenarnya software yang anda download dari website adobe tu nama dia Adobe Download Assistant. Anda jangan bimbang software nie boleh resume and pause. Maklumla file besar..kadang2 tenet putus kan?

Jika anda sudah ada mana-mana installer adobe cs6..dan ingin mengaktifkannya sahaja maka tidak perlulah anda download software Adobe Download Assistant nie.

Ok da lepas download yang trial punya atau sudah ada install.

Anda boleh la download Adobe CS6 Patch kat sini >> Patch CS6

Cara-caranya mudah sahaja

1st : Run as administrator
2nd : Tekan scan and activation. Seterusnya dia akan scan segala software adobe cs6 yang telah anda install dan automatic tick yang mana dia telah detect software adobe cs6 yang telah anda install dalam pc anda. Contoh seperti gambar di bawah. (Saya hanya install Photoshop dan Flash sahaja)
Lihat gambar di bawah

[Image: pFmru.png]

[Image: UJrdM.png]

3rd : Tekan Activate CS6 Product dan tunggu dia activekan produk-produk cs6 anda. Sehingga keluar pop up "Activation Complete" dan klik OK

[Image: f8Yqz.png]
[Image: fmQKR.png]

4th : Seterusnya tekan "Exit" dan Klik "Yes" untuk reboot

[Image: S0fyN.png]

Akhirnya Adobe CS6 anda telah pun selamat di aktifkan.

Selamat Mencuba.P/S Jika anda melayari OMG! Hackers? dengan Google Chrome sila disablekan dulu pop-up.

28 November 2012

Muat Turun Fail Torrent Menggunakan IDM


 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

 

Hai,selamat berkenalan saya penulis baru di OMG! Hackers? Anda boleh panggil saya Hakim. Hari ni saya nak buat tutorial cara dowload torrent guna IDM.

Korang pernah tak download file torrent? Mesti lambat kan? Sebab file torrent bergantung pada seeder dan peers. Jadi macam mana nak download file ne secara direct? Jom kita ikut tutorial ini yang Hakim buat.

Muat turun IDM terlebih dahulu:

Muat Turun (Klik Saya)

Kaedah yang pertama:


1.pergi kat www.zbigz.com

2.upload file torrent atau just copy link dowload torrent ke ruangan yang disediakan

3.pastu tekan dowload


Kaedah yang kedua

1. Download file torrent anda dari mana-mana laman web torrent.

2. Pergi ke http://torcache.net/
- Anda upload file torrent anda kat sini.
- Kemudian dia akan keluar direct link/URL.
- Copy URL yang keluar tadi tu.

ARP Spoofing Dengan Droidsheep


Address Resolution Protocol (ARP) Spoofing (atau Poisoning, Flooding, etc) adalah kaedah lama yang masih lagi berkesan digunakan pada zaman millenium ini. Penyerang memodifikasi laluan trafik untuk menjadikan mangsa menyangka penyerang adalah router. Tak faham? Untuk memudahkan bahasa kepada pemula, anda kelirukan laluan trafik internet mangsa anda dengan 'berlakon baik' seolah-olah anda adalah router-nya, dan dengan itu setiap data dari mangsa akan pasti melalui anda terlebih dahulu.



Dalam dunia Android, kita mungkin sudah sedia maklum mengenai FaceNiff. Anda boleh baca tulisan Janjangz mengenai aplikasi ini di sini - FaceNiff - Godam Facebook Pada Rangkaian Wi-Fi Yang Sama

Terdapat satu lagi aplikasi yang juga sudah lama bertapak iaitu Droidsheep.



Secara umumnya Droidsheep juga bertindak seperti FaceNiff dengan menukar laluan trafik internet yang aktif (spoof) kepada laluan maklumat di penyerang. Ia mampu membaca apa-apa data termasuk cookies, jadi mana-mana akaun yang terlibat dapat di-hijack.

Berikut adalah demo Droidsheep untuk pemahaman anda:


Pautan muat turun sudah 'diturunkan' (taken down) oleh pembangun aplikasi ini kerana katanya, kerajaan Jerman amat tegas terhadap aplikasi seperti ini. Tetapi disebabkan kod sumbernya disebarkan secara umum kepada semua orang, maka ada forumer dari XDA yang menyusun semula kod sumbernya dan menjadikan ia sebagai aplikasi.

