31 December 2012

Pasang Tema Mac OS X Pada Arch Linux


Salam semua..

Apabila beralih kepada Arch Linux, semua tema 'kenangan' saya bersama Ubuntu ingin 'dialihkan' sama. Ini termasuklah tema Mac OS X yang menjadi kegemaran saya. Anda menggunakan Arch Linux? Mari kita cuba tema ini, manalah tahu, sedap mata memandang?

P/S: Tutorial ini dibuat dalam persekitaran desktop Mate, dan saya menganggap anda telah pun memasang packer. Jika anda menggunakan persekitaran desktop yang lain, sila gunakan kaedah masing-masing untuk menukar tema. Ok, desktop saya memang berserabut.


Pasang Tema Mac OS X Pada Arch Linux:

1. Terlebih dahulu, pasangkan tema:
sudo packer -S mac-os-lion-theme
2. Kemudian, pasangkan pula ikon tema serta ikon cursor:
sudo packer -S mac-os-lion-icons
sudo packer -S mac-os-lion-cursors 
3. Tema ini memerlukan gtk-engine-murrine, jadi pasangkan ia:
sudo pacman -S gtk-engine-murrine
sudo packer -S gtk-engine-murrine-git
 4. Ok, siap sudah semua keperluan. Sekarang, klik kanan pada desktop, pilih 'Change Desktop Background'.

5. Pergi kepada Theme - Customize... - Controls - Pilih 'mac-os-lion-theme'.

6. Pergi pula kepada tab Window Border dan pilih 'mac-os-lion-theme'.

7. Pergi kepada tab Icons, pilih 'Lion By MB0SS'.

8. Diakhiri dengan tab Pointer, pilih 'mac-os-lion-cursors'.

Siap sudah. Eh? Senang je? Yeahhh.. siapa pula yang kata susah?

Buat mereka yang teringin hendak mencuba Arch Linux, apa kata anda lihat kembali kaedah pemasangannya. Jika anda rasa pemasangan Arch Linux memeningkan kepala anda, apa kata cuba Arch Linux yang sudah 'separa siap' iaitu berserta dengan persekitaran dekstop seperti Manjaro Linux (XFCE), ArchBang (Openbox WM), Cinnarch (Cinnamon), Bridge Linux (XFCE, Gnome, KDE, LXDE) ataupun Chakra Linux (KDE - Plasma Desktop).

- Ok Mungkin Chakra Linux sudah mula mengorak langkah sendiri, tetapi 'bapanya' tetap Arch Linux.

Buat mereka yang sudah siap pemasangannya, apa kata lihat pula perkara yang perlu dilakukan selepas selesai pemasangan Arch Linux.

Oh ya, masih terlalu sedikit mereka yang menyertai Giveaway dari Aomei. Silakan komen beserta dengan e-mel kalau nak menang! Tarikh tutup dah nak dekat ni!

30 December 2012

(Kamus Terbaik) E.Kamus 5.02


[Image: E-Kamus-5.02.08.png]

Salam rakan-rakan sekalian. Kali ini saya datang untuk share satu software best. Iaitu yang diberi nama E- KAMUS....Jika anda lihat di pasaran... software ini mendapat tempat di pasaran di luar sana pada harga RM 40 - 223 saya dapati. Tapi di OMG! Hackers anda semua boleh dapatkannya secara percuma... Ianya amat sesuai kepada semua peringkat umur sama ada kecil hinggalah dewasa.

Ok nak tau dengan lebih terperinci tentang e-kamus nie?


E-KAMUS PRO 5.02 merupakan perisian perkamusan digital yang amat berguna bagi membantu individu menguasai pelbagai ilmu yang kini berkembang pesat dalam era teknologi maklumat. Penjelasan makna sesuatu perkataan boleh didapati kurang dari sesaat melalui fungsi 'Text Capture' yang menggunakan tetikus sepenuhnya di samping kepelbagaian fungsi yang direka khas bagi menjadikan e-kamus sebagai perisian yang amat penting dalam era teknologi maklumat masa kini. Berikut adalah beberapa kelebihan e-kamus apabila digunakan dengan cara yang betul boleh memberi impak yang besar.



Kelebihan E-KAMUS PRO 5.02.09

  • Teknologi carian yang mudah, cepat dan tepat berserta keterangan berformat.
  • Text Capture dan xView - Carian tanpa perlu menaip pada kotak carian (Auto word translate). Tetingkap xView berkebolehan membaca keseluruhan ayat dalam bahasa Inggeris.
  • Kamus editor - Alatan bagi membina pelbagai kamus tambahan. Terdapat 17 jenis kamus tambahan yang telah siap dibina menggunakan kamus editor yang boleh dimuatkan ke dalam sistem carian e-kamus.
  • Sistem pengesan kesalahan ejaan bahasa Melayu pada Microsoft Word 2003, 2007 dan 2010. Sistem pengesan kesalahan ejaan bahasa Melayu berfungsi serentak dengan sistem pengesan kesalahan ejaan bahasa Inggeris dalam satu-satu masa.
  • Desktop Translator - Perisian terjemahan penuh English-Melayu dan Melayu-English.
  • Sebutan English - Berfungsi pada semua kamus bahasa Inggeris.

Begitulah serba sedikit penerangan untuk e-kamus. Nak tahu lagi dan lagi dan lagi...sila lah dowload nya di sini.




JIKA ANDA SUKA DENGAN SOFTWARE INI. SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK TERUS MENYOKONG PERKONGSIAN SOFTWARE DARI SAYA DI SINI.


29 December 2012

Premium Link Generator


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Maaf lama tak update penulisan sebab sibuk sikit dengan kerja. Kali ini penulis ingin berkongsi "Premium Link Generator" yang penulis terjumpa di satu laman web. Ada beberapa laman premium generator yang boleh dianggap terbaik buat masa ini untuk pengguna percuma (Free User).

I. Unrestrict.li


1. Perlu mendaftar dulu sebelum menggunakan servis.
2. Boleh dianggap yang terbaik buat masa ini, dan menyokong banyak host untuk pengguna percuma.
3. Menyokong pause dan resume download tanpa banyak masalah.
4. Pengguna yang berdaftar boleh menghidupkan SSL untuk keselamatan.

