Cara Membuat Perisian Mudah Alih

Dunia teknologi berkembang dengan sangat pantas. Tak terkejar rasanya dengan masa dan kudrat yang ada. Dek kerana itu kadangkala begitu banyak yang tertinggal, hanya mampu lihat dari jauh sahaja. Perisian mudah alih (portable software) adalah satu cabang teknologi pintar yang memudahkan pengguna untuk membawah perisian-perisian yang diperlukan ke mana saja.

Saya pernah membuat beberapa perisian dalam versi ini seperti PRoXPN VPN dan Firefox 8.0 alpha 1 Nightly. Terdapat berbagai cara untuk menjadikan perisian kepada versi mudah alih. Beberapa contoh boleh dilihat seperti di sini dan di sini.Kali ini saya cuba berkongsi cara yang pernah saya lakukan dahulu, cara paling mudah untuk membuat perisian menjadi versi mudah alih.

Tonton video berikut untuk memahami cara yang saya gunakan:


Perisian yang diperlukan:

1. VMWare ThinApp (Versi 4.7.3 Build 891762 pada waktu entri ini ditulis)

2. Perisian yang anda mahu jadikan sebagai versi mudah alih. Dalam kes ini saya pilih Firefox (17.0.1) sebagai bahan eksperimen.

3. Sistem Operasi? - Windows XP, 7, Vista, 8.

Kaedahnya:

1. Pasang VMWare ThinApp dan jalankan 'ThinApp Setup Capture'


2. Klik Next - Prescan (Pastikan direktori yang diiimbas adalah betul di cakera 'C' pada 'Advance Scan Locations')



3. Setelah siap proses 'Prescan', pasangkan pula perisian yang anda mahukan.


4. Kemudian, setelah selesai pemasangan perisian tersebut, klik pada 'Postscan'.

5. Pilih Entry Points, iaitu pelancar untuk perisian (fail .exe).





6. Klik Next - Next (Ikut seperti gambar-gambar di atas) kecuali apabila sampai kepada 'Sandbox Location', pilih seperti gambar di bawah:


7. Akhir sekali, pilih 'No - Do not send any information to VMWare'.


8. Klik Next - Next dan, Save. Jangan lupa tandakan pada 'Compress virtual package'.


9. Akhir sekali, klik Build.


10. Tunggu sehingga proses Build selesai.

Hoh! Mudah sekali! Tak keluar peluh pun. Siap sudah akhrinya perisian mudah alih kita. Anda mahu contoh yang telah saya siapkan? Muat turun perisian Firefox 17.0.1 Portable melalui pautan di bawah:

Firefox 17.0.1 Portable

Amacam? Anda rasa pembelajaran hari ini menarik? Sebarkan kepada rakan-rakan mengenai blog ini. Sampai kita berjumpa lagi di lain waktu. Chalooooo betaaa!
Powered by Blogger.