Mirror Upload: Mudahkan Urusan Muat Naik Dokumen Anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Apa khabar? Harap anda sihat sejahtera. Untuk perbincangan kali ini penulis bawakan sebuah laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan muat naik dokumen ke pelbagai laman perkongsian fail dengan mudah. Laman ini amat sesuai untuk blogger khususnya blogger yang memiliki laman sesawang bersifat cetak rompak atau 'warez'. Apa Itu Warez? Tidak perlu lagi diterangkan oleh penulis memandangkan bro Freddie sudahpun menerangkannya.


Jika bro Freddie sudah menerangkan tentang 'warez'. Penulis pula akan menerangkan berkenaan laman sesawang Mirror Upload. Mirror Upload merupakan laman sesawang yang dibina bertujuan untuk memudahkan para penggunanya melakukan proses memuat naik sebarang dokumen ke media penyimpanan fail atas talian atau lebih dikenali dengan nama julukan "File Sharing". Bayangkan jika anda memuat naik sesuatu dokumen ke laman perkongsian fail tanpa memikirkan masalah pada masa hadapan. Contohnya,anda memuat naik dokumen anda ke laman perkongsian fail 4Shared dan secara tiba-tiba 4Shared membuang fail anda kerana melanggar hakcipta atau terma dan syarat yang ditetapkan oleh 4Shared. Adakah ini akan menyenangkan anda? Sudah tentu tidak! Jadi,anda boleh membuat fail sandaran pada laman perkongsian yang lain melalui perkhidmatan Mirror Upload. Seperti yang telah diberitahu oleh penulis tadi. Laman sesawang ini amat bernilai bagi blogger yang menyediakan pautan muat turun untuk barang-barang cetak rompak. Warez Blog = File Hosting. Tidak dapat dipisahkan. 

Apakah laman sesawang yang penulis maksudkan?
Laman sesawang yang penulis maksudkan ialah Mirror-Upload.net. Mirror-Upload.net membenarkan penggunanya memuat naik ke pelbagai laman perkongsian fail seperti Billion Uploads,4Shared,PutLocker dan sebagainya. Jika anda mendaftar sebagai ahli,anda diberikan kemudahan untuk mengakses fail anda. Selain itu,Mirror-Upload.net berkerjasama dengan pelbagai laman perkongsian fail dan melebihi 10 angka. MirrorUpload juga berkerjasama dengan laman sesawang Urlz.so. Tujuannya ialah untuk memberikan dana/imbuhan bagi setiap pautan yang anda kongsi. Di dalam kelebihan Mirror-Upload.net terdapat juga kekurangannya. Kekurangan yang nyata disini ialah apabila penulis memilih lapan laman perkongsian fail. Tapi,yang tertera hanyalah lima. Dimana lagi tiga? 


Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Inilah peribahasa yang sesuai dengan persoalan seterusnya. Penulis ingin membuat sedikit kaji selidik tentang pengguna OMG! Hackers? Seperti yang anda sedia maklum. Slot "Permainan Video Lama" telah pun kembali. Jadi,apakah pendapat anda berkenaan laman sesawang perkongsian fail yang akan digunakan bagi meneruskan kesinambungan slot "Permainan Video Lama". Adakah menggunakan Adrive.com,Box.com (seperti yang terjadi di penulisan sebelum ini) atau menggunakan perkhidmatan Mirror Upload. Pada pendapat penulis tak relevan rasanya memberikan 'username dan password' kepada umum. Tetapi,penulis memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pengguna OMG! Hackers? Alhamdulillah. Pengguna OMG! Hackers? merupakan insan yang terpercaya (boleh dipercaya). Syabas untuk anda.

Apakah Alternatif Yang Sesuai Untuk Meneruskan Kesinambungan Slot "Permainan Video Lama".
  
pollcode.com free polls 

Alternatif Mirror-Upload.net.
  1. Upload Mirror.com
  2. Mirror Stack.com
  3. Multi Upload.nl
  4. Mirror Creator.com
  5. Dig Zip.com
Powered by Blogger.