II. Rapid8

1. Menyokong laman 1fichier, Bitshare (100 MB), Crocko, Extabit (300 MB), Filefactory, Filemates, Filepost (100 MB), Freakshare (200 MB), Hotfile (200 MB), Lumfile, Mediafire, Netload (100 MB), Putlocker, Rapidgator (75 MB), Rapidshare (100 MB), Sendspace, Share-Online (100 MB), Slingfile, Speedyshare, Uploaded (125 MB), Uploading, Uptobox, Youtube untuk pengguna percuma.
2.  Kekurangan laman ini adalah terlalu banyak pop-up dan iklan yang akan keluar semasa menggunakan laman ini.

III. PreemLinks
1. Perlu mendaftar untuk menggunakan servis.
2. Menyokong host Extabit, Filebox, Megashares, Putlocker, Turbobit, Uploaded untuk pengguna percuma.
3. Perlu disable Ad-Blocker untuk menggunakan servis, dan setiap link kena masukkan CAPTCHA.
4. Tidak menyokong muat turun berterusan, hanya satu fail sekali muat turun.

28 December 2012

(OMG! Hackers? Giveaway) AOMEI Partition Assistant Pro Edition


Salam semua..

Aomei Partition Assistant  ialah sebuah perisian serbaguna yang dapat mengendalikan apa jua hal-hal berkaitan partisi seperti mengubah saiz dan mengalihkan, menyatukan, serta menyalin partisi sedia ada tanpa risiko kehilangan data.










Secara asasnya ia mempunyai 5 fungsi pengurusan cakera iaitu:
  1. Partition Manager  
  2. Disk & Partition Copy
  3. Extend Partition Wizard
  4. Migrate OS to SSD or HDD
  5. Partition Recovery Wizard
  6. Make Bootable CD Wizard
Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh seorang staf marketing dari Syarikat Aomei berkenaan dengan perisian ini. Berikut adalah e-mel dari beliau:


Oleh itu, dengan saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa saya akan memberikan 10 lesen asli AOMEI Partition Assistant Pro kepada pembaca yang bertuah!

Produk : Lesen Partition Assistant Pro bernilai $36USD 
Jumlah lesen : 10 
Tarikh tutup : 4hb 01 2013 
Pemenang dipilih berdasarkan : Random.org

Cara untuk memenangi perisian ini adalah mudah iaitu:

1. Langgani Feedburner blog ini di sini : Feedburner OMG! Hackers?

2. Ikut (follow) blog ini (tak wajib).

3. Komen melalui ruangan komen di bawah dengan menyatakan kenapa anda mahukan perisian ini, atau kenapa anda patut menang.

Ingat, tiada apa yang akan merugikan anda dengan menyertai Giveaway ini. Pemenang yang bertuah akan mendapat lesen asli dari Syarikat Aomei.

Kalau anda sudah sedia melanggan Feedburner blog ini, apa yang perlu anda lakukan ialah tuliskan komen anda di bawah. Peserta yang menulis komen pertama akan diberi keutamaan dalam peraduan ini.

Selamat berkomentar dan selamat berjaya!

Oh ya, sebelum terlupa, anda boleh muat turun versi demo perisian ini melalui pautan di bawah:

Partition Assistant Demo

Jangan lupa sertakan sekali e-mel anda supaya mudah untuk dihubungi.

27 December 2012

Cara Membuat Laman Proksi (Asas)


Salam..

Lama sudah tak kembali dengan artikel tutorial. Jika anda masih ingat, saya pernah membuat laman proksi berasaskan Google App Engine di sini, yang telah dimaklumkan melalui entri ini. Anda pasti tertanya-tanya, bagaimanakah cara membuatnya?

Baiklah, pada hari ini saya ingin kongsikan caranya dengan anda semua. Ianya mudah saja, tak perlu kepada pengetahuan teknikal yang tinggi! Cukup sekadar mahir Notepad!

Cara Membuat Laman Proksi (kredit kepada labnol.org)

1. Pertama sekali, sila ke laman appengine dan log masuk menggunakan akaun Google anda.

2. Klik pada butang 'Create Application'. Jika anda baru pertama kali melakukannya, anda akan menerima kod verifikasi dari Google melalui telefon bimbit anda. Apabila sudah menerimanya, taipkan kod tersebut.

3. Pilih nama subdomain yang anda sukai. Contohnya, seperti yang telah saya gunakan: 'misterhac'
Jangan lupa berikan nama kepada aplikasi anda.


4. Sekarang tibalah masa untuk anda memuat naik laman proksi. Pergi ke python.org dan muat turun fail pemasang (python-3.3.0.msi) dan pasangkannya.

5. Kemudian, pergi pula ke Google_App_Engine, muat turun fail pemasang Google App Engine SDK for Python dan pasangkannya.

6. Muat turun fail .zip ini dan ekstrakkannya dalam satu folder. Anda boleh sunting fail html yang terdapat di dalamnya mengikut kemahuan anda.

7. Klik pada Google App Engine Launcher lalu tetapkan nilai yang betul pada Edit – > Preferences...

Kenapa pakai Windows XP balik? Ni semua ICT department punya kerja! Jangan tanya! Hati sakit ni!


8. Klik pada File – > Add Existing Application dan halakan ia kepada direktori/folder yang telah anda cipta pada langkah yang ke 6 tadi. Klik butang 'Edit' dan gantikan YOUR_APP_ID dengan nama subdomain yang telah anda pilih pada langkah yang ke 3.

9. Klik Deploy. Kini laman proksi anda telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan!

Contoh laman yang telah siap dilancarkan:


Fakta:

1. Laman proksi ini boleh digunakan pada laman yang memerlukan flash seperti Youtube, Dailymotion, dan sebagainya.

2. Laman ini ada kuota/had penggunaan bandwidth.

3. Kalau hendak tentukan nama subdomain, lebih baik jangan letak perkataan 'proxy' kerana kebanyakan perisian sekatan seperti Websense dan Barracuda mempunyai 'filter' dan sudah tentu perkataan 'proxy' termasuk dalam senarai.

