MEGA! Apa Yang Baru?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan menyediakan artikel ulasan mengenai laman yang baru dilepaskan semalam. Sebelum ini kedengaran mengenai ura-ura Kim DotCom akan meneruskan kesinambungan Megaupload dengan mewujudkan laman MEGA. Pada artikel yang lepas. Penulis ada menyediakan artikel berkenaan dengan laman MEGA ini. Artikel tersebut bertajuk Me.Ga: Laman Perkongsian Baru Kim DotCom. Pada pendapat penulis. Judul ataupun tajuk untuk penulisan itu tidak kena. Ini kerana,laman MEGA ini adalah bertujuan untuk dijadikan media penyimpanan awan atau lebih dikenali dengan nama Cloud Storage. Menurut sumber daripada beberapa laman seperti Amanz.my (Pelbagai Maklumat Berkaitan Perkhidmatan Mega Mula Diketahui - Pelancaran Esok) dan TorrentFreak.com (Mega Launces: Brilliantly Secure, But Not Anonymous) menyatakan bahawa setiap kandungan yang dimuat naik ke 'server' MEGA,semuanya dibawah tanggungan anda. Mereka berhak apa sahaja kandungan yang dimuat naik oleh anda. Sekiranya kandungan yang dimuat naik oleh anda bersifat haram. Maka,mereka boleh memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak yang bertanggungjawab. Jika kita lihat disini,perkhidmatan laman perkongsian fail sebelum ini pada laman Megaupload dikurangkan sedikit. Mungkin beliau tidak ingin mengambil risiko untuk meringkuk di dalam penjara lagi atau beliau sudah menyusun atur tentang laman MEGA yang baru dilepaskan semalam. Jadi,sama-sama kita nantikan.

Itu adalah sedikit pengenalan mengenai laman MEGA. Sekarang kita teruskan artikel kita berkenaan  ulasan laman media penyimpanan awan MEGA.

Mega memiliki antaramuka yang ringkas. Laman MEGA dapat diakses melalui https://mega.co.nz/ Seperti yang anda ketahui jatuh bangun laman MEGA ini sebelum dilepaskan kepada umum amatlah tinggi. Usah kita mengungkit hal yang lalu. Kita buka buku baru,perkuatkan minda kita untuk mendapatkan ilmu yang baru. 



Laman MEGA hadir dengan 'encryption' RSA-2048-bit. Ini membolehkan fail anda berada pada tahap keselamatan yang tinggi. MEGA dapat dijalankan dengan baik melalui pelayar Google Chrome. Untuk pengguna percuma,MEGA memberikan 50GB ruang penyimpanan. Bagi mereka yang ingin mendapatkan ruangan tambahan,anda boleh mendapatkan bermula dengan harga serenda 9.99 sebulan.

Pada pendapat penulis setelah menggunakan perkhidmatan MEGA ini. Penulis dapati laman ini belum lagi dalam keadaan stabil. Memandangkan laman ini masih diperingkat beta,mungkin terdapat beberapa kesilapan yang perlu mereka perbaiki segera. Untuk huraikan dengan lebih panjang rasanya tak molek. Jadi,anda cubanya sendiri. Sebelum itu mari kita singkap beberapa gambaran tentang MEGA.



Buat masa ini,apabila anda mengakses laman ini. Agak terasa lambat sedikit. Mungkin beberapa jam mahupun hari akan mengubah segalanya.

Sementara menunggu laman ini betul-betul stabil. Penulis sarankan agar anda mencuba 15GB ruang penyimpanan awan hasil kerjasama Teambox.com + Box.com [disini]. Gunakan sementara stok masih ada.

Selamat mencuba,
Sekian,Assalamualaikum
Powered by Blogger.