Anda boleh muat turun dari laman forum XDA di sini - [APP]DroidSheep : ARP-Spoofing App for Android

27 November 2012

Microsoft Office 2013 Profesional Plus x86 (32 bit) and x64 (64 bit) with Tutorial Activate


 

Salam sekali lagi saya ucapkan kepada pembaca setia OMG Hackers...

Kini sudah hangat tentang Windows 8 dan ramai yang telah saya lihat telah memasang Win8 pada pc atau laptop masing2... Tapi..Win8 tak kan lengkap tanpa Microsoft Office... Kini saya ingin berkongsi Microsoft Office 2013 sekali dengan tutorial untuk aktifkannya...

Apa yang terbaru?

Apa yang saya lihat sendiri apabila saya dah install Office nie... saya nampak dari segi design x jauh berbeza cuma ada tambahan dari segi background...dan apa yang saya lihat ianya lebih kepada "cloud based" berbanding dengan versi yang lama...dan lagi satu apa yang saya perasan kini Office 2013 telah menyokong format  Office Open XML (OOXML). Untuk lihat lebih banyak features boleh la lihat di bawah nie :-

Features of Office 2013 include:

    Touch Mode along with touch enhancements.
    Flatter look of the Ribbon interface and subtle animations when typing or selecting (Word and Excel)
    Microsoft Outlook now has a new visualization for scheduled tasks
    New Start Experience
    New graphical options in Microsoft Word
    New alignment lines when moving objects
    Online picture support with content from Office.com, Bing.com and Flickr
    Resume Reading in Word and PowerPoint
    New slide designs, animations and transitions in PowerPoint 2013
    Support for Outlook.com and Hotmail.com in Outlook
    Support for Skype and Yammer
    Excel 2013 supports new model limits

Read more: http://sssl.rc.my/2012/11/microsoft-office-profesional-plus-x86.html#ixzz2DMfjIVCB

Features of Office 2013 include:

    Touch Mode along with touch enhancements.
    Flatter look of the Ribbon interface and subtle animations when typing or selecting (Word and Excel)
    Microsoft Outlook now has a new visualization for scheduled tasks
    New Start Experience
    New graphical options in Microsoft Word
    New alignment lines when moving objects
    Online picture support with content from Office.com, Bing.com and Flickr
    Resume Reading in Word and PowerPoint
    New slide designs, animations and transitions in PowerPoint 2013
    Support for Outlook.com and Hotmail.com in Outlook
    Support for Skype and Yammer
    Excel 2013 supports new model limits



*TIPS for Chrome user..Please disable popup.. Before download
Thank you.

Selamat mendownload
Features of Office 2013 include:

    Touch Mode along with touch enhancements.
    Flatter look of the Ribbon interface and subtle animations when typing or selecting (Word and Excel)
    Microsoft Outlook now has a new visualization for scheduled tasks
    New Start Experience
    New graphical options in Microsoft Word
    New alignment lines when moving objects
    Online picture support with content from Office.com, Bing.com and Flickr
    Resume Reading in Word and PowerPoint
    New slide designs, animations and transitions in PowerPoint 2013
    Support for Outlook.com and Hotmail.com in Outlook
    Support for Skype and Yammer
    Excel 2013 supports new model limits

Read more: http://sssl.rc.my/2012/11/microsoft-office-profesional-plus-x86.html#ixzz2DMfjIVCB
Features of Office 2013 include:

    Touch Mode along with touch enhancements.
    Flatter look of the Ribbon interface and subtle animations when typing or selecting (Word and Excel)
    Microsoft Outlook now has a new visualization for scheduled tasks
    New Start Experience
    New graphical options in Microsoft Word
    New alignment lines when moving objects
    Online picture support with content from Office.com, Bing.com and Flickr
    Resume Reading in Word and PowerPoint
    New slide designs, animations and transitions in PowerPoint 2013
    Support for Outlook.com and Hotmail.com in Outlook
    Support for Skype and Yammer
    Excel 2013 supports new model limits.