4. Laman ini tidak berkesan pada laman yang memerlukan log masuk seperti Gmail, Yahoomail, dan lain-lain.


Mr.Hac @ Dr. Freddy : Artikel berkualiti.

25 December 2012

Senarai Aplikasi Root [Android] Pilihan


Kalau Android tanpa root boleh diibaratkan ayam sabung tanpa taji, orang gaji tanpa gaji, kerani yang tak naik pangkat lagi. Tetapi kalau Android dengan root pula boleh diumpamakan tuan tanah yang tak dibantah, pegawai yang tak disanggah, juara yang tak pernah kalah.

Kerana itu saya ingin kongsikan di sini beberapa aplikasi root yang saya rasakan berguna untuk anda dan diri saya sendiri. Bagi yang masih samar-samar, mata berpinar, hati gusar mengenai root ini, anda boleh buka mata dan mata hati, baca artikel yang telah saya nukilkan di sini - Faedah Rooting/Root Telefon Pintar Android.

Dalam entri ini, saya akan bahagikan kepada 3 jenis aplikasi iaitu Utilities (kemudahan), Aid Kit (alat bantuan) dan Gaming (permainan).


Aplikasi Root (Utilities)

1. AdAway

Seringkali terganggu dengan iklan-iklan? Tak kiralah sama ada iklan pada aplikasi biasa mahupun permainan, ia sememangnya mengganggu konsentrasi. Iklan memang membantu pembangun aplikasi, tetapi iklan yang melampau boleh buat pengguna naik darah, lekas marah. AdAway adalah 'ubatnya'.

Satu lagi rakan baiknya ialah AdFree Android, juga bertindak dengan cara yang sama, mengubahsuai fail host untuk menjadi mesra aplikasi tanpa iklan. Memang terdapat Ad Blocker tanpa perlu kepada root, tetapi fungsinya tidak menyeluruh, serta terdapat beberapa isu seperti sekatan yang terlalu agresif lagi menyusahkan. Tak perlu ragu-ragu, AdAway ubat untuk kamu.

2. Titanium Backup

Buat mereka yang masih baru, Titanium Backup mungkin sedikit 'menakutkan' kerana paparan antaramuka penggunanya memang tidak nampak seperti mesra pengguna baru. Tetapi jika anda beri peluang kepada diri anda untuk mencubanya, lama kelamaan anda pasti akan terbiasa dan tidak gerun lagi. Titanium Backup aplikasi sempurna untuk kegunaan membuat sandaran sebelum melakukan sesuatu terutama jika anda seorang 'flashaholic'.

Saudara kepada Titanium Backup ialah My Backup Root, sesuai pula untuk seorang pemula. Ini adalah kerana paparan antaramuka dan kepenggunaannya agak mudah, 'straight to the point'.

3. Google Play Installer (Cracked Google Play)

Saya bukan promosi, tetapi khas untuk mereka yang gemarkan 'warez', Google Play versi 'cracked' ini sesuai sekali untuk dipasang pada telefon yang sudah root. Cracked Google Play ini akan menggantikan (replace) Google Play yang asal, jadi sila buat sandaran (backup) terlebih dahulu.

4. Root Uninstaller

Anda benci dengan sistem operasi yang 'bloated'? Ini adalah antara sebab yang paling kukuh kenapa anda mahukan root access. Dengan Root Uninstaller versi percuma ini ataupun Root Uninstaller Pro versi berbayar, anda dapat memadam (uninstall) apa jua aplikasi yang anda rasa tidak anda perlukan. Cuba lakukan perkara ini pada telefon yang belum root, boleh ke?

5. Lux Auto Brightness

Seringkali rasa tertekan dengan sistem auto brightness yang tidak membantu untuk mengurangkan kadar penggunaan kuasa bateri? Lux Auto Brightness adalah jawapannya. Boleh digunakan pada telefon tanpa root, tetapi dengan root access anda dapat mengintegrasikan Lux Auto Brightness menjadi sebahagian dari sistem android. Siapa tidak mahu telefon yang dikuasai diri sendiri?

6. Root Explorer

Terdapat pelbagai jenis File Explorer di luar sana dengan kebanyakan darinya mempunyai fungsi untuk pengguna root. Antara Root Explorer, ES File Explorer, ASTRO File Manager dan sebagainya. Tetapi terdapat satu root explorer yang menjadi kegemaran saya sejak ia versi beta lagi, iaitu Solid Explorer. Berfungsi dengan dua panel, menguruskan fail menjadi kerja super duper mudah. Hanya perlu salin sebelah-menyebelah tanpa perlu keluar dari direktori semasa.

7. CPU Controller

Apa yang mampu dilakukan oleh custom dan custom kernel selain root access? Overclocking!! Yeah.. kalau kernel yang sedang anda gunakan menyokong fungsi ini, tidak salah kiranya mencuba, setelah puas anda 'godek' fungsi root, apalah kiranya anda godek pula fungsi overclocking. Saya ingin sarankan, kaji dahulu mengenai kegunaan ini, kerana tersilap langkah boleh membawa padah, kalau langkah kaki kanan telefon jadi lebih lancar tak terkalah. Antara CPU Controller kegemaran saya ialah SetCPU dan System Tuner Pro.

8. Busybox Pro

Anda mahukan binari busybox yang terbaru? Mahukan pemasangan busybox yang lebih menyeluruh pada sistem? Busybox Pro dapat memberikan apa yang anda mahukan itu. Tak perlu saya terangkan apa itu busybox, kalau hendak tahu lebih lanjut, kajilah sendiri! Heheh! Saya quote sedikit:

"BusyBox is a software application that provides many standard Unix tools, much like the larger (but more capable) GNU Core Utilities"

9. Link2SD

Link2SD adalah aplikasi yang bersifat menyeluruh dan mempunyai lebih fungsi jika hendak dibandingkan dengan perisian-perisian App2SD yang lain. Dengan root access, beberapa fungsi ekstra mampu mengubah cara anda mengendalikan sistem Android. Apa yang menarik, ia mampu mengubah lokasi fail aplikasi kepada SD Card meskipun aplikasi tersebut tidak menyokong fungsi itu.

