Belajar Menaip Secara Atas Talian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan beberapa laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan belajar menaip tanpa guru. Pembelajaran ini khususnya untuk mereka yang ingin belajar menaip secara laju tanpa melihat mahupun menjeling ke arah papan kekunci (keyboard).

Buat masa ini penulis boleh lagi menaip tanpa melihat papan kekunci. Papan kekunci pula khas untuk komputer riba. Kalau dah memasuki komputer akan jadi biasa-biasa sahaja. Dari segi kelajuan. Boleh jugalah. Kalau penulis taip kata laluan mungkin tak dapat dikesan oleh pancaindera. Hihihi. Tips,menaip laju daripada penulis ialah. Jangan sesekali anda mengangkat bahagian pangkal tapak tangan. Hanya gerakkan jari. Apabila anda sudah biasa,tanpa disedari anda mampu menaip dengan menggunakan 10 jari tangan.

Jadi,tanpa membuang masa dan tenaga kita teruskan kepada pembincangan kita berkenaan belajar menaip secara atas talian,belajar menaip menggunakan 10 jari dan belajar menaip dengan mengambil kira kelajuan.

1.  WWW.TYPING-LESSONS.ORG

Peter's Online Typing Course merupakan laman yang wajib dikunjungi oleh anda yang ingin belajar menaip menggunakan 10 jari. Laman ini akan mengajar daripada segala perkara asas yang perlu anda lakukan. Bermula dengan sebelah tangan dan akhirnya menjadikan anda seorang yang hebat dalam menaip. Kesimpulannya,sekiranya anda betul-betul ingin menguasai bidang menaip,maka laman ini perlu anda manfaatkan sepenuhnya.

2. WWW.10FASTFINGERS.COM 
 
10 Fast Fingers merupakan laman yang ringkas tapi padat. Dengan sokongan Bahasa Melayu dan pelbagai bahasa lain akan memudahkan anda menaip menggunakan 10 jari. Anda diberi 1 minit untuk menaip seberapa banyak perkataan yang tertera. Meskipun terdapat sokongan dalam Bahasa Melayu,tapi laman 10 Fast Fingers ini bukanlah mudah untuk dikuasai kerana anda diberikan perkataan yang tidak membentuk sebuah ayat. Untuk menggunakan fungsi penuh pada laman 10 Fast Finger ini anda perlu melakukan pendaftaran dahulu. Laman 10 Fast Fingers layak dicuba oleh anda untuk tingkatkan lagi kemahiran menaip selepas belajar pada laman Peter's Online Typing Course.

3. WWW.RAPIDTYPING.COM

Rapid Typing Zone merupakan laman yang serba lengkap untuk anda belajar menaip. Menyediakan perisian yang menarik untuk anda belajar dan gunakan menjadikan Rapid Typing Zone laman yang perlu anda kunjungi. Laman ini penuh dengan warna warni. Terdapat permainan yang berkenaan dengan pembelajaran menaip itu sendiri dan banyak lagi fungsi yang dapat anda gunakan. Seperti pakar-pakar berkata. Penguasaan sesuatu perkara akan lebih ketara apabila kita melihat sesuatu yang berwarna-warni.

Jadi,segalanya terletak ditangan anda. Bagi penulis semua laman ini perlu anda manfaatkan sepenuhnya tanpa menghiraukan sebuah laman pun. Bermula dengan sekecil mancis akan mewujudkan sebuah unggun api.

Permainan ketangkasan menaip: Z-Type
 
Selamat belajar.
Sekian,Assalamualaikum. 
Powered by Blogger.