Read more: http://sssl.rc.my/2012/11/microsoft-office-profesional-plus-x86.html#ixzz2DMfaNZKA
Features of Office 2013 include:

    Touch Mode along with touch enhancements.
    Flatter look of the Ribbon interface and subtle animations when typing or selecting (Word and Excel)
    Microsoft Outlook now has a new visualization for scheduled tasks
    New Start Experience
    New graphical options in Microsoft Word
    New alignment lines when moving objects
    Online picture support with content from Office.com, Bing.com and Flickr
    Resume Reading in Word and PowerPoint
    New slide designs, animations and transitions in PowerPoint 2013
    Support for Outlook.com and Hotmail.com in Outlook
    Support for Skype and Yammer
    Excel 2013 supports new model limits.

Read more: http://sssl.rc.my/2012/11/microsoft-office-profesional-plus-x86.html#ixzz2DMfaNZKA

IAES Tracker for Android


Salam semua...

Ok kali nie saya nak memperkenalkan Apps baru dari Teratotech iaitu salah sebuah syarikat di Malaysia yang diusahakan oleh anak melayu tempatan. Mereka bekerja dalam satu kumpulan yang happy dan gempak... Macam mana boleh tahu? Saya dulu pernah pergi melawat mereka di Technology Park... iaitu bertapaknya syarikat mereka.. Mereka nie sering membina apps2 dan games untuk android dan iphone..antaranya CIMB Click, Games Adam Dream...

Bla bla bla..ok la itu la serba sedikit tentang teratotech nie... Untuk tahu lebih lanjut tentang mereka..boleh la lawat >> Terato Tech

Kembali kepada apps nie..Ok apa dia boleh buat? Sejak kebelakangan nie saya melihat ramai yang merungut tentang KAMERA AES yang di pasang oleh kerajaan... untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Untuk yang tidak mahu lagi kena saman buta dengan KAMERA AES nie..sila lah pasang apps nie..KERANA ianya akan memberi isyarat supaya memperlahankan kenderaan apabila tiba di suatu tempat yang di pasang KAMERA AES... so iainya membuatkan anda lebih berhati-hati selepas ini..

Apps nie telah pun siap dibina untuk platform Android.. bagi Iphone mereka still dalam proses testing and debugging...

Apa yang membuatkan iainya MENARIK? iainya adalah PERCUMA!!!
dapatkan segera dan sokonglah produk tempatan.. =)

Some screenshot
iAES Tracker



PANDU SELAMAT SAMAN SELAMAT... HAK HAK

Download Here 

*TIPS for Chrome user..Please disable popup.. Before download
Thank you.

26 November 2012

Gila Gajet


Baru sebentar tadi bro Rakyat Siber menulis entri santai mengenai laman Rocket Jump, kini giliran saya pula 'bersantai' dengan entri ini. Kita sudah pun tiba di penghujung tahun 2012. Sedar atau tidak, di penghujung tahun inilah kita berada, bersama dengan pelbagai PENINGkatan dalam dunia IT.

Pada asalnya saya cuma 'orang biasa'. Saya sendiri tidak pasti bila saya mula 'terjerumus' ke dalam dunia IT yang memaksa diri saya untuk sentiasa up-to-date dengan berita-berita terkini, dan tak lupa juga gajet-gajet terkini yang semestinya tidak termasuk dalam bajet-bajet terkini (what?).

Rasanya seperti baru sahaja saya membeli telefon pintar HTC One X, lebih kurang pada bulan Jun yang lepas, kemudian keluar pula pesaingnya iaitu Samsung Galaxy S3, dan disusuli dengan sebuah Smartphone of The Year (bagi saya la), Samsung Galaxy Note 2.


Perkembangan teknologi yang boleh dikatakan sangat pesat (bukan bangsat! lol!), sehinggakan tahun yang mendatang, saya seakan 'gerun' kerana masih lagi terfikir apa lagi yang syarikat gergasi seperti Samsung, HTC, dan sebagainya lagi akan lakukan untuk meraih minat orang ramai untuk membeli produk mereka. Bagi orang 'awam' yang berada, berkemungkinan gajet super-duper-gempak canggih ini hanya digunakan untuk diletakkan di atas meja makan di restoran ber-WiFi, tetapi untuk orang yang sememangnya 'Gila Gajet', peranti-peranti ini boleh bikin makan tidak basah dan mandi tidak kenyang.