Aplikasi Root (Aid Kit) 

1. SD Maid

Sistem Android yang sudah root tidak lengkap tanpa 'orang gaji'. Seperti yang saya katakan tadi, Adroid dengan root ibarat tuan tanah, tuan rumah, tuan amah, jadi sudah tentu dan pastilah ada 'orang gajinya'. SD Maid melengkapi keperluan ini dengan membantu anda membersihkan sistem dari segala jenis 'kotoran' dan 'peninggalan' yang tidak diperlukan oleh sistem.

2. FasterGPS

Aplikasi yang menggunakan GPS seperti Papago memerlukan pengesanan GPS yang pantas. FasterGPS membantu dalam situasi ini dengan menetapkan pelayan terhampir dengan lokasi pengguna. Penguncian satelit lebih pantas selepas penggunaan aplikasi ini. Kalau sudah root, ini aplikasi wajib ada untuk anda.

3. Internet Booster

Sambungan internet yang pantas adalah keperluan pada zaman ini, bukan lagi satu 'bahan sampingan' pelengkap rasa. Internet Booster ini mampu membantu melancarkan sambungan internet anda, asal saja root access diberikan kepadanya.

4. Set DNS

Anda lebih sukakan DNS Google? Mungkin sekali DNS lain seperti OpenDNS, atau Custom DNS yang boleh anda tetapkan sendiri? Set DNS memberi anda kebolehan itu. Gabungan Internet Booster dan Set DNS melancarkan lagi sambungan internet anda, dari baik kepada lebih baik.

5. Lucky Patcher

Ini juga adalah satu kelengkapan untuk semua penggemar 'warez'. Lucky Patcher dapat digunakan untuk menjadikan sesuatu perisian/aplikasi itu kepada versi penuh, dengan syarat anda ikut saja kaedahnya menggunakannya dari laman-laman/blog-blog yang berkaitan.

Aplikasi Root (Gaming)

1. Game Killer

2. GameCIH

3. Game Guardian

Ketiga-tiga aplikasi di atas adalah merupakan 'cheat engine' yang berfungsi mengubah nilai-nilai dalam permainan kegemaran anda seperti nilai wang, emas, kristal dan lain-lain lagi. Dengan cheat engines, anda menjadi 'tuan' dan raja dalam permainan, serta tidak lagi kalah dengan mudah.

4. GameBooster 2

Telefon anda 'lemau'? Perkasakan Perhebatkan telefon anda dengan GameBooster 2. Lebih 'smooth', lancar dan selesa ketika bermain apa juga permainan. Tak perlu ragu, cuba dulu baru tahu.

5. Titanium Backup

Eh? Kenapa 'dia' ni ada lagi di sini? Ya, jika anda mahu tahu, Titanium Backup digunakan dalam pelbagai permainan untuk menjadikannya 'versi penuh'. Tak perlu cakap banyak, cari saja di APKMANIA. Bermacam jenis permainan yang memerlukan anda untuk menggunakan Titanium Backup. Tidak rugi bukan kalau telefon sudah root?

Root atau tidak? Saya mesti pilih root! Kalau takut? Takut kehilangan waranti? Takut telefon brick? Kalau takut jangan pakai telefon Android.. pakai telefon Nokia (jawapan malas).. Heheh..

23 December 2012

[Direct Link] Adobe Creative Suite 6 Master Collection with Patch


[Image: images?q=tbn:ANd9GcTYzl5muE0KrkbmOHv2lqr...LLHVxPqkng]


Salam sebelum ni saya ada share ebook Adobe CS6. Kali nie saya nak share dia punya Installer. Jangan bimbang tentang activation sebab saya dah sertakan sekali dengan patch. Di bawah nie adalah apa yang anda akan dapat bila selesai download dan spesifikasi minima untuk menjalankan Adobe CS6  ini.

Tapi sebelum anda nak download Direct Link yang disediakan. Anda perlu ikut langkah-langkah tersebut.


Note: Very Important Instructions:-
1. Go this page >>here << like you want to try Photoshop CS6, and then select the “Download Now” button at the bottom.
2. If you already have an Adobe ID, then please sign in with it (checking “Remember me“), otherwise take a minute to create one for yourself.
3. Download via Direct Link below.
4. Done

OR Follow this video tutorial




What's inside


Integrates with:

System Requirements

Windows
  • Intel®
    Pentium® 4 or AMD Athlon® 64 processor with 64-bit support; Intel
    Core®2 Duo or AMD Phenom® II processor required for Adobe® Premiere®
    Pro, After Effects®, and Encore®; Intel Core i7 processor required for
    Adobe SpeedGrade™
  • Microsoft®
    Windows® 7 with Service Pack 1 (64 bit) and Windows® 8. Refer to the
    CS6 FAQ for more information about Windows 8 support.*
  • 2GB of RAM (4GB recommended) for 32 bit; 4GB of RAM (8GB recommended) for 64 bit
  • 14.5GB
    of available hard-disk space for installation; additional free space
    required during installation (cannot install on removable flash storage
    devices)
  • Additional disk space required for disk cache, preview files, and other working files (10GB recommended)
  • 1280x900
    display with 16-bit color and 512MB of VRAM; 1680x1050 display
    required, and second professionally calibrated viewing display
    recommended for SpeedGrade
  • OpenGL 2.0–capable system
  • Sound card compatible with ASIO protocol or Microsoft WDM/MME
  • DVD-ROM drive compatible with dual-layer DVDs (DVD+-R burner for burning DVDs; Blu-ray burner for creating Blu-ray Disc media)
  • Java™ Runtime Environment 1.6 (included)
  • Eclipse™
    3.7 (for plug-in installation of Adobe Flash® Builder®); the following
    distributions are supported: Eclipse IDE for Java EE and Java
    Developers, Eclipse Classic, Eclipse for PHP Developers
  • QuickTime 7.6.6 software required for QuickTime features, multimedia, and HTML5 media playback
  • Dedicated
    GPU card required for SpeedGrade (for optimal performance in SpeedGrade
    and for GPU-accelerated features in Adobe Premiere Pro and After
    Effects: NVIDIA Quadro 4000, 5000, or 6000 or other Adobe-certified GPU
    card with at least 1GB of VRAM recommended); visit
    http://www.adobe.com/products/premiere/extend.html for supported cards
  • Optional: Tangent CP200 family or Tangent Wave control surface for SpeedGrade
  • Optional: For SDI output, NVIDIA Quadro SDI Output card required for SpeedGrade
  • Optional: 7200 RPM hard drive (multiple fast disk drives, preferably RAID 0 configured, recommended) for video products
  • This
    software will not operate without activation. Broadband Internet
    connection and registration are required for software activation,
    validation of subscriptions, and access to online services.† Phone
    activation is not available.
* Learn more about Windows support.

