Cara Membuat Perisian Mudah Alih (2)

Seperti yang sedia maklum, memang terdapat banyak cara untuk membuat perisian dalam bentuk mudah alih seperti yang telah kita bincangkan dahulu. Ada cara yang sukar, ada cara yang senang. Terpulang kepada kehendak dan kemahiran masing-masing.

Perisian mudah alih sememangnya banyak membantu di kala kita perlukan perisian tertentu pada waktu yang mendesak. Tetapi dalam masa yang sama, ia juga membantu kita untuk bersedia menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana jua.

Artikel hari ini membincangkan kaedah untuk menjadikan sesuatu perisian kepada versi mudah alih menggunakan satu perisian percuma iaitu Cameyo. Jadi anda tidak perlu runsing mencari versi 'cracked' apabila perisian percuma ini boleh melakukan kerja yang sama seperti perisian berbayar.

Istimewanya mengenai Cameyo ini ialah ia mempunyai aplikasi yang boleh digunakan pada PC, dan juga anda boleh jadikan perisian dalam bentuk mudah alih melalui antaramuka laman web.

Apapun, tonton dulu video ini:


Kaedahnya:

1. Daftar dahulu akaun Cameyo anda di sini : Cameyo

2. Kemudian, muat turun fail .exe yang terdapat pada laman web Cameyo. Jangan bimbang, ia tidak perlu dipasang kerana ia juga adalah dalam bentuk mudah alih.

3. Jalankan perisian Cameyo tersebut. Paparan seperti di bawah akan muncul:


4. Pilih 'Capture app locally'. Anda akan dapat lihat paparan seperti berikut muncul berhampiran dengan dulang sistem:


5. Setelah ia selesai melakukan pra-imbasan, sila pasangkan perisian pilihan anda. Dalam kes saya, saya pilih Firefox versi 18.0.1.

6. Setelah siap pemasangan, klik pada 'Install done':



7. Apabila ia selesai membina perisian anda, paparan seperti berikut pula akan muncul:


8. Seterusnya anda boleh terus menggunakan perisian tersebut atau sunting ia dengan mengklik pada 'Edit package':

Anda boleh muat turun Firefox yang telah saya jadikan dalam bentuk mudah alih itu di sini: Firefox 18.0.1 Portable (30MB)
Powered by Blogger.