Masakan tidak, dalam era teknologi ini, gajet-gajet seperti ini bukan lagi buah mulut atau khabar angin, tetapi ia adalah realiti. Memang tidak pernah terlintas di fikiran dek zaman Nokia 3310 bermaharajalela, sekiranya ada 'Time-Machine' dan kita mampu kembali ke zaman itu untuk menunjukkan telefon pintar terbaru di tahun 2012 ini, sudah pasti mereka yang berada pada zaman itu mahu ikut kita pulang ke zaman ini!

Itu baru sebut fasal telefon bimbit pintar! Kalau dibuka pula cerita mengenai Laptop, Ultrabook, Tablet... eh, senang cerita kalau dibawa bersembang mengenai semua peranti dan gajet-gajet ini, mahu papa kedana kita dibuatnya. Bukan wang yang hilang, tetapi masa yang terbang melayang, sembang bung-bang.


'Point'-nya di sini bukan apa, saya membawakan 'isu' ini kerana saya juga termasuk dalam golongan 'Gila Gajet'. Pagi, petang, dan malam saya dihabiskan untuk menelaah, membaca, mengkaji, serta mendalami mengenai peranti-peranti dan gajet-gajet ini. Saya yakin dan pasti, bukan saya seorang yang bersifat/bersikap begini. Pasti ramai diluar sana yang seiringan dengan saya. Bagi yang mengikuti perkembangan, yang dirisaukan kini bukan lagi ketinggalan zaman kerana tidak tahu spesikasi model terbaru, tetapi wang saku yang semakin menipis tidak kira awal, pertengahan, apatah lagi hujung bulan (bila nak gaji ni?)

Apa pula kata anda? Apa pendapat anda selaku orang yang 'Gila Gajet' dengan keluarnya model-model terbaru di pasaran?

Mr.Hac @ Dr. Freddy : Masih belum habis kagum dengan Kamen Rider yang lama. Mereka memusnahkan lawan hanya dengan 'Rider Punch' dan juga 'Rider Kick'. Kalau nak dibandingkan dengan Kamen Rider era moden, tali pinggang 'sakti' mereka juga bukan sahaja semakin besar, malah penuh dengan gajet! Haha! Final move mereka juga bergantung kepada gajet-gajet tersebut. Ah... adakah aku yang semakin tua..

[Rocket Jump] Saluran Youtube Yang Mengagumkan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar? Moga sihat sejahtera dengan izin-Nya. Hari ini penulis berasa santai. Jadi penulis ingin ajak mereka iaitu anda yang berada dalam kekusutan ikut serta santai. Hilangkan kekusutan yang melanda diri. Saluran Youtube ini dihiasi dengan sekumpulan remaja yang rasanya pakar dalam dunia penyiaran. Ditambah pula dengan kewangan yang mencukupi kerana daripada video dihasilkan kita dapat membacanya. Begitu juga dengan kemahiran yang tinggi yang sedikit sebanyak membantu menghasilkan kualiti video yang tinggi. 

Ucapan tahniah kepada mereka kerana berjaya menghasilkan lebih daripada 158 video yang berkualiti tinggi dan menghiburkan. Rata-rata video yang dihasilkan mereka menyokong sehingga 1080p tahap kualiti video. Huh. Berdefinisi tinggi. Tapi,dengan kelajuan internet yang penulis miliki cukuplah sekadar 480p. Lupa untuk penulis perkenalkan tentang mereka ini. Memiliki produksi yang diberi nama "Rocket Jump"  lebih memudahkan lagi urusan mereka. Saluran Youtube yang diberi nama freddiew. Ada kena mengena dengan bro Fred ke? Rata-rata video yang mereka hasilkan ialah diadaptasi daripada permainan video yang popular seperti Assassin Creed,Far Cry dan lain-lain. Jadi,rasanya cukuplah sampai disini penulis penulis. Penulis sertakan beberapa video yang penulis telah tonton. Lupa untuk diingatkan bahawa video yang dihasilkan mereka bersifat komedi aksi/aksi komedi. Mereka telah sekat fungsi perkongsian melalui 'embed'. Jadi klik sahaja pautan yang diberi sebagai alternatif.

Hitman.


Klik [disini] untuk ke laman rasmi Rocket Jump.
Klik [disini] untuk ke saluran Youtube freddiew.

Selamat menonton.
Sekian,Assalamualaikum. 