Design without limits

Tackle any creative challenge with Adobe® Creative Suite® 6 Master Collection
software. Explore groundbreaking ways to design for tablets and
smartphones, speed up image editing, enhance high-end motion, and
deliver stunning experiences. Express your vision without bounds thanks
to the ultimate design environment.

[Image: Readmore.png]

How to install :-
  • After download both files.
  • Extract zip files.
  • Put exe files to folder MasterCollection_CS6_LS16.
  • Then Install.
  • Run Patch File


Selamat mendownload...

P/S Jika ada yang ingin mendownload salah satu produk dari Master Collection ini boleh request di ruangan komen di bawah. Saya faham file dia terlalu besar untuk download bagi pengguna internet yang slow. Dan hanya ingin menggunakan beberapa produk sahaja. Jadi saya akan sediakan direct link untuk produk yang anda request. Hanya Produk Adobe CS6 sahaja tau.

Contohnya "Saya nak Adobe Photoshop sahaja".

Sekian terima kasih.

If using chrome browser and have a problem to get link please see HERE
or Change Browser to Internet Explorer or Firefox

FREE Adobe CS6 eBooks


Salam semua...hehe dah lama tak post kan? :rccool: 

Haha sry la kawan2...maklumla aku baru start praktikal so masa dah kene bahagi 2...
Disebabkan aku dah lama tak buat post. So aku nak share satu benda best yang memang tak dapat di pasaran.

Sebab apa?

Sebab dia FREE...so memang la tak ada jual di pasaran...

Apa yang aku nak share kali nie ialah semua buku-buku tutorial dari Adobe CS6. So lepas nie yang mana yang rasa dirinya newbie or anything lepas baca je ebook2 nie mesti jadi master terus.. Insyallah...

Tapi yang penting aku nak ingatkan untuk jadi master anda semua kena >> BACA > PRAKTIKKAN > EXPLORE > AJAR ORANG LAIN > MASTER!

So nie ialah isi kandungan dia:-

Learn how to use Adobe Photoshop CS6
Technical guides include:
1. Overview of Adobe Photoshop CS6 workspace
2. How to create a new document
3. How to resize, rotate, and crop images
4. How to use layers in Photoshop
5. How to use selection tools
6. How to retouch photos
7. How to generate different file formats
8. How to correct color
9. How to combine images in Photoshop
10. How to use painting tools
11. How to use drawing tools
12. How to understand color management
13. How to add text to images
14. How to use filters
15. How to create layer comps
16. How to add a watermark to images
17. How to warp images
18. How to use gradient maps
19. How to use advanced color techniques
20. How to blend, feather, and smooth
21. How to use the Vanishing Point filter

Learn how to use Adobe Illustrator CS6
Technical guides include:
1. Overview of Adobe Illustrator CS6 workspace
2. How to create vector artwork
3. How to draw in Illustrator
4. How to draw in perspective with Illustrator
5. How to use symbols and patterns

Learn how to use Adobe InDesign CS6
Technical guides include:
1. Overview of Adobe InDesign CS6 workspace
2. How to set up a document
3. How to use the ruler, grid, guides, and the Align panel
4. How to use text
5. How to prepare files for print
6. How to combine graphics frames and text frames
7. How to work with graphics frames
8. How to place images on a page
9. How to work with text frames
10. How to apply effects to text
11. How to import files
12. How to create interactive documents
13. How to use placeholder text
14. How to use character and paragraph styles
15. How to work with layers
16. How to wrap text around objects
17. How to add page numbers
18. How to create captions
19. How to import text from Microsoft Word
20. How to manage text flow between frames
21. How to reuse objects
22. How to transform objects
23. How to use document templates
24. How to use adaptive layouts
25. How to export for multiple screens
26. How to fill text with an image
27. How to use master pages
28. How to use object styles
29. How to use books

Learn how to use Adobe Fireworks CS6
Technical guides include:
1. Overview of Adobe Fireworks CS6 workspace
2. How to create a wireframe
3. How to create a design comp
4. How to prepare photographs
5. How to optimize images
6. How to create a prototype
7. How to create interactive navigation

Learn how to use Adobe Dreamweaver CS6
Technical guides include:
1. Overview of the Adobe Dreamweaver CS6 workspace
2. How to set up a local root folder and site structure
3. How to set document properties
4. How to use the Assets panel
5. How to manage files and links by using the FIles panel
6. The Dreamweaver Insert panel
7. How to deploy for multiple screens
8. How to create and edit a CSS rule
9. How to use CSS starter layouts
10. How to lay out a web page with CSS
11. How to use templates
12. How to work with external Cascading Style Sheets
13. How to troubleshoot Cascading Style Sheets
14. How to make websites accessible
15. How to use the Adobe Dreamweaver Widget Browser
16. How to check files in and out
17. How to create interactive navigation
18. How to add images
19. How to add rich media to a web page
20. How to add text
21. How to use CSS text styles
22. How to create lists
23. How to create links
24. How to create data tables
25. How to create forms
26. How to create image maps
27. How to preview and test a web project
28. How to check links
29. How to publish web files

