Grand Theft Auto 3 (PC)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Seperti sebelum ini penulis pernah kongsikan permainan Max Payne: Permainan Video Menarik (PC). Penulis mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anda semua selaku pengunjung OMG! Hackers?. Jadi,hari ini penulis akan kongsikan sebuah lagi permainan lama yang masih seronok untuk dimainkan. Untuk anda yang memiliki komputer lama ini mungkin bernilai untuk anda menghilangkan kebosanan.

Seperti yang semua sedia tahu bahawa permainan Grand Theft Auto keluaran pihak Rockstar Games sering mendapat perhatian bagi pengguna 'pc' dan sebagainya. Malah,permainan ini sering menjadi pujaan bagi penggemar permainan bergenre 'third-person-shooter'. Sukacita juga penulis kongsikan bahawa permainan Max Payne sebelum ini juga dibina oleh Rockstar Games. Jadi,ini satu kejayaan untuk Rockstar Games kerana permainan ciptaan mereka telah dicetak rompak oleh segenap lapisan masyarakat. Hahaha. Dalam permainan Grand Theft Auto 3 terdapat 3 bandar dan mempunyai 50 storyline mission,17 phone mission dan 4 remote controlled mission [disini]. Hero di dalam permainan ini ialah Claude.

Tiada apa yang penulis ingin katakan lagi kerana rasanya anda memang cukup mengenali dengan permainan ini. Tapi,penulis ingin katakan permainan yang akan penulis kongsikan ini ialah permainan yang telah diubahsuai kandungannya atau sering dikenali sebagai pengguna permainan cetak rompak sebagai 'RIP version'. Jadi,semua fail masih lagi berjalan dengan lancar,audio dan video dapat didengari dan dilihat cuma 'radio station' sahaja yang dibuang. Memang keasyikan akan hilang apabila anda pernah memainkan permainan ini pada zaman dahulu. Tapi,apakan daya ini sahaja yang dapat penulis lakukan untuk anda.
fob_thumb_detail_grandtheftauto3

Tonton video dibawah untuk lebih menaikkan keasyikan anda untuk memainkan permainan ini kembali.

Klik [disini] untuk memuat turun GTA 3 (torrent).
Klik [disini] untuk memuat turun GTA 3 (direct link) [password: omghackers.com]

Sekian,Assalamualaikum.
Powered by Blogger.