23 November 2012

Pemain Muzik Ringkas Untuk Linux Mint/Ubuntu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar? Harap sihat sejahtera lagi bertenaga untuk memulakan hari-hari yang sentiasa inginkan pembaharuan. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Hari ini penulis ingin berkongsi tentang satu pemain muzik/pemain audio yang ringkas sesuai untuk anda yang tidak ingin fikirkan tentang kekusutan dan untuk anda yang sedang berada dalam kesesakan pemikiran. Pemain muzik ini hanya dikhaskan untuk sistem pengeroperasian (sistem operasi) Linux sahaja. Tapi selaku pengguna Linux Mint. Penulis khususkan entri ini untuk Linux Mint tapi dalam masa yang sama penulis kongsikan juga untuk pengguna Ubuntu dan pelbagai lagi distro linux. Ini kerana fail muat turun yang terdapat pada laman rasmi pemain muzik ini adalah bersifat pelbagai seperti .deb,.tar.gz,.rpm dan macam-macam format pemasangan.

DeaDBeeF dengan kata pasarannya,Ultimate Music Player For GNU/Linux merupakan pemain muzik yang ringkas dan tidak memerlukan sebarang tetapan untuk menggunakannya. Jika sebelum ini anda menggunakan pemain audio Rhythmbox yang agak bersepah,kini tidak lagi. DeaDBeeF menyokong beberapa format audio seperti mp3,ogg vorbis,flac,ape,wv,wav dan berbagai lagi format audio. Dalam beberapa format audio ini,hanya format mp3 je yang mesra dengan penulis. Pada bulan 10 baru-baru ini DeaDBeeF telah merilis versi 0.5.6. Pada versi ini anda akan dapati ada berpuluh perkara telah dibaiki untuk mencapai tahap kestabilan.

DeaDBeeF juga ada menyediakan pemain muzik untuk platform android. Anda boleh mendapatkannya [disini]. Penulis tidak mencuba pada platform Android kerana penulis bukanlah pengguna Android. Tetapi penulis akan sertakan beberapa keping gambar yang penulis dapat daripada Google Play [disini]. Untuk versi Android,pemain muzik ini tidaklah semeriah seperti di sistem operasi Linux. Mereka hanya mengekalkan tampilan yang ringkas dah mudah sahaja. Tapi,itu sudah cukup bagus untuk anda yang gemar dengan tampilan yang ringkas tapi kemas. Sementara itu,untuk pengetahuan anda pemain muzik ini dibina oleh warga Rusia iaitu Alexey Yakovenko. Kredit sepenuhnya kepada beliau kerana mencipta pemain muzik ini yang secara tidak langsung berjaya menambat hati penulis untuk menggunakan pemain muzik ini secara lalai pada distro Linux Mint ini. Apabila beliau mengatakan bahawa "There are no Windows, OSX or iOS versions though, sorry for that" pada ruangan About pada laman rasmi DeaDBeeF. Harap beliau akan berubah fikiran pada masa akan datang. Jika di sistem operasi Windows,kita ada Winamp yang begitu popular di kalangan pengguna Windows kerana sistem bunyinya yang hebat. Tidak kurang hebat juga pemain muzik DeaDBeef ini. Sudahlah memiliki tampilan yang ringkas dan juga memiliki ciri-ciri pemain muzik yang lengkap. Rugi tidak mencubanya. Kerana apa? Selain kita boleh menggunakannya secara percuma mungkin juga kita mempunyai pengalaman yang baru sewaktu menggunakan pemain muzik ini. Cukup sampai disini ulasan penulis tentang pemain muzik DeaDBeeF ini. Terpulang kepada anda untuk memilihnya atau meninggalkannya. Di samping itu,penulis sertakan beberapa keping gambar untuk dijadikan tatapan dan meletakkan pautan muat turun pada akhir penulisan.









Untuk lebih sedap didengari oleh halwa telinga. Naikkan sedikit equalizer pada bahagian kiri ke atas sedikit dengan cara. Klik View,Equalizer dan naikkan sedikit. Tapi jangan sampai pecah suara dibuatnya.

Klik [disini] untuk memuat turun pemain/pemutar muzik DeaDBeeF untuk sistem operasi Linux. Pilihlah format fail yang sesuai bagi sistem operasi Linux anda.

Selamat mencuba.
Sekian,Assalamualaikum.