Learn how to use Adobe Flash Professional CS6
Technical guides include:
1. Overview of the Adobe Flash Professional CS6 workspace
2. Understanding Flask graphic files types
3. How to organize content
4. Symbols, instances, and the library
5. How to use guides and rulers
6. How to maintain consistency
7. How to make Flash content accessible
8. How to draw and create shapes
9. How to apply colors and gradients
10. How to create masks
11. How to create a button symbol
12. How to use transparent or invisible buttons
13. How to work with text
14. Understanding frames and keyframes
15. How to create animation
16. How to use a motion guide with a motion tween animation
17. How to ease tweens
18. How to create character animations
19. How to use sprite sheets
20. How to use filmmaking techniques
21. How to create transitions with motion tweens
22. How to create visual effects
23. How to import images
24. How to produce Flash video for use on the web
25. How to import sound
26. How to optimize Flash content
27. How to get started with ActionScript
28. ActionScript for basic gaming
29. How to test a Flash project
30. How to publish a Flash document
31. How to set up a mobile application
32. How to resize content for multiple screens
33. How to create an RSS feed
34. How to create a Google map
35. How to publish a mobile application

Learn how to use Adobe Premiere Pro CS6
Technical guides include:
1. Overview of the Adobe Premiere Pro CS6 workspace
2. How to import files
3. How to manage media in the Project panel
4. How to create a storyboard in the Project panel
5. How to trim clips in the Timeline panel
6. How to work with clips in the Timeline panel
7. How to create standard image, movie, and audio files
8. How to capture video
9. How to use editing tools in the Source Monitor
10. How to apply and adjust video transitions
11. How to adjust audio and apply crossfades
12. How to record a narration in the Audio Mixer
13. How to create TV news-style J- and L- cuts
14. How to edit in the Program Monitor
15. How to use Adobe Media Encoder CS6
16. How to use the Trim Monitor
17. Understanding the Titler
18. How to build text and objects in the Titler
19. How to work with alpha channel transparencies
20. How to use the Motion effect
21. How to add text effects
22. How to apply and adjust video effects
23. How to work with audio
24. How to change clip speed and direction
25. How to apply and adjust video keying effects
26. How to work with temporal and spatial keyframe interpolation
27. How to make text roll and crawl
28. How to use nested sequences
29. How to work with other motion effects and features

Learn how to use Adobe After Effects CS6
Technical guides include:
1. Overview of Adobe After Effects CS6 workspace
2. How to animate text and create video effects
3. How to rotoscope in Adobe After Effects

Learn how to use Adobe Audition CS6
Technical guides include:
1. Overview of Adobe Audition CS6 workspace
2. How to record narration
3. How to edit audio tracks
4. How to compose multiple track recordings
5. How to work with audio
6. How to apply Adobe Audition sound effects
7. How to use loops, music beds, and sound effects

Learn how to use Adobe Encore CS6
Technical guides include:
1. Overview of Adobe Encore CS6 workspace
2. How to author a single-menu DVD in Adobe Encore
3. How to use advanced authoring techniques in Encore
4. Creating a web DVD in Encore

Ok selesai.. Harus diingatkan buku-buku ini hanyalah basic sahaja. Tetapi jika kita ada kemahuan dan kreativiti maka dari basic become to pro. Pro nak jadi Master? Bila dah profesional kena sentiasa mengajar orang lain dah share ilmu yang ada. Maka jadilah MASTER.

Harta yang diberi akan habis tetapi ilmu yang diberi akan bertambah.

Selamat Mendownload.


wysiwyg image

If using chrome browser and have a problem to get link please see HERE
or Change Browser to Internet Explorer or Firefox




21 December 2012

Mari menyanyi dengan Mini Lyric



Assalamualaikum
Pada kali ini, the bAdh ada satu perisian yang ingin dikongsikan kepada anda semua. Mungkin ramai yang dah tahu atau memilikinya iaitu perisian Mini Lyric. Jadi macam mana dan apakah kegunaan perisiaan ini. Anda ingin menyanyi, tetapi tidak tahu/ingat lirik. Dengan perisian ini akan membantu anda “mengingat” semula lirik, ala-ala karoake
screenshot4
Mungkin ada sesetengah kita akan mengambil perhatian yang kepada lagu yang didendangkan, tapi ianya tidak mencukupi bagi seseorang untuk menyanyikan sesuatu lagu, atau sekadar ingin mengetahui “kata-kata” yang terdapat pada rima lagu tersebut dengan tepat pada waktu lagu itu dinyanyikan. Dengan mini lirik ianya akan mempermudahkannya.
image
Anda rasa cara manual lagi bagus?, tentunya tidak. Bayangkan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencari satu lirk lagu, mungkin ianya leceh seperti menaip pada browser, mencari setiap satu laman sesawang sekiranya tidak jumpa dan sudah tentu proses menyimpan sungguh merumitkan, membukanya secara manual. Dengan mini lyric ini akan memaparkan lagu yang sedang dimainkan dengan fungsi masa ala-ala karoke. hanya “pasang dan main”. Ianya akan memuatkan lirik secara automatik dan akan memaparkanya setelah proses muat turun berjaya.
image
Mini lyric ini menyokong pemain-pemain media popular seperti Winamp, Media Player dan Real Player. Dengan fungsi skin anda boleh mengubah skin kepada apa yang anda suka mengikut mood. Walaupun tidak semuanya lirik terdapat di laman sesawang, anda boleh mencipta/menulis lirik tersebut dan boleh disetkan masanya dan kita boleh kongsikan sesama kita. Tak cukup bagus lagi?

Download Link+SN

20 December 2012

Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Arch Linux


Salam..

Sudahkah anda selesai memasang Arch Linux pada PC anda? Apakah persekitaran desktop pilihan anda? Saya sudah pun selesai pasang dan telah memilih persekitaran desktop Mate, seperti yang dapat anda lihat pada gambar-gambar di bawah:



Perkara Perlu Dilakukan Selepas Selesai Pemasangan Arch Linux

Buntu? Jangan bimbang. Saya juga begitu pada waktu mula-mula selepas selesainya pemasangan. Berpandukan kepada apa yang saya lakukan pada Ubuntu dahulu, saya mulakan 'perjalanan' saya dalam menyiapkan dan mengkonfigurasi Arch Linux yang separa siap ini. Begitu pun, 'perjalanan' tersebut memang ternyata tidak mudah dan berliku. Sabar aje lah..

Mari kita mulakan..

Sebelum apa-apa, kita pasang dahulu packer untuk memudahkan kerja-buat kita pada hari ni. Rujuk entri Arch Baru & Install Packer.
Rujuk juga kaedah pemasangan perisian secara manual dari AUR. (Kudos to Hao Ren)

1. Extra Codecs

Seperti yang dinyatakan di Arch Wiki, memainkan kandungan multimedia memerlukan dua komponen iaitu pemain media yang baik dan juga codec yang sepatutnya. Jika anda sama seperti saya, iaitu mahu menggunakan Rhythmbox sebagai pemain muzik, maka anda perlukan codec ekstra. Saya memilih Gstreamer untuk melengkapkannya:

sudo pacman -S gstreamer0.10-plugins

2. Pelayar Web

Ini memang wajib. Kalau tiada 'ini' tak 'jalan' kerja kita.

sudo pacman -S chromium
atau
sudo pacman -S firefox
Pelayar web lain? Anda boleh cari lagi di sini. Tak suka Chromium? Boleh pasang Chrome ikut panduan di sini. Nak guna packer pun boleh, lebih senang (tapi tak faham la jalan kerjanya):

sudo packer -S google-chrome
sudo packer -S openssl098 <--- optional dependency

3. Pemain Media (Video/Audio)

Apa guna ada codec yang lengkap tanpa pemain video dan audio. Berikut adalah pilihan saya:
sudo pacman -S vlc 
sudo pacman -S rhythmbox 
sudo pacman -S audacious 
sudo packer -S umplayer <--- Pemain video kegemaran saya
sudo pacman -S deadbeef

4. Guake Terminal

Saya lebih gemarkan Terminal Guake untuk menjalankan kerja-kerja seharian. Tampak lebih 'geeky' dan style (heheh..).. Tampilannya boleh dilihat pada gambar 1 di atas.

sudo pacman -S guake

5. Hidupkan Bunyi Pada Speaker

Kalau speaker anda tidak berbunyi, cuba cara ini:

sudo pacman -S alsa-utils alsa-oss alsa-plugins
Kemudian taipkan 'alsamixer' pada Terminal dan pastikan tiada satu channel pun yang mute seperti gambar ini:


Kalau ada yang bersimbol 'MM', anda halakan cursor pada channel tersebut dan tekan kekunci 'M', untuk unmute, seterusnya tinggikan volume mengikut kehendak anda.

6. Hidupkan Network Manager

Masalah inilah yang saya hadapi pada komputer di pejabat. Tiada masalah untuk sesetengah peranti seperti Netbook HP Mini saya di rumah ini untuk terus menghidupkan DHCP sewaktu boot. Tetapi untuk sesetengah lagi peranti, anda perlu hidupkan Network Manager sewaktu boot untuk memastikan sambungan internet berjalan secara automatik.

Kalau anda belum pasangkan Network Manager seperti dalam entri ini, sila pasang ia terlebih dahulu:
sudo pacman -S networkmanager network-manager-applet
Pasangkan pula wireless tools:
sudo pacman -S wireless_tools 
Tambahkan nama pengguna anda pada network group:
sudo gpasswd -a drfreddy network  <--- Sila gantikan 'drfreddy' dengan nama pengguna anda
Hidupkan Network Manager sewaktu boot:
sudo systemctl enable NetworkManager.service
Mulakan Network Manager:
sudo systemctl start NetworkManager.service
7. Pasang Perisian Pemuat Turun Torrent

Saya memang gemarkan Transmission dan Deluge sejak menggunakan Ubuntu lagi. Jadi bila beralih kepada Arch, kedua-duanya saya pasang:
sudo pacman -S deluge
sudo pacman -S transmission-gtk
atau 'transmission-cli' atau 'transmission-qt'. Boleh rujuk sini untuk melihat perbezaannya.

8. Tambahkan Shutdown Pada Mate Desktop

Kalau anda menggunakan Mate Desktop, anda PASTI tahu tiada menu untuk Shutdown, meskipun anda telah menekan butang Shutdown pada System ---> Shut Down...

Ini adalah kerana Mate masih lagi bergantung kepada consolekit, sedangkan consolekit boleh dikatakan 'deprecated' dan telah digugurkan dari Arch Linux. Tetapi tak mengapa, masalah menu Shutdown ini bakal diselesaikan dalam Mate Desktop rilisan versi 1.6.

Sementara menunggu versi 1.6 dilepaskan, anda boleh mencuba jalan penyelesaian ini:
sudo packer -S consolekit-git 
sudo systemctl enable console-kit-daemon.service 
sudo pacman -S systemd-sysvcompat (reinstall) 
sudo reboot

Tadaaa..siap sudah..

(Paparan Mate pada Netbook HP Mini saya, belum habis customize lagi ni..)

'Bab lain' mengenai Shutdown boleh tengok di sini.

9. Pengurus Arkib
sudo pacman -S p7zip unrar zip unzip 
sudo packer -S rar
10. Mount USB Drive Automatically

Saya tak pasti kenapa pada mulanya, tapi selepas pasang pengurus fail PCManFM, setiap USB Drive pasti akan mount secara automatik. Mungkin kerana ini?


Hahah, tak kisahlah, yang penting masalah selesai:
sudo pacman -S pcmanfm
11. Pasang Wine

Kalau anda merancang untuk menggunakan perisian Windows pada Arch Linux, sila pasangkannya dengan cara:

a) Hidupkan Multilib repository:
sudo nano /etc/pacman.conf
Uncomment (buangkan tanda #) pada:

[multilib]
SigLevel = PackageRequired
Include = /etc/pacman.d/mirrorlist
Ctrl + O + Enter, dan Ctrl + X untuk keluar dari nano.