[Giveaway]SysRestore Pro with Activation Code



Backup your system with Sysrestore Pro that can help you recover your damaged Operating System if anything unexpected took place. It is able to backup disk plus deleted file recovery. Sysrestore can restore your crashed operating system when it fails to start, has boot error, encounters blue screen, attacked by virus... Restore your system and make your PC work in just a few seconds...

With Sysrestore Pro, you are free from potential threats like virus, spywere, etc. since Sysrestore Pro would restore your old good system in just a few seconds after damage...

FEATURES:

-Restore your Windows system..
-Say No to Virus.
-Restore deleted files..
-Multiple Snapshot Schedule..
-It works with all levels of hardware RAID..

SYSTEM REQUIREMENTS:

-Windows 8, 7, Vista, XP, Server 2000/2003/2008 (Both 32-64 Bit Supported)..
-Processor: 300MHZ or higher..
-Hard Space: 100M or higher..
-RAM: 256M or higher..


GIVEAWAY

Get a free code of Sysrestore Pro Full Version valid until 1st Dec 2012... and you can get Activation code Here ..

Activation Code:
XIA6SQCG6MGK6XAE
Download Here




22 November 2012

[Add-On] Youtube To MP3 Converter


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini penulis ingin membekalkan/menyampaikan/mengeluarkan/memberi kepada anda satu add-on atau extension yang bagus untuk anda memuat turun lagu daripada laman penstriman (streaming) video terkemuka dunia iaitu Youtube.com. Apa yang membuatkan penulis ingin berkongsi tentang add-on yang satu ini ialah kecepatan menukar (convert) sebarang format video dari laman Youtube kepada MP3. Seterusnya,anda dapat memasukkan ke dalam ruang penyimpanan muzik anda sama ada dalam komputer,ipod,telefon dan berbagai-bagai gadjet yang mengikuti arus pemodenan.

Untuk penulisan kali ini penulis tidak ingin menulis panjang. Sebab hanya berdasarkan satu add-on untuk dikupas. Sukar bagi penulis untuk mentafsirkannya. Add-on ini juga menyokong beberapa pelayar yang terkemuka seperti Google Chrome,Firefox dan Opera. Anda dapat menggunakannya tanpa was-was. Penulisan kali ini ringkas sahaja. Segalanya, anda perlu cuba untuk ketahui/mengenalpasti sejauh mana kebenarannya dan kelebihan serta kekurangan add-on ini. Ada berbagai-bagai bitrate,bukan sekadar 128,192KB sahaja. Kesimpulannya:-

1. Add-on ini digunakan untuk mengubah sebarang video pada laman Youtube kepada mp3 untuk anda mainkan/jalankan pada berbagai gadjet luar.
2. Kecepatan menukar format video ke pada format audio (MP3) sungguh menakjubkan. Sukar untuk ditafsir kelajuannya (bukan mainan mulut).
3. Selain itu,kelebihannya anda tidak memerlukan sebarang perisian yang akan memenuhi ruang cakera keras anda.
4. Bitrate lagu yang agak tinggi. Bukan sekadar 128,192KB sahaja. Malah 320 KB. Memang sedap didengari oleh halwa telinga. Jelas dan padat.
5. Menyokong terhadap tiga pelayar terkemuka dunia iaitu Google Chrome,Mozilla Firefox dan Opera.

Kaedah pemasangan.
Langkah 1: Klik YoutubeMP3pro.com.

Langkah 2: Skrol ke bawah,cari dan klik DOWNLOAD NOW. Secara automatik anda diminta untuk memasang plugin/add-on/extension. Benarkan sahaja.

Langkah 3: Kunjungi laman Youtube dan pilih sebarang video. Klik Download mp3.

Langkah 4: Tunggu sebentar sehingga proses menukar format selesai.

Langkah 5: Klik Download. Jika anda menggunakan Android,Blackberry dan pelbagai lagi gadjet yang menyokong kod QR. Anda boleh terus gunakan.

Suka cita penulis ingin maklumkan kerana ini barang percuma jadi akan ada iklan (ads) pada laman rasmi mereka. Jadi setiap kali anda selesai menukar format. Jangan lupa untuk kunjungi laman mereka dan klik pada iklan yang terdapat pada laman mereka. Ini sebagai balasan kepada mereka kerana menyediakan alternatif yang hebat seperti ini. Juga jangan lupa untuk klik iklan pada laman OMG! Hackers? Setiap klik akan memberi kami semangat untuk menulis.