Seterusnya:
sudo pacman -Sy 
sudo pacman -S wine
12. Pasang lxSplit

Jangan tanya kenapa, tapi saya lebih gemarkan lxSplit berbanding GUI seperti HJSplit:

sudo pacman -S lxsplit

13. Customize Terminal

Yang ini tak perlu sangat sebenarnya, tapi kalau mahukan Terminal anda kelihatan lebih 'cun', cuba cara ini:
sudo packer -S archey 
sudo pacman -S python 
sudo nano ~/.bashrc

Kemudian, tambahkan 'archey' (tanpa pembuka dan penutup kata) sebelum baris:
PS1=".....
Contoh:
archey PS1=".....
Dan hasilnya.....



Siappp!! Selamat mencuba! Arch Linux all the way!

Mr.Hac @ Dr. Freddy: Sekarang sedang cari cara untuk pasang OpenVPN dan PPTP VPN. Hmmm..

Windows 8 Screen Hack



Assalamualaikum dan salam sejahtera keatas anda semua,
Sebenarnya, entri ini pada kali ini tidak merujuk kepada “Hack”, ianya lebih kepada modifikasi sistem sahaja. Bagi pengguna windows 8 terutama yang menggunakan Netbook kebiasaanya mempunyai sistem resolusi hanya setinggi 1024 X 600 , Dengan resolusi semaksima ini pengguna Netbook tidak dapat menikmati fungsi metro atau kata lain funsi minima bagi metro style adalah serendah 1024 X 700. Ianya amat menyedihkan, tetapi jangan risau pada kali ini th3bAdh ingin mengajar modifikasi atau “hack screen” supaya pengguna netbook dapat merasai pengalaman menggunakan Windows 8 Metro.
Untitled
Cara Automatik:
th3bAdh ada menyimpan fail registry yang telah diubah, anda boleh dapatkan sini dan pasangkan. Selepas pemasangan berjaya, restart laptop anda dan ubah tetapan resolusi yang sesuai
Screen Hack.reg
image
Secara Manual :
Sekiranya resolusi anda masih lagi gagal ataupun tiada perubahan, anda perlu lakukan secara manual. Klik find dan taip regedit
image
Tekan Ctrl+F dan masukkan
Display1_DownScalingSupported
image  
klik “Find Now”, perhatikan terdapat fail yang di”highlight”kan. Buka fail tersebut ubah Value Data kepada 1. Restart laptop anda dan ubah tetapan resolusi anda. Macam mana, berkesan tak?
image
image
Rujukan Asal : liliputing.com

RunAsDate: Bekukan Tempoh Percubaan Program


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

   Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan satu program ringkas tapi bermutu untuk anda gunakan bagi membekukan tempoh percubaan sesuatu perisian,permainan dan sebagainya. Penulis menggunakan istilah “beku”,anda boleh gunakan sebarang istilah seperti menyekat,menghentikan dan pelbagai lagi istilah yang seerti ataupun hampir sama.

   Untuk penulisan kali ini penulis tidak mahu bercakap banyak dan meletihkan anda untuk membaca. Jadi,kita teruskan kepada tujuan kita iaitu tutorial tentang membekukan masa percubaan sesuatu program. Tapi,sebelum itu kita berkenalan dahulu tentang perisian ini.

trial

   RunAsDate dibina oleh NirSoft.com dan diuruskan oleh Nir Sofer. Nama NirSoft itu hadir daripada gabungan nama Nir iaitu tuan punya laman dan Soft daripada perkataan Software itu sendiri. Selebihnya anda dapat baca [disini]. RunAsDate merupakan perisian yang digunakan untuk membekukan masa percubaan suatu program. Dalam erti kata lain,jika anda menggunakan suatu program 'shareware' anda akan diberikan tempoh percubaan sebelum anda memutuskan untuk membeli program itu. Kebiasaannya 30 hari. Jadi jika anda membekukan tempoh percubaan program itu maka anda dapat gunakan walaupun tempoh percubaan telah pun tamat. Perlu juga anda ketahui bahawa tidak semua program menyokong cara ini. Tapi,ini adalah cara yang masih relevan untuk anda lakukan selain daripada mencari crack,patch,keygen mahupun serial key/license key. RunAsDate tidak menjadikan perisian anda versi penuh(full version) melainkan menyekat tempoh percubaan perisian anda. Sebagai contoh,anda memuat turun sesuatu program. Program tersebut sudah ditetapkan tempoh percubaan 30 hari dan hanya beberapa fungsi yang dapat digunakan. Jadi,anda hanya dapat menyekat tempoh percubaan dan tidak akan dapat menjalankan fungsi-fungsi lain yang disekat oleh pembina.

Kaedah menggunakan program RunAsDate.

1. Muat turun program RunAsDate [disini].

2. Buat satu 'folder' di dalam Local Disk C dan namakan dengan sebarang nama. Cth:-RunAsDate. Tujuannya untuk memudahkan anda mengurus dan mengatur sebarang perisian yang anda ingin bekukan.

3. Muat turun sebarang program. Untuk tutorial ini penulis memuat turun permainan Plants Vs. Zombies daripada laman PopCap.com [disini].

4. Pasang (Install) seperti biasa.

5. Matikan sebarang servis yang terhubungkait dengan perisian/permainan dan jalankan program RunAsDate.

6. Ada pelbagai cara yang dapat digunakan. Anda boleh gunakan cara penulis gunakan.

2012-12-20 12_02_35-RunAsDate

  1. Cari program yang anda mahu bekukan tempoh percubaannya. Fail mestilah berformat .exe.
  2. Tetapkan tarikh dan masa. Seelok-eloknya beberapa minit,hari lebih awal daripada tarikh pemasangan.
  3. Letakkan sebarang nama dan klik Create Desktop Shortcut. Pastikan anda buang 'shortcut' program yang lama terlebih dahulu.
  4. Jalankan terus program atau jalankan melalui 'shortcut' yang telah anda buat.

7. Klik kanan 'shortcut' yang anda telah buat tadi. Pilih Properties dan klik Open File Location. Perhatikan 'shortcut' anda tadi redirect ke mana? Jika ke folder RunAsDate, bermakna anda berjaya membekukan program tadi. InsyaAllah. 

Sekian,Assalamualaikum.