Selamat mencuba
Sekian,Assalamualaikum

Review Tablet [Android] Allwinner A13


Adakah anda sudah selesaikan pembacaan anda pada artikel mengenai panduan membeli tablet bajet yang lalu? Jika belum, silakan, kerana hari ini saya ingin menulis sedikit berkenaan dengan salah satu dari tablet bajet yang sedang 'menakluki' booth-booth telefon bimbit serta kedai-kedai IT di serata negara, iaitu tablet-tanpa-jenama, yang ada hanyalah nama, itupun terlalu umum iaitu 'Android'. Lol..

Saya terpanggil untuk menulis mengenainya kerana selain saya sendiri sudah memilikinya, saya lihat sangat kurang blog-blog (berbahasa Melayu) yang mereviu tablet ini meskipun dalam laman Youtube terdapat begitu banyak video review yang dirakam. Tablet 'bernama' Android ini adalah antara yang paling murah di pasaran pada waktu artikel ini ditulis. Satu unit secara umum berharga dalam lingkungan RM199 sehingga RM350 mengikut 'pakej' yang ditawarkan. Pandai anda mencari booth yang menjual ia dengan harga yang murah, maka selamatlah duit belanja anda pada hari itu. Ada la duit lebih sikit dari baki bajet tu! Haha..

Sedikit gambar yang diambil untuk tatapan bersama:



Untuk pengetahuan anda, adalah tidak pasti dari mana 'origin' atau asal tablet ini kerana terdapat banyak jenama dengan rupa yang sama di luar sana, contohnya IPRO, Smart Tab, Nautica 1, Kimo Q8, dan mungkin terdapat beberapa lagi nama yang saya sendiri sudah lupa. Namun apa yang pasti, kesemuanya berasal dari satu tablet tanpa jenama, yang kemudiannya dijenamakan serta dikomersialkan oleh syarikat-syarikat yang berminat dengannya. IPRO ialah salah satu jenama contoh (syarikat dari Malaysia) yang telah mendapat faedah dari penjenamaan semula ini dengan model IPRO i3S.

Allwinner ialah sebuah syarikat pengeluar SoC dari China. Pada bulan April 2012 yang lalu, Allwinner telah merilis pemproses A13 Cortex A8, versi 'strip down' dari A10, dengan target pasaran tablet.


Paparan app drawer:


Quadrant Benchmark:


Baiklah, terus kepada tablet ini, secara umumnya jika anda mahukan sebuah tablet yang murah, digunakan untuk permainan berprestasi tinggi, maka tablet ini bukan untuk anda. Ini adalah kerana pemproses Allwinner A13 ini bukan selayaknya digunakan untuk itu. Antara permainan yang pernah saya uji pada tablet ini ialah:

1. Dead Trigger
2. Gears & Guts
3. Shadowgun
5. Nova 3
6. Dead Space
7. Angry Birds Star Wars
8. Bad Piggies HD
9. Beach Buggy Blitz
10. Death Dome
11. Expendable Rearm
12. Juggernaut : Revenge of Sovering
13. Paper Monsters
14. Samurai II : Vengeance
15. 3D Rollercoaster Rush New York
16. Predators
17. Turbofly 3D
18. Where's My Perry?
19. Where's My Water?
20. Blood & Glory : Legend

Eh, senang cerita banyak lagi la! Kalau nak disenaraikan semua saya anggarkan lebih dari 30 buah permainan. Selaku pengguna akhir, saya tidak dapat pastikan semua orang akan berpuas hati dengan prestasinya. Tetapi saya sendiri suka dengan apa yang ditawarkan pada tablet bajet ini.

Apa yang menarik, saya telah cuba root ia pada hari pertama saya bawa ia pulang ke rumah dan hasilnya, ia telah pun di-root sejak dari mula lagi. Jadi saya tidak perlu memikirkan tentang waranti, kerana seperti yang anda tahu, mengubah tetapan dari kilang seperti root ini akan menjejaskan (void) waranti peranti.
Selain itu, kernel yang telah dipasangkan menyokong overclocking sehingga 1.2GHz (kelajuan asal ialah 1GHz).

Untuk memudahkan cara, saya senaraikan beberapa pro dan kontra yang sempat saya fikirkan. Senang cerita kita tiba di bahagian kesimpulan, ringkas dan menyenangkan akal fikiran anda.

Pro:

1. Sangat murah, skrin besar bersaiz 7 inci, boleh memainkan format video definisi tinggi (HD) sehingga 1080p dan mungkin juga 2160p (belum habis uji lagi ni), menyokong pelbagai permainan berdefinisi tinggi, menyokong fungsi USB On-The-GO (OTG) sesuai digunakan oleh anda sendiri atau diberi sebagai hadiah. Pendek kata, kalau anda mahu tablet yang boleh menghiburkan anda dengan permainan-permainan seperti yang telah saya senaraikan di atas, sila dapatkan ia. Kalau bosan semasa kursus, boleh juga hilangkan kebosanan, kan?

Kon:

2. Tidak sesuai untuk permainan yang memerlukan pemproses berprestasi tinggi, kadangkala tidak beberapa responsif, tidak terdapat fungsi sokongan selepas pembelian seperti forum-forum atas talian, dan ini bererti agak sukar mendapatkan custom ROM atau custom kernel untuknya (untuk power user). Kalau ada sekalipun, risiko untuk anda bricking tablet anda adalah sangat tinggi, tambah lagi untuk model dengan 'nama umum' seperti ini, kerana custom ROM yang dibuat biasanya juga 'umum'. Contohnya custom ROM tersebut dibuat untuk peranti yang menggunakan pemproses Allwinner.

Tips dari saya, sebaiknya kalau anda mahu membeli tablet dengan reka bentuk ini, sila periksa terlebih dahulu baterinya. Bukan apa, kadang-kadang pekedai tidak mahu membuka bahagian casing belakangnya itu, kerana bateri yang disediakan bersaiz kecil. Jika mereka enggan menunjuk, maka lebih baik anda beralih ke booth/kedai yang lain. Jangan lupa juga untuk uji model demo sepuasnya sebelum membeli.

Mr.Hac @ Dr.Freddy : Lepas ni nak tunggu model lain masuk Malaysia pula. Kata pembaca OMG! Hackers?, 'mu ying ming', tahun depan akan lebih 'meriah' lagi dan model-model yang menggunakan pemproses quad core bakal menguasai pasaran. Sediakan aje la duitnya ya!

Linux Mint 14 : Sekilas Pandang


Dahulu saya pernah menjadi kipas-susah-mati untuk sistem operasi Linux Mint, dan saya juga pernah menulis mengenainya ketika mula-mula menggunakan ia. Dari Linux Mint Katya, kepada Lisa, Maya, dan terkini Nadia pula menyusul menyusun langkah. Macam berganti kekasih pula!

Kalau hendak katakan 'tiada yang baru' pada Nadia, eh, itu mustahil! Tapi dari paparan skrin berikut, User Interface atau paparan antaramuka penggunanya kelihatan saling tak tumpah dengan versi Katya, kerana ia menggunakan persekitaran desktop MATE 1.4 secara lalai:




Selain itu, beberapa pembaharuan lain yang boleh dikatakan menarik ialah seperti Software Manager, yang dijalankan secara root dari mula, oleh itu anda tidak perlu lagi menaip nama pengguna dan kata laluan anda setiap kali anda klik pada 'Install' untuk memasang sesuatu perisian/aplikasi.

 Di bawah ini ialah paparan skrin ketika saya cuba memasang BleachBit ketika sedang boot dalam Linux Mint Nadia melalui USB:


Ya, BleachBit versi 0.9.3 berjaya dipasang:


Tak lupa juga, Linux Mint meneruskan kesinambungan mudah gunanya apabila telah sedia memasang codec, perisian-perisian berguna seperti GIMP 2.8, pemain video Totem, klien e-mel Thunderbird, pemain flash untuk laman-laman seperti Youtube, dan bermacam-macam lagi. Anda tinggal pasang dan guna sahaja.



Suka juga untuk saya nyatakan yang Linux Mint Nadia telah menyediakan beberapa set wallpaper baru yang sangat menarik perhatian mata memandang.



Tak payah cerita banyaklah ya? Kalau anda hendak tahu dengan lebih lanjut, sila ke blog rasmi Linux Mint : Linux Mint 14 "Nadia" released!

Kalau dah cuba tu jangan lupa berikan komentar anda. Komen saya? Nadia ni memang cantik. Hmmm.. macam lain je bunyinya tu..